Rolls Royce merupakan sebuah kereta yang diidamkan ramai golongan VIP kerana ia dianggap paling mewah dan eksklusif. Ia mungkin nampak hodoh di mata ramai orang, namun kerana keunikannya, kuasa enjin dan kemewahan yang ditawarkan dalam pemanduan kereta mahal seperti ini membuatkan para VIP berebut untuk memilikinya.
Phantom.. Ghost.. antara yang popular. Kereta ini bersaiz limosin yang besar menempatkan 2 tempat duduk mewah di bahagian belakang. Ianya hanya boleh dibeli oleh orang kenamaan dan Rolls Royce juga dikatakan boleh memilih customer mereka untuk menjadikan model kereta mereka unik dan hanya untuk orang yang istimewa seperti kerabat diraja dan Jutawan.
Gambar beberapa jenis kereta Rolls Royce yang sangat rare ini diambil oleh kdi crew semasa international motorshow.
Rolls Royce mengekalkan rekaan klasik tapi mewah dielengkapi teknologi kereta terkini. Sama ada anda memandu, atau dipandu, kepuasan pasti timbul apabila anda berada di dalam jentera super mewah ini.
Apa pandangan anda pula? Berbaloikah wang yang ada dilaburkan pada model seperti ini atau anda lebih sukakan kereta super sport berbanding super luxury?
Jom komen!