- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • INI FAKTA : RAKYAT MALAYSIA MALANG BUKAN SEBAB HARGA KERETA MAHAL, TETAPI GAJI DAN PURCHASING POWER SANGAT RENDAH!

    image

    Ini adalah fakta yang perlu rakyat Malaysia tahu. Sekarang rakyat Malaysia makin tidak tertanggung dengan beban yang semakin bertambah termasuk GST, harga minyak naik, tol naik dan sebagainya namun kadar gaji masih sangat rendah!

    Rata-rata rakyat Malaysia bergaji RM2-3K sebulan termasuk sektor awam dan swasta sebenarnya tidak mampu untuk membeli kereta seperti warga negara lain yang tidak dibebani hutang sehingga 9 tahun dengan kadar interest yang tinggi dari bank tempatan!

    Kalau anda rajin buat research, boleh cari gaji pekerja di UK untuk pekerjaan biasa seperti di restoran ataupun sebagai cleaner, mereka mempunyai purchasing power yang lebih tinggi berganda-ganda berbanding rakyat Malaysia yang malang dan hanya tahu merungut tapi masih memilih pemerintahan yang sama.

    Malah mereka mampu membeli kereta secara cash jika mereka membuat simpanan wang dalam jangka masa sangat pendek.

    Melalui pemerhatian kdi, di Malaysia walaupun anda bekerja di sektor professional seperti Jurutera syarikat swasta ataupun Doktor di hospital kerajaan, anda masih terbeban untuk membeli kereta dan rumah. Kebanyakannya hanya mampu membeli kereta nasional yang lebih murah walaupun dikatakan bekerja di bidang yang sepatutnya menawarkan gaji yang tinggi.

    Ini kerana kadar gaji yang tidak berpatutan, kos hidup makin tinggi, kos perumahan yang menggila naik disebabkan kroni syarikat pemaju, pinjaman bank dengan interest sehingga pencen, bayar hutang pinjaman PTPTN juga dengan interest dan ini menunjukkan ketidakseimbangan ekonomi dalam Malaysia.

    Jika dahulu, orang berlumba-lumba untuk jadi senang seperti Jurutera dan Doktor, namun sekarang, Jurutera dan Doktor di Malaysia masih di tahap gaji yang menyedihkan untuk hidup senang.

    Jadi, masih memikirkan harga kereta yang menjadi masalah ataupun purchasing power anda yang bermasalah? Fikir2 kan.. google2 kan.. jangan duduk di bawah tempurung..

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    3 Responses

    1. Ramlan says:

      https://www.gov.uk/national-minimum-wage-rates

      Bro, tak perlu bincang panjang. Relitinya, UK ada gaji minimum 6.5 pound bersamaan RM38 sejam. Sebulan pekerja paling cikai di restoran MCd can get 1000 pound minimum. X 5.8? Org UK pergi kerja naik train. Di malaysia ada public transport bagus ke? Semak harga kereta di UK adalah mampu milik utk gaji rakyat mereka.

    2. Alson P says:

      Diesel di UK adalah termahal.. pada 15 jun 2015 berharga rm7.9/liter..
      Petrol di UK pula tidak terlalu mahal.. pada 15 jun 2015 berharga hanya rm6.86/liter..

      Jadi memang sepatutnya gaji minimumnya 6.5paund sejam..

      Fakta atau Auta

      globalpetrolprices

    3. Alson P says:

      Purata harga rumah Yang telah ditempah pada Mei 2015 di Kensington and Chelsea Berharga hampir £500,000 pound..
      Purata harga sewa rumah di kota London pula adalah £643 pound seminggu(12 bulan terakhir sehingga Mei 2015).. ya seminggu..
      Purata harga rumah di Ibu kota London pula melebihi £600,000 pound(12 bulan terakhir sehingga mei 2015)..
      Purata harga rumah di seluruh UK tidaklah terlalu mahal.. Hanya £286,133 pound sahaja(Mei 2015)..

      Harga dalam Pound Sterling (GBP)

      gov.uk

      city.A.M

      MoneyWeek

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)