- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • ISUZU MALAYSIA LANCARKAN D-MAX HI-DEF BARU

    Isuzu Malaysia D-Max Hi-DEF baru

    Trak pikap serba mewah
    Oleh Mohd Razlan Salleh
    [email protected]
    KENDERAAN pikap mengalami beberapa perubahan semasa seiring dengan kemajuan ekonomi, sosial sesebuah negara.

    Di negara ini misalnya, trak pikap bukan lagi jentera kegunaan dalam hutan kerana ia lebih banyak menjalar di bandar.
    Perkara ini terbukti apabila Isuzu Malaysia melancarkan model D-Max Hi-DEF baru yang menjadi trak pikap paling mewah dan serba lengkap di pasaran.

    Berasaskan model Super Commonrail 3.0 L yang menjimatkan minyak dan serba boleh, model terbaru 2008 itu ternyata kenderaan yang menyerlah kerana dilengkapi pelbagai ciri menarik.

    Paling menarik, semua kelebihan dan lekapan ini dipasang terus Isuzu supaya pemilik boleh menikmati waranti penuh kereta dan juga aksesori tambahan terbabit.

    Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kyoya Kondo, berkata Isuzu Hi-DEF Edisi Terhad berbeza daripada pikap biasa selain menepati keperluan pemilik, lasak dan serba boleh.

    “Dengan Hi-DEF, kami dapat merapatkan jurang antara pertimbangan wajar dan kehendak hati pengguna ketika membuat pilihan kenderaan.

    “Pelanggan masih menikmati manfaat ciri serba boleh, penjimatan minyak, ketahanan dan kebolehpercayaan yang didapati dalam D-Max Hi-DEF,” katanya ketika melancarkan model berkenaan, baru-baru ini.

    D-Max Hi-DEF kini lebih menyerlah dengan gaya lebih menarik dan ketara seperti plat krom pada gril radiator, bamper depan dan bekas lampu kabus yang menggambarkan keteguhan jentera terbaru itu.

    Selain itu, kenderaan berkenaan dilengkapi pilihan penutup sport ‘D-Box’ atau ‘Bar Rol Aluminium Saduran Anod’ berbentuk tiub unik untuk memenuhi keperluan muatan.

    D-Box direka cipta secara eksklusif oleh Isuzu Malaysia bagi menyediakan penyelesaian muatan paling sesuai untuk pengguna kenderaan pikap di negara ini kerana ia bukan saja melindungi muatan daripada cuaca tidak menentu, malah boleh dikunci dan berlampu.

    D-Box juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan pemilik membawa barangan yang tinggi.

    Sudut luarannya juga mengalami penampilan baru seperti tapak tepinya daripada aluminium dan logo Isuzu bercahaya.

    Ciri kemewahan paling ketara adalah tempat duduk kulit Itali tulen mewah dan kemasan pintu menggunakan jahitan satin berganda dengan logo D-Max bersulam di kerusi depan.

    Malah, unit multimedia skrin sentuh tujuh inci pada konsul tengah berupaya memainkan format MP3, MPEG4 dan menonton filem menerusi CD, CDR, VCD, DVD, DVD-R, sambungan kabel USB atau memasukkan kad SD kamera untuk melihat gambar yang diambil.

    Sistem navigasi satelit GPS terbina dalam akan berfungsi bersama kamera undur yang membantu meletakkan kenderaan di ruang sempit.

    Selain itu, ia juga dilengkapi sambungan Bluetooth yang boleh digunakan bersama hampir semua jenama telefon bimbit utama untuk pemanduan lebih selamat.

    Isuzu D-Max Hi-DEF adalah versi edisi terhad dan hanya dikeluarkan secara eksklusif sebanyak 200 unit di seluruh negara.

    Hanya dua warna ditawarkan iaitu Midnight Maroon Mica dan Mercury Silver Metallic.

    Isuzu D-Max Hi-DEF Edisi Terhad berharga RM92,378.10 (tanpa insurans) dengan pacuan Manual atau Automatik serta versi 4X2 atau 4X4.

    source : harian metro

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)