- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • HYDROFUEL

    hydrofuels

    Hydrofuel

    Pihak KDI menerima banyak email tentang hydrofuel dan respon mereka terhadap produk ini sangat memberangsangkan. Tapi malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi di internet. Terutama kerana laman web rasmi hydrofuel malaysia masih lagi dalam pembangunan. Jadi KDI mengambil inisiatif untuk membuat satu post ringkas menerangkan bagaimana hydrofuel berfungsi dan bagaimana hydro fuel dapat menjimatkan minyak kereta anda berpandukan sumber luar yang menyediakan maklumat mengenai hydrofuel.

    Bagaimana Hydrofuel Berfungsi?

    Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.

    Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.

    waterfuel

    Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?

    Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.

    Harga sistem hydrofuel dan bagaimana untuk membelinya?

    Setakat ini (Julai 2008), masih lagi tiada pihak yang secara rasminya menjual dan mengkomersilkan alat ini. Pihak syarikat hydrofuel yang pertama oleh Dr Halim juga masih menjalankan research tentang produk ini. Diharap semua pengguna kereta yang ingin menggunakan alat penjimatan minyak berasaskan air ini menunggu dengan lebih sabar untuk memiliki hydrofuel yang benar2 boleh menjimatkan minyak. Tunggu sehingga ramai yang dah menggunakannya serta memberi respon positif terhadap kesan penggunaan hydrofuel, baru anda mengambil keputusan untuk membeli sistem ini yang difahamkan berharga RM1200.

    hydro fuel

    Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk menjalankan kajian sendiri, ada beberapa buah ebook dijual mengenai bagaimana nak setup sistem ini dalam bahasa inggeris. Kos ebook sekitar RM350.

    UPDATE

    Sistem “Hidro Reaktor” menyerupai hydrofuel telah berada di pasaran dengan harga RM560 atau ebook yang berharga RM300.

    Mengapa produk Hydro Reaktor tidak digalakkan dipasang kepada kenderaan yang menggunakan teknologi Injection?

    Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.

    Belajar buat sendiri hydrofuel? Do it yourself!

    Ebook water4gas dan runyourcaronwater boleh di muat turun secara percuma di internet iaitu di salah sebuah forum di Malaysia. (Tidak digalakkan kerana menyalahi etika pembelian dan haram di sisi agama =) )

    Jika nak belajar buat sendiri hydrofuel, boleh cuba download ebook DIY ni yang memang free:

    1. SMACK BOOSTER
    http://www.web-space.tv/free-energy/Smack.pdf

    2. HOTSABI BOOSTER
    http://www.web-space.tv/free-energy/Hotsabi.pdf

    Do it yourself! Selamat menjimatkan minyak!

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    123 Responses

    1. kasri says:

      thanks for da info. Saya ada terjumpa ebook tu tapi mahal plak nak bayar. ape kate kita buat projek same2 test hydrofuel nih?

    2. azameel says:

      aku dah lame nk buat projek neh tp nk cri elektrod die yg leceh nye..biase org pkai stainless steel tp susah plak nk crik..ade pkai sudu stainless steel kang

    3. kaliga says:

      woi korang nak join dgn aku tak buat sendiri punya hydro.cal0123328286

    4. egb18c says:

      ko buat how much?

      ade memebr aku baut rm50.

      not worth it.wahahaha.belakang2 bleh a cakap.

      tapi bukan camnie a.

    5. nicholas edward says:

      Saya ada buat projek nie juga…Masalah nya sekarang tak cukup buih lah..volt keta baru aje 12 v….Kalau digandakan 5 kali cukup kot.By the way..hati hati buat home made nie..BOLEH MELETUP BEB…Saya sendiri dah kena nie..Yang guna sudu…Boleh digunakan..Saya dah test dah…

    6. kdi says:

      tu la.. saya ada juga dengar banyak orang dah merasa letupan tuh. kui2.. jadi sape yang nak buat please hati2 dan jangan main buat je. Ada cara nak tingkatkan buih tu dengan guna beberapa bentuk stainless steel sama ada plate ataupun spiral.

    7. zam says:

      plat2 yng disusun terlalu hampir memungkin letupan berlaku,ialah kekadang plat2 akan bersentuhan ketika kereta sedang bergerak yang memungkinan spark berlaku.botol jar nesface mungkin yang terbaik kerana kecil dan plat yang dimasukkan hanya 2 aje.

    8. kdi says:

      ok, skarang ni yang penting plat stainless steel. Tapi dah cari kat kedai hardware x jumpe..adeyh.. ada sesapa tau kat mane nak beli stainless steel tuh? bape hinggit? ting! hu2

    9. dexidle says:

      aku dah buat dah binatang nih… tapi isunya sama mcm artikel nih, aku dah buat research n kalau nk pasang kat kete yg pakai injection, kena bypass oxygen sensor punya reading sbb reading oxygen sensor yg gila sbb pembakaran yg totally clean disebabkan penambahan hydrogen yg buatkan ECU tertipu dengan reading oxygen sensor. ECU assume petrol mixture kurang. thats why minyak lagi kuat kalau binatang nih tanpa alter electronic system. Kepada yang berminat nk buat sendiri binatang nih, kat malaysia nih susah sikit nk cari material kt kedai hardware. al maklum la.. bila sebut kedai hardware and DIY shop je.. cina2 ni tau jual bahan2 binaan, piping, dan lain2 barang bodoh yg kebanyakannya khusus utk construction works.. aku pon hari tu penat jugak mencari ingredient nk buat binatang nih (memang maki jugak la dulu kedai hardware ngan elektronik.. yela bukannya aku nk buat robot ke satelit ke.. nak buat binatang bodoh ni je.. macam mana la malaysia nk maju kedai2 DIY x jual barang complete untuk menarik minat2 rakyat malaysia utk lebih creative).

