- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • PROTON X50 REVIEW JUJUR POV DRIVE 0-100kmh TEST DRIVE : 11 KELEMAHAN MASALAH X50 PERLU TAHU
  • Empat Model Baru Renault Bakal Gegar Pasaran Automotif Malaysia

    PEMINAT kenderaan Eropah kini boleh melihat sendiri empat jentera terbaru yang dibawa masuk Renault untuk kepuasan pemanduan maksimum disamping gaya yang menawan.

    cleo renault f1 team r27

    ^Clio Sport Renault F1 Team R27

    TC Euro Cars yang membawa masuk kenderaan terbabit akan melancarkan masuk empat model diimport sepenuhnya (CBU) pada suku suku ketiga tahun ini.
    Empat model berkenaan adalah Clio Sport Renault F1 Team R27, Megane Sport Renault F1 Team R26, Megane Coupe Cabriolet dan juga New Grand Espace.

    Semua barisan model terbaru ini bakal memberikan sesuatu yang menarik kepada peminat automotif di sini.

    cleo renault f1 team r27 hatchback

    Ketika pra-pelancaran kepada media di Litar Go-kart Sepang baru-baru ini, pemandu F1 Renault, Nelson Piquet Jr berkesempatan memandu uji jentera Megane Sport Renault F1 Team R26 dan ternyata prestasi kenderaan terbabit amat memuaskan hatinya.

    Ketika membawa sekumpulan media menaiki kenderaan terbabit, Piquet Jr tidak mempunyai sebarang masalah memandu uji jentera terbabit dengan kelajuan tinggi di litar go-kart.

    Clio Renault F1 Team R27 inside

    ^Bahagian dalam Clio Sport Renault F1 Team R27

    Bagaimanapun, tiada sebarang harga ditawarkan dan perkara berkenaan masih dalam perbincangan.

    Renault Megane Coupe-Cabriolet all

    ^ Megane Coupe Cabriolet

    Keempat-empat model berkenaan adalah produk terbaru daripada Renault termasuk New Grand Espace yang berwajah baru dan lebih berkuasa.

    renaultgrandespace

    ^New Grand Espace

    Kehadiran jentera berkuasa dari Perancis ini pastinya akan merancakkan lagi industri permotoran di negara ini selain mengubat kerinduan peminat kenderaan Renault di negara ini.

    Gambar : Kereta.info

    Sumber : harian metro

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)