- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • APA PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN DAN CARA CLAIM INSURANS UNTUK REPAIR KEROSAKAN KERETA

    image

    Jika anda terlibat dalam kemalangan, apa yang anda perlu lakukan adalah:

    1) Jangan panik

    2) keluar dari kereta dan cuba selamatkan nyawa sesiapa yang terlibat

    3) Ambil gambar tempat kejadian beserta nombor plet kereta atau motor yang kemalangan. Yang paling penting adalah gambar penuh kereta anda dari setiap sisi untuk claim insurans.

    4) Lebih bagus jika ada video di tempat kejadian

    5) Bawa kereta anda ke tepi untuk elakkan kesesakan.

    6) Pastikan kerosakan kereta anda. Jika tidak boleh bergerak, call insuran anda untuk perkhidmatan towing oleh tow truck bertauliah sahaja. Jangan ambil mana2 tow truck yang lalu lalang.

    7) Cuba berbincang dengan professional dan terus ke balai untuk buat laporan polis.

    8) Buat laporan polis dan ceritakan sepenuhnya mengenai bagaimana kemalangan terjadi. Atau buat laporan dalam masa 24 jam.

    9) Tunggu pegawai penyiasat dan jurugambar polis untuk lakukan siasatan di tempat kejadian.

    10) Setelah laporan dibuat, jumpa pegawai penyiasat di balai polis. Pada masa ini, kemungkinan besar anda akan disaman. Kerana tugas mereka adalah mencari kesalahan anda. Cuba protect diri anda jika anda rasa tak bersalah dan di lorong yang betul. Saman RM300 akan dikeluarkan yang menyebabkan anda di blacklist jika tidak bayar saman dalam 1 tahun.

    11) Dapatkan salinan report polis di kaunter dengan lakukan pembayaran untuk dapatkannya

    12) Dapatkan gambar dari jurugambar polis untuk tujuan claim insurans.

    13) Balik dan tenangkan diri.

    Kemalangan merupakan satu insiden yang berlaku tanpa diduga, walau bagaimana hati2 sekali anda memandu, terimalah segalanya dengan redha dan tenang.

    APA PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN DAN CARA CLAIM INSURANS UNTUK REPAIR KEROSAKAN KERETA

    Untuk langkah seterusnya, bawa kereta anda ke workshop yang diiktiraf oleh insurans anda.. atau yang disenarai sebagai bengkel panel insurans kereta anda seperti Etiqa, Takaful, Kurnia, Berjaya, RHB dan lain2..

    Sebelum itu anda perlu sediakan dokumen2 seperti dalam gambar di atas.

    Antaranya salinan report polis, gambar kejadian, polisi insurans, salinan geran kereta, copy id, copy ic, dan lain2 yang berkenaan.

    Anda perlu mengisi borang claim.

    Setelah semua selesai, bawa wakil bengkel untuk lihat segala kerosakan di kereta.

    Kemudian anda hanya perlu tunggu Insurance adjuster beberapa hari selepas itu untuk luluskan claim dan repair kereta akan bermula selepas itu.

    Pastilan anda kerap menelefon bengkel kereta tersebut untuk bertanyakan keadaan kereta anda.

    Setelah repair kereta anda siap, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kereta anda.

    Itulah sedikit sebanyak tips jika anda terlibat dengan kemalangan dari kdi.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    3 Responses

    1. nizz says:

      assalamualaikum.. saya ingin bertanya, benarkah kereta keluaran lama(cth kereta saga lama) tidak boleh claim insuran jika terlibat kemalangan?

    2. Nak beli kereta baru, call saya 012-4177860
      Kereta perodua baru.
      m.peroduabest.com/#promo

    3. ayie says:

      saya dah apply untuk salinan report polis tapi masih belum dapat….adakah haris hulurkan sesuatu baru report boleh dapat…dah sebulan saya apply….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)