    10. kdi says:

      yup. bahan memang susah nak dapat. Tapi kita mungkin kena pikir alternatif lain. Kat kedai hardware memang xde jual plate stainless steel. Tapi saya dah hangkut satu piring stainless steel utk projek diy tu. xtaula jadi ke x. Barang lain x tengok agi. Tapi kalo kedai hardware malaysia yang paling variety, kedai ace hardware. kalo xde kat situ, maybe xde lgsg ar barang yg kita nk cari. kena cari alternatif lain

    11. dexidle says:

      betul kalau xde kat Ace Hardware toksah la cari kt tempat lain.. aku nk cari tube fitting yg kecik tu last skali jumpa kat Ace hardware kt midvel.. kalau susah nk dapat plate stainless steel.. boleh pakai paip stainless steel senang sikit dapat…aku buat pakai paip stainless steel sbg elektrod dia,meaning that center core elektrode pakai paip yg kecik sikit dari outer elektrod.. then chamber dia aku pakai 4inci punya pvc pipe.

      http://www.shareapic.net/content.php?gid=390645&owner=dexidle

    12. kdi says:

      OK, satu solution baru. Paling efektif sebenarnya kena guna spiral punya sistem. Sebab dia bergulung seperti solenoid dan menghasilkan satu gelombang magnet yang akan memebrikan kesan lebih hanya dengan nilai arus (ampere) yang rendah dalam 3-4amp shj. So batery jimat, hasil lebih. Tapi kena cari dawai stainless steel. Gulung 2 atau 3 wayar sekali untuk setiap elektrod dan jadikan dalam bentuk solenoid macam gambar electrolyzer kat atas post ni. tu sebagai hydrogen generator dan campurkan dengan setengah sudu baking soda ke dalam distilled water dalam bekas elektrolyzer tu.

    13. shah says:

      Saya dah buat guna stanless steel silinder…bekas guna tabung water filter (paip kat luar umah tu la)….tp nak guna air ape ek? elektolisis tu pe?
      sape sape yg dah buat…share!!!!

      TQ

    14. khir says:

      aku baru je hantar kete aku pasang system hydrofuel nie.memang ada kesan yang baik . pakai air bateri yang RM 2.00 kat petrol pam je. kalau nak tgk system kat kete dlm kete myvi aku nie bleh la info.

    15. azman says:

      cuba sesape yang kenal sorang tu bleh buat menatang tu.tanya orang seremban.pernah publish kat newspaper

    16. amey says:

      saya amat bminat dng projek ini………& saya sendiri telah membuat 5 set hydrofuel ciptaan saya.
      masaalah saya kini hanya pada pemasangan enjin kereta efi…….rase macam nak ganti sahaja efi kete saya tu kpd kaburator….. pada sesiapa yg ade pendapat tu tunjuk ajar lah pada saya,camne nak bypass efi tu..

    17. mizan @ ram-on hydrogen says:

      Otsukaresama desu!

      hi amey,
      saya pun jalan projek ni gak kat jb dan dah produce efie sendiri utk o2 sensor. klu nak, boleh deal..

    18. mizan @ ram-on hydrogen says:

      Kalau ada sesape nak efie utk 02 sensor (utk kereta EFI), bleh call 0127533160 (Hafizan) @ 0127211600 (Mizan). Install efie je dah bleh dapat jimat almost 15% tapi tak digalakkan sebab engine jadi overheat tanpa HHO system.

      -Ram On Hydrogen-
      Itsumo Ganbatte Imasu!!

    19. yefi says:

      aku nk bli 02 sensor dgn ko.

    20. yefi says:

      MMG SUSAH NK CARI OR BUAT 02 SENSOR NI.
      AKU DH SURVEY N TRY BUAT TP TK JADI.
      SO AKU NAK BELI JE DGN MIZAN KAT FORUM NI.
      02 SENSOR MMG BERKESAN TUK EFI.
      SO AKU SARAN KAN KORANG GUNA BNDA NI.

    21. mie says:

      mmm nak tanya hyro fuel ni boleh ke di pasang pada motosikal

    22. WY Leong says:

      saya sudah pasang hydro fuel di kereta Toyata INNOVA 2.0G. Betul boleh save 50% petrol. Saipa nak pasang boleh e-mail saya ([email protected]). Dengan harga RM1200.00.

    23. fadle says:

      aku minat sangat nak pakai menatang ni..sejak aku gi keje ke site kena bawak keta ni memang terseksa nak isi minyak ari ari..mau nya tak aku satu hari travel je dalam 200km.nak pakai NGV dah la mahal skang ni pastu beratur panjang nak isi…aku pakai iswara sedan 2006..sesapa yang beminat nak pasang kat keta aku nih dengan rega yang patutan.sms aku ato call aku 0197151798..ni ramai lagi member aku minat ngan menatang ni..anyway aku duk kat kluang.johor.

    24. kdi says:

      a’ah eh.. lupe lak bleh guna pembaris besi..hu2.. kalo panas tu mungkin disebabkan penggunaan baking soda yang terlalu banyak kot. Sebab reaction die jadi terlebih. Cuba kurang kan penggunaan baking soda atau soda bicarbonate tu. mulakan dengan letak 1/4 sudu. kemudian tambah sikit2.

    25. diegee says:

      aku dah buat projek ni….guna pembaris besi ( ss) …aku buat 8 plate..

      hasil ok..tapi panas pada elektrod +…sapa boleh tolong.

    26. zam says:

      seeloknya guna 4 plat aje,klau bnyak plat banyakle arus mengalir.

    27. azrul says:

      nak bagitau sikit pasal stainless steel yang korang cari tu sebenarnya stainless steel ada beberapa gred dan jenis.
      Untuk gred dia ada 304. 308 dan 316L, paling bagus sekali 316L sebab semasa electrolisis berlaku ia menghasilkan
      HHO atau pun nama lain brown gas dimana oksigen turut terhasil dan menyebabkan berkarat, jadi kalau pakai selain
      gred 316L 4-6 bulan comfirm berkarat, kalau nak uji gred 316L letak megnet yang kuat kalau tak melekat betul la tu.
      Kalau kat KL nie bayak tempat boleh cari jln ipoh, sg besi &batu caves

    28. kacang says:

      bro, kalau di jln ipoh dn batu caves, kedai mana mau cari? hardware ka? apa nama? itu jenis dawai ka plate?

