Caryn Yean atau nama Cina asalnya Ang Sui Yean memuat naik kenyataan menghina agama islam di ruangan komen mengenai kematian Pegawai Bomba Muhammad Adib.
Komen “Bkn kerajaan gagal.. tuhan u yg gagal xsembuhkan adib” itu sempat di screen shot dan menjadi viral disaat seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kematian seorang hero yang cuba menjadi penyelamat semasa operasi Bomba ketika kes rusuhan Kuil hindu di USJ November 2018 lalu.
Netizen mula memviralkan nama asal dan mendapati Caryn Yean bekerja di Honda Sri Utama Auto Setapak. Cawangan Honda tersebut bersama dengan Honda Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan berita memohon maaf atas sikap pekerjanya yang rasis dan menghina itu. Tetapi hanya mengenakan tindakan penggantungan terhadap Caryn Yean.
Imbau kembali kisah Edi Rejang yang dibuang kerja kerana kes rasis, ramai netizen berpendapat Caryn Yean perlu diberhentikan dan jika tiada tindakan tegas maka rakyat Malaysia bakal memboikot produk Honda Malaysia.
Apa pendapat anda pula?
Jom komen!