- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Harga Minyak Diumumkan Naik Mendadak! Petrol Naik 78 Sen, Diesel RM1

    harga minyak naik

    4 Jun 2008:

    Berita yang mengejutkan ini telah dipastikan tepat pada hari ini. Ia akan membawa impak dan kesan besar kepada masyarakat.

    Harga Petrol malaysia naik 78 sen, diesel RM1

    Harga petrol naik sebanyak 78 sen – satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

    Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 – naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

    Kenaikan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

    Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

    Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

    Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun – rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

    Pemilik motosikal bawah 250cc pula akan diberi rebet RM150 setahun. Bayaran akan dibuat melalui wang pos apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

    Bagi pemilik kenderaan yang tidak layak mendapat subsidi, cukai jalan akan dipotong RM200 bagi kereta dan RM50 bagi motorsikal.

    Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

    Harga penuh pasaran sekarang adalah RM3 seliter.

    Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.
     

    Adakah relevan harga minyak petrol dinaikkan mendadak sebegini?

    Tips for fuel economy

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    15 Responses

    1. ron97 says:

      saya amat kecewa dgn tndakan kerajaan naikkan minyak secara mengejut. sebelum tu cakap bulan 8! skarang ape cerita? bukn naik sikit, sekali 41%! macam mana rakyat nak tanggung????

    2. faiez says:

      bagi org yang berpendidikan mungkin mengatakan semua ini perlu tetapi berapa ramai pula yang menderita pasal minyak naik. renung – renungkan lah..

    3. nazri_78 says:

      mcm mana kalau x naik,kalau nak di ikut kan harga minyak skg pun dah tinggi kalau tak kesian pah lah mana nak korek
      duit nak bayarkan petrol kita ni tak kalau kita yang kena bayar sendiri dengan harga sekarang ni,kalau tak naik lagi lagi lah kaya si tikus2 malaysia dan jiran2 kita ni,dia pi malaysia di masuk dr j.b isi minyak subsidi kita..

    4. faiez says:

      ramai2 lah pasang ngv..xde jalan lain dah.minyak makin lama makin naik.long term kalo pakai ngv save sikit

    5. mazda5 says:

      Tu pun tk tentu lagi. skarang ramai nak pasang NGV. Kos tinggi RM9k. Nanti dah lama NGV pulak naik harga! kerajaan sekarang mana boleh pcaya. die naik ikut suka hati. buat rakyat sakit hati!

    6. faiez says:

      pak lah kate kerajaan akan dpt jimat rm 4billion drpd penarikan subsidi minyak ni.so kalo nak puaskan hati sume pihak labur je la duit2 utk majukan sistem pengangkutan awam.wat cam jepun2.maju giler.ni kereta api kat sabah n sarawak pun mundur giler.skang ni masalah minyak naik harga ke atau pengurusan kerajaan sendiri x betul?

    7. badrul says:

      Untukpengetahuan semua minyak mentah yang di keluarkan di Malaysia adalah lebih mahal di pasaran, untuk hari ini sahaja, minyak mentah di pasaran adalah USD 128 manakala untuk minyak malaysia adalah USD 134 terdapat perbezaan USD 6, dan untuk pengetahuan semua minyak yang di tapis dimalaysia untuk kegunaan kita adalah datang nya dari timur tengah minyak mereka dikenali sebagai ‘sour crude’ dan harganya jauh lebih murah, jadi jangan kata mana pak lah nak dapat duit bagi subsidi sebab minyak malaysia dijual dengan harga lebih mahal untuk kegunaan minyak kapalterbang (jet A1) malah untuk pengetahuan semua minyak malaysia tak pernah ditapis di Malaysia pun, kesemuanya dijual dipasaran. jadi bayangkan kemana perginya baki USD 6 tu pergi ?? ke poket siapa??

    8. ed says:

      Aku sungguh kecewa dan susuah hati… gaji naik taklama minyak pun naik.. benarlah..

      barang naik sumua naik.. lama-lama kita pun naik…

    9. faiez says:

      kerajaan kate harga minyak akan disemak setiap bulan mengikut pasaran semasa.kalo macam ini tiap2 bulan minyak naik harga ler.mcm mustahil jer kerajaan nak turunkan balik harga minyak walaupun 10 sen.sedangkan kite negara pengeluar minyak pun rakyat kene bayar mahal.

    10. siti says:

      macm mana nak tuntut rebet yg diberikan?

      bila boleh tuntut bayaran tu?

    11. admin says:

      Bagi pemilik kenderaan yang layak menerima subsidi petrol dari kerajaan, boleh mula menuntut bayaran subsidi dalam bentuk wang tunai dari pejabat pos yang berdekatan. Anda hanya perlu memperbaharui cukai jalan seperti biasa dan membawa kad pengenalan ke pejabat pos untuk menuntut subsidi tersebut. Hanya maksimum 5 jenis kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk seorang pemilik kenderaan menuntut subsidi. Contohnya 3 kereta, 1 motosikal dan 1 lori. Tuntutan boleh dibuat mulai 1 Julai 2008 akan datang.

    12. faiez says:

      pengumuman baru.pak lah kate harga minyak takkan dinaikkan lagi dalam tahun ini.kite tunggu dan lihat.

    13. umi81 says:

      terasa sangat hidup sekarang dah semakin sempit. diri sendiri kenalah ambik alternatif sendiri mcmane nak mengatasi kesempitan yang dialami. pihak pemimpin mungkin dah menjalankan tugas yang sepatutnya. kita tak berada ditempat mereka memang mcm-mcm kita boleh cakap. saya rasa kalau kita berada ditempat PM kita pun mungkin benda ini akan terjadi. kita sebagai rakyat jangan mudah menuduh sedangkan kita tak tahu perkara sebenar. yang memimpin pulak diharap dapat melaksanakan tuga dengan sepenuh-penuhnya keikhlasan, kejujuran, kesetiaan & keadilan kepada kami yang dipimpin.

    14. faiez says:

      nak bising2 pasal minyak pun tak gune.minyak dah naik jgn harap nak turun balik.skang ni tengah pikir nak pasang ngv jer.jimat,murah dan ekonomi.tapi betul ker kalo pakai ngv keter cepat panas,xde pick up n susah nak start pepagi? orang len kate lain jenis keter lain plak ragamnyer kalo pakai ngv ni.tolong bantu skit.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)