- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Honda Accord Baru Dilancarkan Di Malaysia

    new honda accord sedan 2008

    Honda Accord Baru Dilancarkan Di Malaysia

    Honda Malaysia yakin dapat memasarkan produk baru mereka iaitu Honda Accord serba baru dengan anggaran kasar sebanyak 600 buah model kereta tersebut setiap bulan.

    Syarikat itu sudah menerima tempahan sebanyak 2200 unit kereta honda accord baru yang menunjukkan sambutan hangat di kalangan rakyat tempatan.

    Untuk rekod, Honda Accord telah terjual sebanyak 16 juta unit dari 1976 hingga 2007.

    Honda Accord baru didatangkan dalam 3 variants — 2.0-litre SOHC (single overhead cam) engine, 2.4-litre DOHC (double overhead cam) i-VTEC engine dan yang pertama di dunia iaitu enjin V6 3.5-litre i-VTEC VCM (variable cylinder management).

    new honda accord sedan back 2008

    Teknologi VCM Honda Accord Baru merupakan satu teknologi enjin yang paling pintar setakat ini kerana berupaya mengawal dan menentukan berapa jumlah silinder yang diperlukan untuk perjalanan yang lebih lancar dan menjimatkan. Sama ada 6 silinder untuk lebih kuasa maksimum, 4 silinder ataupun 3 silinder untuk penjimatan dan ketika kenderaan bergerak lancar di jalanraya sangat mudah untuk dikawal.

    Harga bagi Honda Accord Baru adalah antara RM141,800 hingga RM249,800

    Jika dilihat pada design, accord baru yang dipasarkan di Malaysia ada sedikit perbezaan pada lampu belakang. Lebih menyerupai BMW 7 series.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)