- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • EARLY DECEMBER > CAR CRASH ACCIDENT AT KB MALL, KOTA BHARU

    car-crash-at-kb-mall-03

    New contribution by Iz Aiz

    Still remember about the incident that happened at KB Mall, Kota Bharu early of this December?.That incident happened on 6 December 2009 at 5.40pm where a car accidently broke into a wall at the highest parking lot floor, and crashed down into the supermarket, untill the ground floor in front of Levi’s store dan Watson.Report stated that 2 student of Masterskill University College died being hit by the car, and left in serious injuries.Al-Fatihah for them.

    Read the full news below.

    car-crash-at-kb-mall-01

    Di Kota Bharu Kelantan dua orang pelajar perempuan Masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa. Kejadian berlaku jam 5.40 petang .

    Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis Ford Laser dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu. Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

    car-crash-at-kb-mall-06

    Pada ketika itu, mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin,  Siti Nor Diana Azman, dan Rashidah Ahmad Lutfi , berada di-eskalator berkenaan. Mangsa, Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala. Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi ICU, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.

    car-crash-at-kb-mall-02

    Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri. Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan. Ketua polis daerah kota bharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.

    car-crash-at-kb-mall-05

    Sempat Lagi Mencuri

    Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.

    Ketiga-tiga  remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri.Ketiga-tiga remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

    car-crash-at-kb-mall-04

    Ford B8 180 Turbo engine.

    UPDATE NEWS.

    MANGSA TRAGEDI KB MALL TERIMA PAMPASAN

    KOTA BHARU 17 Dis. – Tiga keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ngeri di pasaraya KB Mall di sini pada 6 Disember lalu, hari ini menerima pampasan dan sumbangan daripada pihak insurans melalui pengurusan Kolej Kejururawatan Masterskill, KB Mall dan kerajaan negeri.

    Keluarga dua pelajar kolej berkenaan yang terbunuh dalam kejadian itu masing-masing menerima sumbangan dan pampasan berjumlah keseluruhan RM71,000 manakala keluarga seorang lagi yang cedera menerima sumbangan sebanyak RM2,000.

    Ketiga-tiga keluarga mangsa itu menerima cek berkenaan yang disampaikan sendiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.

    Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Masterskill Berhad Datuk Edmund Santhara dan Pengurus KB Mall, Vincent Khor.

    Bagi keluarga pelajar yang terbunuh dalam kejadian itu, Allahyarham Siti Nur Amira Shamsudin, 19, dan Allahyarham Siti Nur Diyanah Azman, 23, masing-masing menerima RM51,000 melalui skim insurans dan RM10,000 daripada pihak KB Mall manakala pengurusan kolej menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi setiap keluarga itu.

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)