Kenaikan kadar tol tahun hadapan 2014 pastinya membebankan rakyat terutama yg bekerja dan tinggal di bandar yang semakin tersepit setelah banyak pengumuman kenaikan harga terutamanya minyak petrol.
Dengan kesesakan lalu lintas yang gagal dikawal setiap hari, kelemahan sistem pengangkutan awam, kenaikan harga tol pastinya sesuatu yang tidak munasabah. Namun menteri kita bijak memberi cadangan seperti petikan dari malaysia insider berikut:
Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.”Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.”Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,” kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
KENAIKAN TOL 2014 – MENTERI KATA BOLEH GUNA JALAN BIASA – BIJAK MENTERI ZAMAN SEKARANG
Jom komen!