    29. jimy says:

      aku dh buat benda nie..tp bla aku pasang..start enjin..timing keta aku jd xbetul..
      bila keta ngah bergerak..aku tekan klas nk tukar gear..keta aku mati..
      untuk pengetahuan korang aku pakai keta jenis wira kaburetor..
      pelik la aku…sapa2 bleh bantu aku??…..aku dh konfius nie…

    30. keju says:

      hmmm bro maklumat u tak betul. 3 bulan lepas saya dah pasang ke dalam cefiro i 3.0 (A) siap dengan komputer box.
      Kalau brother semua mau tahu tentang product ini pergi google water petrol malaysia.

    31. husainy says:

      PM recently launched the Hydro-Fuel Gas System (cost about RM1600 to RM2800).

      The bulky NGV Gas System cost more (RM5000 to RM9000) apart from having to queue up with taxis to fill up at limited NGV station.

      Our newly introduced HHO Generator (improved Water Fuel System) cost just RM1388. Saves between 20% to 40% fuel consumption.With better pick-up, cooler, smoother, and cleaner engine.It also reduced exhaust emissions giving you no black smoke emissions.

      Portable sized like a cookie jar to fit into the bonnet of most Petrol, Diesel, Fuel-Injection and Turbo Car Engines.

      NOW WITH A HARI RAYA BALIK KAMPUNG SPECIAL!!!!!!!!!!!!

      ONLY RM999!!!!!!

      CALL SYED 0162778563

      HURRY PROMOTION UNTIL END OF SEPTEMBER

    32. Jamal says:

      Aku dah buat dan dah jual ebook keretair.. kat laman web ake, sila google keretair.. Utk kereta injection (efie) kena tambah litar elektronik… Aku ada jual menda ni, harga dlm 2 ratus (pasang untuk adjust sensor oksigen).. kereta karburator, takyah pakai alat elektronik nih… just guna hydroxy electrolyzer aku (kos buat dalam Rm200 je)… ebook aku cuma Rm111… TQ.. anyway, ctc aku utk maklumat lanjut… 0194682686

    33. shafiq says:

      slam sejahtera,

      sy nak tnya system hydrofuel ni bleh gna kat moto x?

    34. Jamal says:

      kalau korang nak guna hydrofuel guna balang kaca (macam water4gas punya) risiko amat besar!.. balang nih mudah meletup, bila kena panas dan sejuk serta merta … (panas waktu enjin hidup, tetiba hujan atau terpercik air… balang akan pecah!)… casing paling baik guna water filter… tahan panas… sila lawat web aku keretair.co.cc

      Moto boleh pakai.. 2 lejang lagi bagus.. kalau 4 lejang (single cylinder) tak sesuai kerana ada waste spark… waste spark nih akan mengakibatkan letupan kedua dilakukan dan ini terjadi semasa injap exhaust terbuka… ini menghasilkan letupan pada exhaust dan mengakibatkan kerosakan kritikal pada dinding dalam exhaust…

    35. shafiq says:

      bro jamal, xdak ka modification lain y bleh dibuat pada system moto 4lejang (single cylinder) utk mblehkannya menggunakn hydro fuel ni. sbb sy try search dlm internet, kat luar negara depa mcam dah pakai je system ni kat moto 4lejang (single cylinder) .

    36. Mamat says:

      Untuk maklumat semua, saya ade terjumpa link org jual Hydrogen Generator :-

      http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/buy_sell/car_boat_bike/?postid=152222

      ok gak, dia guna Stainless Steel container (bukan bekas water filter), pastu pakai Grade 316 Stainless Steel rod

    37. R@st@ pNg.. says:

      apa nie enjin sya rsak..ada buih plak…????aii brang cntik apa x dk ka….???huhuhehehuhu

    38. Jamal says:

      shafiq, bole try dulu. Aku pon x tau moto kat Malaysia nih ada waste spark atau tak… Kalu xzos ko keluo api biru (meletup) makna x leh pakai ler… modification, setakat ni aku tak tau ler pulak…

      bagi kenderaan electronic fuel injection (EFi).. perlu gunakan EFiE (Enchancer) bagi membolehkan sensor 02 memberikan signal yang betul kepada ECU bagi mengurangkan semburan petrol ke dalam pembakaran… Aku ada buat alat ni, jual RM200 siap kos hantar.. Kena order dulu.. Lepas raya baru mula mass production… 1 hari aku mampu buat 1 unit je..

    39. Jamal says:

      Pasang apa dia jak? Aku buat dan pasang sendiri alat nih (hydrogen
      generator/booster/hydroxy electrolyzer… etc) Panduan nak buat
      sendirik aku ada buat (Ebook) – jual RM111 je…. EFiE aku buat
      sendiri.. jual RM200 siap manual cara nak pasang…. lawat hpage aku
      dan daftar http://www.keretair.co.cc , bole jugak tengok klip video keretair
      kat youtube… TQ

    40. Ajak says:

      Errr… kat sarawak ada agen pasang benda alah ni tak? kalau boleh kat setiap bahagian.

    41. sync says:

      Salam semua..sekarang ni ngah sibuk2 pasal hydrofuel..abg ipo ku pun dah pasang dah menda ni..dia kata ok jer, safe?mmg la safe..tp bukan brand yg ni, lain skit tp yg aku tau dh belambak yg guna, cecah 1000 pcs..blum ada komen lg. murah je..rm250 siap pasang..kalu sesape yg berhajat..YM jer ku: whosync: [email protected] ataupun sms 019-6580768..sms jer, tepon ku malas nak jwb..tkt bos marah ler..

    42. sync says:

      Salam bro ajak..nak jd agen kat sarawak tak..?tp yg abg ipo ku nyer brand..mesti ko kayo nanti jak..pecayo la ckp pakcik ni..pakcik kayo dh sale menda ni..YM ku je jak..or sms..no tepon ku ko carik kat bwh/atas..ku ada bg komen td..

