- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • BELI KERETA PALING MURAH DI MALAYSIA? BILA WAKTU DISKAUN, REBATE & FREE GIFT BALING BANYAK?

    Beli kereta murah pada awal tahun. Kebanyakan pengedar kereta menjalankan promosi rebate atau diskaun dengan pelbagai free gift pada awal tahun untuk menghabiskan stok tahun lepas dan cuba mencapai sebanyak mana jualan pada pembukaan tahun.

    BELI KERETA PALING MURAH DI MALAYSIA? BILA WAKTU DISKAUN, REBATE & FREE GIFT BALING BANYAK?

    Beli kereta murah

    Adakah berbaloi untuk kita beli kereta pada awal tahun ini? Jawapannya sudah tentulah berbaloi. Dengan diskaun berpuluh ribu hingga rm20k yang kami pernah lihat ditawarkan untuk model kereta Jepun, memang berbaloi.

    Rm20k tu dah kira penjimatan RM200++ untuk bayaran bulanan! Ataupun boleh beli full loan 9 tahun tanpa wang deposit down payment 10%.

    Namun agak rugi jika anda dapat stok tahun lepas sebab kereta tersebut sudah mengalami susut nilai yang sangat tinggi pada tahun pertama. Sebab itu penjual kereta mampu memberi diskaun rebate yang banyak.

    Kereta proton murah

    Bagi pemilik yang tak kisah dengan harga resale atau memang berniat nak pakai kereta sehingga habis bayar hutang bank, memang perlu rebut peluang seperti ini.

    perodua discount rebates

    Perlu juga dilihat dengan lebih teliti kondisi kereta ready stock yang ingin dibeli di showroom kereta. Takut-takut ada barang wear & tear yang sudah hampir expired seperti tahun tayar dibuat. Jika pemeriksaan untuk unit ready stock ini memuaskan hati, boleh teruskan urusan pembelian seperti biasa.

    Toyota cheapest car price discount

    Promosi harga kereta murah di Malaysia pada akhir tahun juga tidak kurang hebatnya kerana mereka cuba menghabiskan stock tahunan. Tapi promosi awal tahun lebih besar diskaunnya kerana kereta yang ingin dijual sudah melalui susut nilai tahunan dan harganya jatuh lebih banyak.

    Lain orang lain keutamaannya.. ada yang suka kereta yang betul-betul fresh keluar dari kilang & ada yang lebih pentingkan harga yang lebih berbaloi. Yang penting, warranty kereta yang baru keluar dari showroom masih sama. Bagaimana pula pendapat anda?

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)