- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • HOT! NEW PERSONA – PROTON PERSONA BARU 2016 2017 SPECIFICATION & PRICE

    image

    Gambar Proton Persona Baru 2016 2017 beserta New Persona specification & price range telah pun tersebar sebelum pelancarannya suku akhir Ogos 2016 ini. Sesi pandu uji Persona Baru juga telah diadakan untuk test driver memberi laporan ringkas bagaimana pemanduan New Persona Iris Sedan 1.6 VVT ini di atas jalanraya.

    NEW PERSONA – PROTON PERSONA BARU 2016 2017 SPECIFICATION & PRICE

    image

    Antara ciri menarik Persona Baru 2016 2nd generation ini adalah seperti berikut :

    1) Push start button with keyless system
    2) Auto on off headlamp
    3) Eco drive assist
    4) Follow me home light
    5) 1.6 VVT engine
    6) 510 liter luggage space boot size
    7) 5 star Asean Ncap safety rating
    8) ABS, EBD, BA ESC
    9) New CVT tune transmission
    10) Better noise insulation

    image

    Test drive review untuk model terkini Proton Persona ini mendapati Proton menambahbaik ciri yang terdapat pada Iriz terutama dari segi cabin comfort & noise insulation yang lebih senyap hasil talaan pada gearbox CVT yang tidak lagi mengaum seperti model Iriz dan Suprima S. Selain itu, beberapa faktor lain seperti 3 engine mounting baharu juga memberi impak positif pada kesenyapan enjin dan dapat mengurangkan vibration pada body Persona baru ini.

    image

    Ruangan dalaman yang lebih nyaman tidak jauh beza dari rekaan dalaman Iriz. Seat belakang yang boleh dilipat 60:40 memberi point tambahan sekiranya anda ingin membawa barangan yang panjang. Nampaknya Proton mendengar banyak komen pengguna dan menambahbaik model Persona kali ini pada setiap aspek.

    image

    Rekaan belakang yang nampak lebih elegant dan mempunyai boot yang sangat luas berbanding kereta di dalam kelasnya iaitu 510 liter. Jika dibandingkan dengan Bezza ( walaupun model pada segmen berbeza tapi price range yang sama ) yang mempunyai boot space 508, Persona mempunyai boot yang lebih besar walaupun lebih hanya 2 liter. Cuma bezanya Bezza nampak lebih terjongket rekaannya kerana ingin memuatkan boot yang besar pada kereta bersaiz kompak. Persona nampak lebih normal dan cantik pada pandangan belakang.

    image

    Dari segi engine 1.6 VVT yang diambil terus dari Iriz, ia menghasilkan 108PS kuasa kuda dan 150 Nm torque. Jika dibanding dengan engine CPS 1.6 125 kuasa kuda, enjin VVT ini lebih rendah nilai kuasa kudanya untuk memastikan penjimatan bahan api pada sekitar 6.0 liter per 100km bagi model CVT dan lebih jimat pada model Persona Manual.

    image

    Iklan terbaru Proton sebelum pelancaran. Harga yang ditawarkan bagi model Proton Persona Standard manual dari RM46k ke Persona baru Premium 1.6 CVT auto pada harga lingkungan RM56k pasti memberikan saingan yang sengit pada model Perodua Sedan Bezza dan model entry level sedan import lain seperti Vios, City, Almera dan Attrage.

    image

    Diharapkan kali ini Proton dapat memberikan yang terbaik dari segi Specification, service dan reliability pada model yang akan dilancarkan ini.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)