Gambar Proton SUV ini memang perfect rekaannya dan bagi kami, seharusnya designer Proton perlu berfikir di luar kotak seperti ini untuk menghasilkan SUV pertama Proton yang nampak segak bergaya seperti rekaan Idiyaz Baharudin ini.
Cerita Proton SUV bukan cerita baru. Sudah lama ia dikumandangkan sejak Proton Lotus concept SUV lagi. Cuma kali ini ia lebih panas kerana hampir pasti Proton akan mengeluarkan SUV baru berasaskan Geely Boyue dari China sejak kerjasama dan perkongsian saham dengan syarikat gergasi dari China itu
Kdi sudah melihat sendiri produk asal SUV ini dan ia kelihatan besar dan gagah walaupun saiznya hanya dalam golongan compact SUV crossover yang semakin laris jualan di dunia ketika ini.
Rekaan grille depan dan bumper depan yang ganas namun masih mengekalkan ideologi design Proton adalah idea yang sangat genius. Syabas kdi ucapkan. Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai designer yang bagus. Cuma entah kenapa bila bab design kereta Proton masih belum menepati ciri kesukaan ramai.
Harap Proton blh ambik balik pasaran yang ditewar oleh Perodua dalam jangka masa yg pendek. Biar Proton bangga sekali lagi dengan jenama kereta mereka.