Kdi readers : Saya penguna kereta grand livina 1.8. Rim saya size 17 inci tayar 245/55. masalah saya tayar sudah tukar tahun lepas bulan April. masalahnya tayar belakang beralun Dan berbunyi bising semasa kereta bergerak.. apa patut saya buat. sedangkan alignment Dan balancing sudah buat. boleh bagi pandangan supaya masalahnya ini dapat saya atasi. Dan adakah perlu saya adjust chamber. berapa kos tukar nut skru untuk betulkan chamber. sekian terima kasih.
Ask kdi : MASALAH TAYAR BERBUNYI – NOISY WHEELS PROBLEM
Kdi :
Bro, maksud tayar beralun tu macam mana? Ada kembung ke? Bila berjalan bunyi bising tu macam mana. Bising berdegup ke atau macam berdengung?
Kalau beralun yag dimaksudkan ada kembung atau bengkak pada tayar, semestinya kena tukar baru lah. Selalu tayar jenis brand murah memang cepat bengkak kembung. tu yang jadi sebab bunyi berdegup degup tu.
Kalau bunyi berdengung, yang mana semakin laju gerak semakin kuat itu maknanya wheel bearing dah rosak. Kena tukar baru bearing tu.
Tak ada kena mengena dengan alignment.
Assalam. Saya nk tnya. Tayar keta sy pun bunyi nya bedengung, tp bila d simbah ngn air, tayar tu kuar asap. Knape ye? Mslh wheel bearing jgk ke? Sblum ni mekanik ckp brake pam x servis. Lepas servis hr tu, ok xde bunyi dah. Tp xlama. Lepas sbulan mcm tu bunyi lagi. Nape ye?
Salam, saya ada masaalah tayar berbunyi juga. bila saya tekan minyak, tayar kereta saya berbunyi mcm bergesel (berulang). saya baru lepas tukar breakpad tp still berbunyi. sebelom saya tukar breakpad tu bila nak break, steering bergegar. skrg dah ok.. balancing pun dah buat tp masih ade masaalah tu lg.. pagi2 lg dengar jelas bunyi. terima kasih.
Salam..saya pengguna perodua bezza 1.3 auto, baru berusia 1 tahun dan baru saja beberapa hari lepas servis yg ke tiga..sebelum ini kereta ini tidak ada masalah ini, masalah nya ialah selepas sahaja servis saya terdengar bunyi tayar seperti berdengung semasa berjalan..tetapi bila bergerak di jalan yg baik bunyi dengungan tersebut hilang..di jalan yg tidak baik(tidak rata) bunyi dengungan tersebut kembali muncul,bergantung kpd permukaan jalan rendah dan tinggi nya bunyi dengung tersebut terdengar..terima kasih