    43. akob says:

      tempat keje aku ade produce bende nih. pasang kat kete yg pakai sistem injection, memang ok. perdana, wira even mercedes pun da pakai produk yg kitorang wat nih. tapi masalah skang kitorang tak pernah pasang kat kete yg pakai sistem karburator..heheh!! so agak bermasalah sket. leh bg cadangan tak cane nak pasang kat kete yg pakai sistem karburator…

      papehal, korang leh sms @ call aku kat no nih. 0163378349 a.k.a akob.

    44. GH057R1D3R says:

      JPJ tak kan kacau… selagi kenderaan tu guna bahanapi ikut dlm kad kereta memang tak kacau punya.. tapi yg paling best sya baru siap HHO generator (prototype) yg ke-2; kali ni tak perlu guna garam, sodium/natrium bikarbonat, sodium hidroksida atau apa2 yg seangkatan dengannya. Kali ni cuma guna air hujan, air sungai, air paip tapi air laut tak bole…. pasal amp bukan lagi masalah. Prototype yg pertama guna 20amp utk 1L/m H+O, tapi yg baru siap ni cuma guna 1amp utk 1L/m H+O dan penghasilan haba adalah sgt rendah.

      peralatan: SS(pembaris besi) + Penapis air + wire + “litar elektronik”= HHO Generator

    45. justsmile says:

      JPJ tak kacau ke kalu pasang benda ni.

    46. Miss Eja says:

      Tmpt sy kerja skrg (bengkel) ada pasang sistem hidrogen untuk kenderaan karburetor dan injection. Pemasangan pada sistem karburetor direct forward je. Cuma kita kena adjust setting angin. Untuk injection system,complicated skit. Kena pakai eletronik untuk setting O2 sensor, MAP sensor. Then,eletronik untuk control current (AMP) dlm generator hydrogen tu. Yg jadi masalah pada kita ialah AMP tak dapat dikawal yg mana menyebabkan bateri dan alternator rosak. FYI, kita still blh guna air dari generator yang dah diguna dan ditapis untuk dijadikan eletrolit (campur sedikit dengan air baru). Boleh refer website ni http://www.joedanial.blogspot.com untuk sebarang pertanyaan…

    47. atuk says:

      nak tanya cu kat keta saga edisi lama ok ke pasang benda nih

    48. atuk says:

      kalu boleh aku nak pasang jugak kat penang ada tak emailkan kan aku [email protected]

    49. justsmile says:

      Aku ada pasang hydro fuel yang biasa pd kete perdana aku. Harga nya RM280 je dan aku dah jual pd member, mereka kata dapat penambahan kilometer 30 – 50%. Kete kancil lagi cantik, bleh dapat 100 – 120km hanya RM10 minyak petrol.

    50. justsmile says:

      Bro Jamal ada tak buat research kesan jangka panjang pada peralatn enjin selepas menggunakan system hydro fuel terutama piston. atau mungkin ada maklumat dari lain.

    51. az says:

      cara mudah kita buat short cut.direct masuk air ke intake hose…cuma perlu cari control valve(stop cock) utk kawal kadar air ke injin.barang ni boleh didapati di kedai aqurium ikan (digunakan utk control oxsijen ikan) murah je RM3.Saya dah pasang kat 2 bijik kereta aku dah.hasilnya …………………menjimatkan.

    52. sumer kat atas tuh tipu jer…pembohong sangat..itu la ini la…cemacam..cam bagusss jer sumer..woi nk membohong pon agak2 ler

    53. hehehe…aku sajer jer komen atas tuhhh..hehehehehe…nk try…tp bagus improvement korg nih…cube la usahakan yg terbaik…buatla 1 barang ciptaan anak melayu yg membanggakan bangsa kita sendiri…syabas pad yg telah berjaya mencipta sesuatu yg bagusssss…teruskan usha anda….

    54. carnary says:

      Saya guna Avanza 1.5G. Dah banyak artikel dibaca ttp masalah pada enjin Toyota ni guna sistem VVTI yg susah nak modify bila tambah gadget @ alatan tambahan baru. Ada sesapa boleh tolong brth camana sistem hydro fuel ni boleh berfungsi pada enjin VVTI.

    55. carnary says:

      Setakat ni aku dah guna banyak alatan pada avanza 1.5G drpd Pivot (voltage stabiliser / ingintion earth cable / grounding cable / spark earth / raizin spark) & micro compressor ttp fuel comsumption & performance tetap same. Plan nak pasang hydro fuel ttp takut tak berbaloi coz enjin guna sistem VVTi susah nak tipu.

    56. hymns says:

      Jimat minyak? Convert ke NGV?

      Hm… NGV? Mahal bukan? Beratur mengisi terlalu lama. Solutionnya ialah air! Ya air!

      Hydro Fuel atau HydrOxy (Hydrogen & Oxygen) – Gas atau makanan tambahan untuk kenderaaan anda ;-)

      Boleh Tambah Pickup? Ya
      Boleh Jimat Minyak? Ya
      Panjangkan Jangka Hayat Enjin? Ya
      Kurangkan atau tiada Pencemaran? Ya

      Saya ada menawarkan pakej siap pemasangan dan pasang sendiri (DIY) untuk semua jenis kenderaan tidak kira carb atau efi.

