Di sebalik kisah rompak dan ragut semalam, membuktikan ketahanan Proton Iriz merempuh peragut yang menaiki motorsikal dan seterusnya melanggar tiang lampu. Kelihatan kesemua airbag yang berada di dalam kereta berfungsi dengan baik dan bahagian hadapan kereta tidak terperosok jauh ke dalam akibat hentaman ke tiang lampu. Pemandu juga dilaporkan tidak mengalamo kecederaan.
Berikut laporan berita sinar mengenai kejadian tersebut.
BUKTI KETAHANAN DAN KESELAMATAN PROTON IRIZ – WANITA KEJAR DAN LANGGAR MOTOR PERAGUT
KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.
Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.
“Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.
“Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.
“Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut,” katanya.
Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.
“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula,” katanya.
Ini kereta kebal ke apa ni sampai tumbang tiang letrik. Biasa aku tengok kereta jepun dan local lain dah hancur remuk dan pemandu boleh maut.