Bos mau tanya la audi or bmw which is senang dapat spare part bila problem.Tq
ask kdi : ORDER IMPORTED CAR PARTS IN MALAYSIA
——————
Kdi: Membeli car parts untuk imported car seperti BMW, Audi, Mercedes benz, Renault, Peugeot, Citroen, Alfa Romeo yang dikategorikan sebagai kereta continental sememangnya lebih sukar berbanding model jenama lain.
Oleh sebab itulah harga 2nd hand value kereta conti ini jauh lebih buruk. Namun, ia semakin mudah di zaman IT ini di mana kita boleh mencari barang kereta yang hendak dibeli dengan mudah dan terus melakukan pembelian dari penjual barangan kereta import tersebut.
Selain membeli spare parts kereta import dari kedai spare parts, service center dan dealer continental parts, anda juga boleh membeli secara online melalui ebay.com atau aliexpress.com setelah mendapatkan part number alat ganti kereta yang diinginkan.
Menjawab soalan bro, bmw vs audi car parts, ia melihat kepada berapa senang anda boleh lihat kereta tersebut di jalan. Tidak kira brand atau model apa, jika ia adalah model yang jarang ditemui, maka lebih sukar untuk kita mendapatkan alat ganti jika terdapat sebarang kerosakan atau servis biasa.
Jadi, spare parts BMW lebih mudah untuk dibeli kerana model ini dipakai oleh lebih ramai orang dan memandangkan BMW Malaysia merupakan satu syarikat yang reliable dari segi after sales service.
Tak berani beli walaupun murah, sebab harga spare part tetap mahal..
p/s : Blog Arena Permotoran untuk dijual, maklumat lanjut sila hubungi talian : 011-32592663.
BMW lagi better bro. Dalam family aku dah pakai BMW, Merc, Mini Cooper & Audi. Merc part paling murah dan senang dapat. BMW pun ok tapi mahal dari Merc dan kena beli dari direct supplier bkn kedai spare parts lain. Paling teruk AUDI, spare part mahal dan sakit nak dapat.
Kalau nak repair MERC & BMW harga bawah dari bengkel2 cina kat luar tu boleh whatsapp aku 012-5642enamempatdua. Aku biasa hntr kt diorg ni. Org melayu kita (student kereta conti) buat part time, tapi brg lengkap & scanner sume ada. Setakat ni aku pernah nampak diorg pernah repair ferrari dengan bentley. Kalau BMW, Merc, Mini mmg bersepah.