      Pasang Sendiri (DIY) : RM450*
      Siap Pasang : RM550*
      Kos Penghantaran: RM20 (Semenanjung) RM30 (Sabah & Sarawak)

      Setiap Set Mengandungi:
      1 unit Hydrogen Generator
      1 unit relay
      1 1/2 meter wayar
      1 unit fius 20AMP
      1 unit fius holder
      1 1/2 meter ssalur (hos)
      1 unit buku panduan pemasangan

      * EFI Enjin memerlukan MAP/MAF Exhancer atau O2 Extender

      MAP/MAF Exhancer: RM100 / unit
      O2 Extender: RM120 / unit
      PWM Kit: RM180 / Unit (Optional)

      Purata Penjimatan Minyak: 47% (Berdasarkan testimoni 50 pelanggan terakhir)

      Jenis Kenderaan: Petrol & Diesel
      Jenis kenderaan yang kerap dipasang: Kereta Awam, Van Kilang, Van pengangkutan, Teksi & Bas Mini
      Tempoh Pemasangan: 1/2 – 1 jam (Carb) dan 1-3 jam (EFI)

      Berminat? Ingin Pasang? atau menjadi pengedar? Hubungi

      Phone: 019-3000898
      Email: brainwave[a]gmail.com

    57. luqman says:

      saya dah pasang, yg guna filter air, nampak tak berkesan, bekas tak tahan ( retak) kalau nak cuba cari yg binaan dari stainless stell ke, rasa rugi lak buang duit je tambah, tapi setakat ini le

    58. hymns says:

      luqman,

      awak guna kereta carb ke efi? kalau efi mesti kena guna maf/map exhancer atau 02 extender. kalau tak mmg tak nampak la keberkesanannya. lagi satu masa awak pasang tu awak tanya tak 1 minit berapa liter hydroxy boleh produce? ini salah satu penyebab juga. kalau produce hydroxy rendah mmg x nampak la penjimatan.

    59. zam says:

      banyak info pasal hydro fuel nie…nak tanya sikit..boleh x kalau besi stainless steel digantikan dengan tembaga.? sebab ia adalah satu bahan pengalir yang terbaik selepas emas dan perak.

    60. syahmi says:

      saya nak tahu harga kereta control minyak yang paling murah.

    61. akob says:

      dua hengget pun ley dapat..hahak!

    62. khazi says:

      Hai kekawan…..mari jenguk maklumat di http://www.malaysiangreencar.wordpress.com. Banyak cerita di sana pasai nie…..

    63. khazi says:

      EN ZAM. TAKLEH GUNA TEMBAGA, REPUT MACAM KAIN BURUK……

    64. zam says:

      oh..yeke…jd tembaga x bagus la yerk.

    65. atan says:

      aku pun skang ada jual hydrofuel kit nehh..
      member dah 4 tahun RnD menatang ni n skang dia dah mula hasilkan produk
      utk sesape yg berminat nak pasang bleh laa cont aku terus.
      lokasi cheras/kajang
      harga rm350 cod…kalo pos tambah lg rm15.
      kalo siap pasang aku amik rm400
      atan 012-6055475
      cuba cari dalam zerotohundred.com atau mudah.com
      taip jer ” hydrofuel kit”

    66. pariho says:

      Hai kgkawan! nak cara mudah jimat kos snangje buat macam az tu.tak sampai rm15.00 modal..jimat petrol 30%.

    67. bado says:

      Kalau nak jimat 35% to 50% tanpa sakit kepala dan bazirkan modal utk experiment yang belum tentu menjadi…..silap2 jahanam kereta…..heehehe….try call Leh(012-3450660). Mungkin dia boleh bantu.

    68. Dewa13 says:

      TQ pada korang yg bg info…
      aku ade sikit nak share pasal ubat gegat nie

      actually, aku da buat sikit R&D la….nak tgk ubat gegat nie die 100% larut ke x dlm petrol
      So, aku buat this kajian:

      1) Petrol RM 2 – Petronas (Hijiau)
      2) Petrol RM 3 – Shell (hijau)

      so, after 20 minutes, ubat gegat dlm kedua2 botol nie 100% larut…aku xbuat ape2 pun, xgoncang pun. die larut la secara semulajadi. tapi petrol Petronas lebih cepat larut dari Shell. kalo nak tau, proses die larut tu mcm ko letak Eno dlm air…tapi xde la bunyi2. die senyap aje. Bile da larut, die mcm air gula..then ko gancangla bg die sebati.

      Then, aku tuang miyak shell tu dlm tank motor. biasenye, aku isi RM5 pegi balik, tp mase test tue, juz RM3 je da bole cover RM5 petrol biase. cuma meter motor tu kurang sikit je dari asalnye…itupun mase tuang, byk gak petrol yg tumpah…

      untuk penggunaan optimum plak, aku cadangkan setiap RM40 petrol, letak 5 biji bagi kereta. kalo motor 1 tank sebiji je.

      Sebarang kerugian adalah atas tanggungjawab sendiri. Aku juz nak share je…
      sekarang ni aku tgh test 2 biji ubat gegat bole x larut dlm RM3 petrol. kalo bole, means xde efek la kat petrol & keta kalo overdos ubat gegat tue…

      Any info? pls share ye

    69. Radin says:

      cara yang paling murah guna ubat gegat je…kalau nak prestasi tinggi dan menjimatkan pasang magsaver gegat..perghhhhhhhhhhhhhh

    70. leh says:

      Jika ada yang nak saya tunjukkan demo penggunaan hydrofuel ni, boleh hubungi saya, sila emailkan no hp untuk saya buat temujanji.
      Lokasi saya di Bangi, boleh tengok sendiri kelebihan hydrofuel ni.
      Emailkan no contact anda: [email protected]

    71. haro says:

      wow, byk juga yg percaya kepada scam ni

      apa yg terjadi ke hydro fuel yg digunakan oleh LMG trekker?
      x menjadi selepas 2 thn di lancarkan?

      ubat gegat tue bukan dibuat dpd naftalena?

    72. nurv says:

      haro: did you know what happen to LMG trekker? if you know about it just share here. we also want to know too. did you ever try or use hydro fuel on your car when you say it scam?

    73. vtec101 says:

      Saya dah cuba hidro fuel ala2 jenis sham hidro kat kete wira 1.5GL auto. Penjimatan 23%. Dengan harga minyak sekarang (RM2.30/liter), kos per kilometer kete saya ialah RM0.13 sen. Utk detail, sila lawat blog saya kat http://hydrofuelonline.blogspot.com atau type ‘hidro fuel sabah’ kat google.

