- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • Wheel Size Vs Tyre Size: Which Tyre Size Best Or Suitable For Your Sport Rim Width? – Saiz Tayar Dan Rim Sesuai
  • IT IS NOT EASY – APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

    New contribution By R3malik

    IT IS NOT EASY - APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

    Article shared by R3malik is about how Proton go through it’s hard time building cars for Malaysian, bringing Malaysia name around the world, with many unsupportive Malaysian still making bad story about Proton even if Proton have improved with new vehicles and technologies. It is just people cannot accept and change their mind that our national car maker have improved and better now. Sad to look at people with this type of mind.

    IT IS NOT EASY – APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

    DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.

    “Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.

    Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.

    ‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.

    Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.
    Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton. Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?

    Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.

    Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?

    Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.

    Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?

    Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?

    Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?

    Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.

    Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.

    Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.

    Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.

    Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?

    Saya tidak mahu komen mengenainya.

    Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?

    Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.

    Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

    Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?

    Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)