By Amin:
salam sejahtera…terima kasih kerana memberi ruang utk melepaskan kebingungan berkaitan pembelian kereta second hand.
saya ingin tahu yg mana lebih baik dr segi penggunan serta penjagaan yg tidak memakan belanja yg besar diantara mercedes benz c200, bmw e90 m sport dan audi a4 1.8?
terima kasih
KDI:
Saudara Amin, untuk kereta 2nd hand, sudah pasti tahun kereta dibuat dan mileage yang paling memainkan peranan penting dalam menentukan ketahanan kereta second hand.
Namun disebalik itu, untuk menjalankan kajian sendiri mengenai model2 tertentu, anda perlu membuat survey di forum kereta tersebut, carian berapa banyak service center jenama kereta itu yang mudah dilawati, berapa mudah untuk mendapatkan spare part dan bertanya sendiri kepada pengguna kereta tersebut.
Bagi pencarian alat ganti, boleh google atau cari di mudah.my jika banyak orang menjual alat ganti model tersebut dengan harganya sekali. Lagi baik, dapatkan nasihat dari kedai alat ganti yang selalu anda lawati.
Bagi pandangan kdi secara rawak, jenama Mercedes Benz lebih tahan dimamah usia berbanding model lain. Namun dari segi spesifikasi, Audi mendahului dengan enjin Turbo berkapasiti rendah. Manakala BMW lebih manja dan paling banyak tersadai akibat sistem elektroniknya yang complicated.
Apapun, kajian dan survey secara mendalam perlu untuk memilih model mana yang paling mudah dijaga.
Assalam semua,
Saya berminat join group KDI ini yang banyak memberi info seperti yang sedia ada.
TK
Mohd noor, selamat dtg dan selamat berkongsi ilmu permotoran.. =)
Salam ..ingin saya bertanya …antara mercedes benz c200k dengan S320L W194 1997 ..model mana yg kurang menelan belanja besar dari segi kos penyelenggaraan ? Tidak termasuk kos insuran+roadtax
Assalamualaikum / salam sejahtera
Saya nak tanya
Saya seorang peniaga..kerja saya selalu berjumpa client untuk busines..antara 3 kereta ni mana yang lebih sesuai..lagi satu saya jenis suka pakai sesuatu barang sehingga tak boleh pakai..kereta mana yang sesuai dengan kehendak saya ni..boleh bagi pendapat..saya memang Zero tentang pilih kereta..tapi manager & rakan2 dalam business bgtahu saya dah boleh mula pilih kereta untuk busines