    74. pariho says:

      Sy dah pasang hidrofuel kat kreta, apasal air d tabung hiddro generator tu jadi merun dan melegak, bila kurang kan soda, air btukar jadi biru, pada pakar, pls xplain 4me?

    75. vtec101 says:

      merun dan melegak? kalau awak maksudkan warna dia bertukar mcm warna coklat karat, itu biasa. Tapi yg tukar jadi biru tu, tak penah dengar pulak kes mcm tu. Mcm ni la, paling senang, buat semula campuran electrolyte, tapi kali ni guna soda dan air suling.

    76. pariho says:

      Sy pasang kat dpan radiator( tmpat tu sjuk) guna air tapis biolife no klorin- agaknya x bole guna airni kot! gas ok kluar 1saat 1glembung besar…tq vtec101

    77. don says:

      pariho, pasang kat mana?

    78. yan says:

      saya sedang buat alat hydrogen ini dan mula menjualnya,,, setelah meneliti ujian beberapa kereta yang telah mengunakan

      sistem saya…

    79. BT Lee says:

      Call me please. I want to be your agent.

    80. ahmad nisfu says:

      saya dah pasang hydrofuel system yg gunakan botol kaca dan disalut staniless stell diluarnya ( 2 biji ) kat kereta kenari manual . Selepas dipasang, ECU tidak diusik langsung . Dah 2 minggu pasang, hasilnya belum nampak lagi. Adakah perlu saya pasang O2 extender untuk memastikan ECU dapat membacanya dengan lebih baik seterusnya memberi hasil terbaik.
      Saudara Hymns mungkin boleh bantu. Lain – lain omen dan nasihat juga dialu -alukan

    81. hymns says:

      ahmadnisfu: berapa output gas seminit? untuk kenari atau efi car sekiranya tidak menggunakan maf/map exhancer sila guna kan o2 extender untuk hasil yg optimum.

      is: hantarkan pesanan ke [email protected]

      Latest Product
      Hydro Energy DCV
      2-3 Liter per minute
      Super Cold Generator
      Super Compaq Design
      RM1600.00 (without o2 extender)
      RM1800.00 (with o2 extender)

    82. vtec101 says:

      mak oii..mahalnya tu.. berapa % penjimatan minima & maksima?

    83. atan says:

      alat yg akan menghasilkan gas hydrogen..
      hanya perlu dimasukkan pada hose vacum terus ke intake manifold.

      *****Terbukti berkesan utk kereta 2000cc ke bawah
      samada sistem caburator atau injection
      *****Menjimatkan sehingga 45% penggunaan minyak…
      *****Menambahkan kuasa pecutan…
      *****Pembakaran lebih baik….
      *****Menggunakan RPM yg rendah utk kelajuan tinggi…

      harga setiap unit hanya rm370

      rm 400 termasuk kos penghantaran
      amat mudah dipasang..manual disediakan

      pemasangan sekitar lembah klang juga di sediakan..*tambahan rm50 utk setiap pemasangan

      money back warantty…kalau x der penjimatan dalam seminggu..

      hubungi no dibawah utk makluman lanjut
      012-6055475-atan

    84. hymns says:

      vtec101: penjimatan bergantung pada kenderaan. sekiranya kenderaan sebelum dipasang hydrofuel ini diselenggara mengikut aturan dan masa serta tekanan angin tayar dengan betul, purata penjimatan ialah 52%.

      vtec101: mahal? yup kerana hydrofuel kami bukan jenis convensional atau sistem biasa anda lihat yg merendam elektrod dlm air dengan menggunakan botol, tabung atau paip plastik. kami menggunakan cell kering yg lebih efesyen kerana tidak membazirkan tenaga elekrik didalam air.

    85. is says:

      kepada hymns mcmana nak hantar email utk pesanan , dah cuba beberapa kali tak dapat

    86. vtec101 says:

      Oh mcm tu. Benda tu import ke buatan malaysia? ada gambar tak?

    87. ahmad nisfu says:

      Hyms,
      iInstaller claim teknologi ini dibangunkan bersama dengan salah satu universiti tempatan, tapi depa tak boleh xplain berapa output gas seminit. Ada tabung hydrogen pakai cuka + sodium bikarbonat dan ada juga guna air bateri aje . Arus yang dibenarkan hanya 0.7 A . Ikut brosur syarikat ini :-

      Toyota Alphard 2.4 gunakan RM 0.32 per km ( sebelum pasang ) berbanding RM 0.15 per km ( selepas ) pemasangan
      Satria Neo 1.6 gunakan RM 0.11 per km ( sebelum ) berbanding RM 0.05 (selepas )pemasangan. Boleh percayak a sebab tidak ada Maf/map enhancer atau O2 extender yg dipasang

      Anyway saya nak pasang O2 extender. Brapa kosnya ? dan dimana lokasi pemasangan.

    88. justsmile says:

      Minyak dah turun , xyah nak pikir lg pasal fuel saver lg. sapa yang ada stock lebih simpan untuk tahun depan kalu-kalu minyak naik erga smula.

    89. vtec101 says:

      Walaupun harga petrol skrg dah turun (dan akan turun ke RM1.85 tak lama lagi), bagi yang guna fuel saver, lagi jimat. Kos seliter tak sampai pun 1.50. Terutamanya yg guna fuel saver berasaskan air. Lagipun, harga petrol nak turun sampai bila? Skrg harga petrol turun sikit2, pastu nnti tiba2 BAAMMMM naik p RM3 – RM4 seliter. Time tu kalau baru nak pasang fuel saver, penjual fuel saver pun apa lagi, ambil kesempatan juga la naikkan harga 2,3 kali ganda, dengan alasan, harga barang naik, tak rugi pasang, break-even cepat dan mcm2 lagi. Time tu, nak tak nak, kena pasang jgk. Point yg harus diingat, petrol bukan sumber yg boleh diperbaharui. Permintaan petrol semakin meningkat, sumber minyak semakin berkurang = mustahil harga akan terus turun mcm skrg. Tp pasang ke tak pasang, itu hak peribadi. Just my 2cent=)

      p.s – Ignore the advice above if you don’t mind to install fuel saver with cost RM1000 – RM2000 in the future.

