- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • PROTON X50 REVIEW JUJUR POV DRIVE 0-100kmh TEST DRIVE : 11 KELEMAHAN MASALAH X50 PERLU TAHU
  • CASTROL MAGNATEC ROADSHOW – MINYAK PELINCIR ENJIN

    New Contribution By mdhillon79
    CASTROL MAGNATEC ROADSHOW - MINYAK PELINCIR ENJIN
    Untuk memaparkan ciri-ciri keunggulan Castrol Magnatec kepada pengguna, Castrol, pakar pelincir premium yang utama di dunia akan menganjurkan satu siri ‘roadshow’ dari 17 April hingga 14 Jun 2009 di bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia.
    “’Roadshow’ untuk pengguna ini dianjurkan bagi menunjukkan kelebihan Castrol Magnatec dan bagaimana ia melindungi kenderaan dari saat enjin dihidupkan,” kata Mark Ng, Pengarah Pemasaran, Castrol Malaysia dan Singapura. “Kempen ‘roadshow’ ini membolehkan kami memaparkan manfaat unggul Castrol Magnatec dengan menggalakkan pengguna menyertai pelbagai kegiatan pendidikan interaktif yang menghiburkan dan menyeronokkan.”
    ‘Castrol Magnatec Roadshow’ akan bermula di Blue Concourse, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur (17 – 19 April), diikuti Atrium Tengah, KB Mall, Kota Bharu, (30 Apr – 2 Mei), Main Concourse, Berjaya Megamall, Kuantan (22 – 24 Mei), Centre Court, AEON Tebrau City, Johor Bahru (29 – 31 Mei), dan Centre Atrium, Queensbay Mall, Pulau Pinang (5 – 7 Jun). ‘Roadshow’ selama lapan minggu ini akan berakhir di Highstreet, One Utama (New Wing), Petaling Jaya (12 – 14 Jun).
    Daya tarikan utama ‘roadshow’ ini ialah rekabentuk paparan lengkap blok enjin.yang tersergam di tengah-tengah ruang kompleks. Memandangkan sehingga 75% daripada kehausan enjin berlaku pada fasa kritikal permulaan dan pemanasan enjin, iaitu pada 15 minit pertama selepas enjin dihidupkan, pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan yang diberikan oleh Molekul Pintar Castrol Magnatec. Gabungan Molekul Pintar Castrol Magnatec dengan teknologi sintetik, melekap seperti magnet pada bahagian penting enjin akan memberikan lapisan perlindungan tambahan yang memastikan enjin dilindungi dari saat ia dihidupkan.
    Para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan PC ‘Night of Mystery’, permainan PS3 ‘Undercover Challenge’, ‘Lindungi Kereta Anda’, Molekul Pintar dan banyak lagi.
    Antara hadiah menarik ialah telefon bimbit Nokia, iPod Touch, cenderahati ekslusif Castrol Magnatec serta pelincir Castrol Magnatec
    Night of Mystery’ ialah permainan PC mendebarkan lagi penuh misteri yang dicipta khas untuk membolehkan pemain memainkan watak seorang detektif yang mengejar masa untuk menyempurnakan misi menyelesaikan misteri bagi melindungi keluarganya. Setiap saat begitu mencemaskan kerana pemain perlu menamatkan permainan dalam tempoh kurang daripada 2.5 minit.
    Bagi peminat PS3, ‘Undercover Challenge’ ialah permainan lumba penuh aksi yang memerlukan pemain melalui siri aksi kejar-mengejar untuk menamatkan misinya. Dua pemain terbaik dengan masa terpantas pada akhir ‘roadshow’ di setiap bandar akan memenangi hadiah menarik.
    Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan video dan berpeluang memenangi hadiah hebat. Video boleh dimuat naik ke youtube.com. Peserta yang menghantar video paling popular dan kreatif dari setiap lokasi akan memenangi sebuah iPod Touch.
    Castrol telah memperkenalkan ujian kehausan lasak (Severe Sequence IVA Test) secara khusus untuk menunjukkan perbezaan perlindungan yang diberikan oleh minyak pelincir yang berbeza terhadap keadaan kehausan yang melampau yang berlaku sejurus selepas enjin dihidupkan. Keputusan muktamad diperolehi selepas ujian antara Castrol Magnatec dan pelincir piawaian API (American Petroleum Institute) SM dijalankan: Castrol Magnatec memberikan perlindungan sehingga lima kali lebih baik berbanding piawaian industri API yang terkini. “Castrol sentiasa menjadi pelopor dalam pembangunan minyak pelincir enjin dengan kecemerlangan teknologinya menjangkau lebih 100 tahun,” kata Ng. “Pengunjung ‘roadshow’ ini pasti kagum dengan keunggulan Molekul Pintar Castrol Magnatec yang berfungsi untuk melindungi enjin sebaik sahaja ia dihidupkan.”
    Ng menambah bahawa selain daripada mempelajari selok-belok perlindungan terhadap enjin, pengunjung juga pasti akan mempelajari bahawa pelincir juga adalah sesuatu yang menarik & menyeronokkan. “Di Castrol, yang penting bukan sekadar pelincir, tetapi kejuruteraan bendalir.”
    Layari laman web castrol.com/my untuk maklumat lanjut mengenai ‘Castrol Magnatec.Roadshow’

    CASTROL MAGNATEC ROADSHOW – MINYAK PELINCIR ENJIN

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)