BMW X5 & MINI COUPER S SALES INCREASING THIS YEAR – 18 BMW X6 SOLD – BMW MALAYSIA
BMW Malaysia, unlike any other car manufacturer, have their sales peak this year compared to previous year. this drove by support from SUV vehicles such as BMW X5 and Mini couper S. BMW X5 sold at 250% more this year while the 18 new BMW X6 sold after its launched in Malaysia on last August.
Below is the full news in Bahasa from harian metro:
BMW X5 dan Mini Cooper S kini menjadi kenderaan idaman apabila BMW Malaysia melaporkan jualan kedua-dua model itu meningkat tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Perkembangan itu membantu pengedar kenderaan mewah berkenaan meningkatkan jualan mereka sehingga mencatatkan 2,736 unit walaupun kebanyakan pengeluar automotif dunia mengalami kemerosotan jualan.
Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe, berkata pihaknya mencatatkan peningkatan jualan 32 peratus bagi tempoh tiga suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Sejumlah 2,736 unit BMW untuk dijual berbanding 2,095 unit pada tahun sebelumnya manakala 148 unit Mini dijual mengatasi hanya 95 unit tahun sebelumnya.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual BMW Malaysia meningkat kepada 2,884 unit,” katanya.
Katanya, di sebalik sentimen kurang memberangsangkan dan jangkaan bahawa industri automotif terjejas, BMW Malaysia mengekalkan jumlah jualannya dengan baik.
“Walaupun krisis kewangan global menggugat keyakinan pelanggan, BMW optimistik pasarannya di Malaysia.
“Angka jualan membuktikan prestasi jualan lebih baik pada tahun ini secara keseluruhannya,” katanya.
BMW X5 mencatatkan kadar pertumbuhan paling tinggi dengan rekod peningkatan sebanyak 250 peratus dengan sejumlah 147 unit terjual berbanding 42 unit tahun lalu.
Pada September sahaja, 30 unit dijual menjadikan bulan berkenaan mencatat jualan X5 yang tertinggi tahun ini.
Kebanyakan pelanggan kini memilih model BMW X5 3.0si berteknologi diesel yang menguasai 14 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.
“Kemajuan dalam teknologi enjin menjadikan kenderaan diesel alternatif yang lebih baik berbanding enjin petrol konvensional.
“Dengan pengurangan cukai jalan, kami berharap lebih ramai pembeli memilih model diesel yang lebih menjimatkan dan bertenaga seperti BMW X5 3.0 Diesel,” katanya.
Model Sports Activity Coupe (SAC) BMW X6 turut meningkat apabila 18 unit dijual sejak dilancarkan Ogos lalu manakala X3 turut melonjak sehingga 96 peratus dengan jualan 99 unit.
Malah, sebanyak 56 unit BMW 1 Series dijual menjelang penghujung suku ketiga tahunan, mencatatkan peningkatan sebanyak 211 peratus berbanding tahun 2007.
Pertumbuhan bilangan jualan itu menandakan perubahan minat dan permintaan terhadap kenderaan kompak, seiring peningkatan harga petrol dan keprihatinan terhadap isu alam sekitar.
Tidak ketinggalan BMW 3 Series dan BMW 5 Series yang terus mengekalkan kedudukan sebagai model paling laris dengan jualan masing-masing sebanyak 1,259 unit dan 1,039 unit.
Bagi keluarga Mini, model MINI Cooper S mencatatkan penjualan yang paling tinggi dengan jualan 76 unit sehingga akhir bulan September, diikuti Mini Cooper dengan 39 unit.
“Keadaan sukar industri automotif di Malaysia adalah satu cabaran walaupun bagi jenama mewah seperti BMW,” katanya.
Jom komen!