    90. Ainun says:

      Salam,
      Saya dah guna yang terbaik sistem Hydrogen fuel.Jenama e-Gas yang hanya guna 1.5amp kuasa letrik kereta.
      Jenama ini terbukti sehingga diciplak oleh syarikat yang bersekongkol dengan sebuah universiti.
      e-gas-waterfuel.blogspot.com

    91. akob says:

      ape ar sepatutnye lg murah lg ar bgs pakai bende ni. lg jimat.

    92. justsmile says:

      i agree with vtec101 opinion, tapi berapa ramai orang melayu kita ni yang boleh pikir camni, lagipun benda ni belum ada pengesahan dari JPJ atau Sirim tentang keselamatan menggunakannya, kerosakan tanggungjawab sendiri.
      Tambahan sekarang ekonomi dah meleset ni, lagi lah berkira nak spend RM untuk kete…

    93. master says:

      Ainun : Berapa harga seunit e-Gas????

    94. mizan says:

      salam ainun,

      1.5amp tu masa cold cell @ hot cell?klu direct dari tabung tu terus ke manifold @ ke filter box?

    95. ainun says:

      Salam,

      Sory teknikal tak reti sgt tapi tanya kat co tu katanya cold 0.6 hot 1.5.

      Pasang kat trotle body.K

    96. zull says:

      1) E-manage blue

      2) volt stabilizer

      3) Hidrogen fuel

    97. kaliga says:

      sebenarnya hydrofuel ni susah nak buat.barang susah nak cari.ada byk masalah nak dielak,klu DIY.tapi akhirnya saya berjaya juga.saya pernah psg kat kancil 80%. pkai container catering.plat saya dapat kan di kdai machine shop stainless steel.barang2 lain spt bolt and nut plastik,washer plastik,2 water trap(1 utk tgk buih dan tgkp wap,2elak air dari masuk ke intake) one way valve(utk elak backfire)pkai 21 plat satinless steel diagih kpd 7 7 7(4 negatif 3 positif).pkai balast resistor dan relay utk positif.water indicator,water drainer.kena pkai turbo timer dan voltage stabilizer(buatan sendiri custom made(equal 2 pivot mega raizin yg dijual rm.400 tapi aku jual 110)klu nak tahu lebih lanjut masuk website tanya zull.dia cikgu i.dia ada jual e manage blue (jepun) volt stabilizer (cutom made)and hidrogen fuel.klu ada sesiapa nak beli volt stabilizer blh call 0123328286

      ni nasihat saya kpd kwn di website ni,org yg pkai ngv yg utk perjalanan jauh,kebanyakan valve bocor selepas pkai lama.krn carbon kotor.dan kena buka head.disebab saya keje di nissan,sering kereta pkai ngv masuk bengkel.nak juga saving beribu ribu tapi klu nasib tak baik kena juga ribu2 di bengkel.klu saya ada salah kata atau information minta maaf kpd pihak berkaitan.

    98. haro says:

      hi,

      try google hydro fuel n u will find similar system.
      if this system is so good, y it is not JPJ approved?

      LMG trekker never took off.
      why?
      even dat crazy scientist who “invented” hdyro fuel never make public statement anymore..

      pls share ur dyno test BEFORE and AFTER installing this system

    99. kdi says:

      Maybe there are still developing the technology so that there is no problem in the future if they sell this item soon.

    100. Nik Yusof says:

      Kepada sesiapa yang berhajat nak memasang hydrofuel bolehlah berhubung dengan saya di No. xxx. Penjimatan di jamin di antara 30%-70% penggunaan petrol (bergantung kepada jenis kenderaan dan kuasa kuda) Kadar harga pemasangan adalah di antara RM350 hingga RM500 bergantung kepada lokasi kenderaan berada semasa pemasangan dibuat. Khidmat selepas pemasangan (jualan) juga diberikan.

    101. kaliga says:

      klu bro disana pandai modified,blh cuba modified hid ganti relay.lagi byk hho hasil tapi kena tukar air(tanpa baking soda) setiap 5 jam.i dengar klu pkai soda,chemical soda blh makan piston ring.

    102. Helmi says:

      Nik Yusof…kalu pos ke kuching sarawak,brp?keta sy fuel injection.pemasangan lak camner?

    103. Helmi says:

      bro nik.luper lak nak bagitau .e-mail me [email protected]

    104. kdi says:

      check valve? senang je tuh.. gi kat kedai aquarium jual ikan utk bela, gerenti ade. Harga bape bawah rm2 camtula. murah je. Sape tau mane nak dapatkan stainless steel grade 316 tu? dah lame benor mencari ni ha. kat area kl or slangor. hu2. ingat nak sambung balik projek hydrofuel nih. dulu dah jadi tapi overheat. nak wat balik utk trip mancing laut minggu depan jimat sikit minyak. hehe…

    105. cupinzer says:

      minta info kawan2 mane nak dpt check valve… sy tgh bt projek hho cell… tolong ye kawan2

    106. leh says:

      Sila tengok produk kami ye

    107. use_ry says:

      hi..sape2 bleh kongsi macamana nak pasang sistem ni kat keta myvi?

    108. nknmnmnm says:

      High stainless steel grade 316 boleh ganti dengan bolt and nut stainless steel yang panjangnya lebih kurang 6 inci. Pi kedai hardware tanya. Pakai 4 batang 2 utk positive dan 2 untuk negative.

    109. cupinzer says:

      ada ebook yg free…… boleh try type chapter 10 automotive systems…. ade sikit info….
      selamat mcuba….

    110. zull says:

      sedikit info R&D hidrogen…

      ztiproduct.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

      ztiproduct.blogspot.com

    111. cupinzer says:

      bagus3… tk3 zull semoga rak yat malay sia mdpt manfaat…… wasalam

    112. cupinzer says:

      mana ye pereka2 hho malaysia , dah kayo kot…. tak de cerita ke ttg hho lagi…..
      nak info lah nih… sodium bikarbonat tu boleh makan ring ke??? musibah tuh…
      aku de buat experiment hho cell… kesan pd crocodile clip aku t’kakis….. so its posible
      can happen to piston ring kereta…
      H2O + NaOH = ???? && selepas ia d ionizekan jadi HHO gas, soalan sodium bikarbonat jadi pe lak aek???
      harap kekawan dapat tolong selesaikan masalah kimia ni, dan menjadikan rekaan hho lebih bermutu, bukan menjahanamkan
      kenderaan kita….

    113. Vic says:

      cupinzer, hho cell mmg boleh menyebabkan karat, TAPI cuma karat kat elektrolit stainless steel dan benda clip yg awak masukkan dlm larutan tu. ingat, fungsi sodium bikarbonat ialah sbg pemangkin utk elektrolisis berlaku. utk apa? memisahkan molekul h(hidrogen) dan o(oksigen) daripada h2o. hidrogen adalah gas, so gas ni la yg akan disedut vacuum dan masuk ke dalam ruang pembakaran. Gas hidrogen SAHAJA. Apa jadi dgn sodium bikarbonat? dia terbiar je kat larutan tu, dia buat keja dia, bila start enjin, dia pun mula la memisahkan hidrogen dgn oksigen. Saya bukan pakar cuma dah buat benda ni kat proton wira 1.5GL(A) saya dan iswara 1.3(M) sejak bulan august 2008. harap dpt membantu.:)

    114. utc271 says:

      cupinzer,what goes into ur engine is only hydrogen (2 parts) and oxygen(1 part) so the problem of rusting the piston ring shd nt occur..of course u shd use a bubbler(cautious guys use 2!) to trap harmful by products but more importantly to reduce the risk of explosion if backfire occurs. the latest news is that NaOh and KOH are the best catalyst…baking soda will turn ur electrolyte murky and karat ur electrode…not recommended therefore
      they hv done extensive research and no detrimental effect is expected except mayb brittlenes to some engine parts which uses hardened materials…..keta2 lama guna besi biasa je so klau enjin canggih guna titanium valves etc etc better read this http://www.umpquaenergy.com/xado/ or u may goggle wikipedia and check hydrogen embrittlement..

    115. Wan-Kuantan says:

      Macamana nak dpt Hydrofuel tu di Kuantan? ada ejen yg bleh contact saya 013 9719824 Wan, tq.

    116. cupinzer says:

      vic, u pakai efie kat wira 1.5 u tak? macm ner hasil penyelidikan u, tambah mpg tak? faktor cuaca cam ne lak coz pe yang sy tgk kat internet semua kat negara barat yg sejuk, kita kat malaysia kadang panas ya amat, kadang ribut petir. dah lah panas kat boot 2 tambah dgn panas cuaca luar….. so kekawan dapat membantu?……
      wan kuantan, pe2 pun tongok web site water4gas dulu, wikipedia & whatever sources, understand what u need and after that u buy the product
      harga rm 190 – rm2200 depend quality kot….. k selamat semua tq 4 info. wasalam

    117. Vic says:

      cupinzer, saya tak pakai efie kat wira saya. Wira saya carburetor. Setakat ni, mileage gain lebih kurang 30%. Jalan kebanyakan city. Rasanya faktor cuaca malaysia tak mempengaruhi langsung hho ni. Kat negara barat, ya, sebab air dlm tabung akan beku. Kat malaysia tak de masalah.

    118. napi says:

      saya nak beli la minatang ni. keta wira kabureter.kol me. 0196686804

    119. pikacyu says:

      Salam semua, nampaknya dah makin ramai nak mula safe minyak balik……bagus la tu lagipun harga minyak sekarang pun bukan boleh percaya sgt….mungkin dlm sedikit masa ni akan naik balik,bagus la kalau kengkawan semua ada usaha kearah menjimatkan petrol ni. Tetapi kita semua kena beringat jugak…dalam usaha ini janganlah pulak duit yang dibelanjakan utk kos RND tu melebihi kos penjimatan minyak nanti. Aku bercakap atas pengalaman……memang sistem hydrofuel/waterfuel/hho atau apa sajalah nama yang digelar ni berkesan dan keberkesanan sistem ni pulak bergantung pada kecekapan cell/hho generator/hydroxy generator yang digunakan. Nak dapat hasil penjimatan 1 sen sekilo pun belum tentu modal RM1000 cukup untuk buat RND dan try and error. Nak ikut cara e-book yang berlambak dipasaran ni pun…mmmmm…..kalau sistem dia betul2 berkesan aku rasa dia pun simpan blue print taruk dalam peti besi….hahahaa……..aku dah pakai macam2 sistem kat keta….modal pun dah banyak habis…..last2 beli jugak produk yang dah siap. Cuba korang baca kat sini http://www.hydrocell.webs.com. rasanya lebih baik kalau kita support pengkaji dan pengeluar tempatan yang bersungguh macam diaorang ni daripada kita membazirkan wang utk result yang belum tentu boleh memulangkan modal.

    120. SITI FATIMAH says:

      ape la yg kome mengarut nie ha????xpham langsung…kuang3
      klaw nak bg kete kat aku xpe gak….t ley la g jln3 nek kete….

    121. cupinzer says:

      alooo cik timah, baca lah dari atas… baru paham…
      ni cerita org laki…. hi3….
      tgh ekonomi meleset ni, semua nak jimat termasuk lah minyak kereta
      tu yang dok kami bincang ni… nak joint k gak…

    122. B@bah says:

      Ooooooo………………………..

    123. mie says:

      ade org pakai lagi tak sekarang?
      skrg dah 2014… takde dah dengar org nak pasang2 benda ni…
      kenape hek?
      tak bagus k? ade kesan sampingan k?
      mohon bantuan

    error

    Please spread & share :)