- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • MODIFIED HONDA CITY RS 1.0 TURBO 2020
  • ANOTHER EXPLOSION DUE TO MODIFIED NGV SYSTEM AT NGV STATION

    ANOTHER EXPLOSION DUE TO MODIFIED NGV SYSTEM AT NGV STATION

    Yesterday, one van exploded while filling the ngv gas at the ngv station at Melaka and killed one person. This is the second time and explosion due to self modified ngv system by using cooking gas cylinder container. Below is the full news in Bahasa from harian metro about the ngv explode in melaka.

    MELAKA: Seorang peniaga maut dalam keadaan ngeri apabila kaki kirinya hancur dan perut terburai selepas tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup ketika dia bersama abang dan rakannya mengisi gas di sebuah stesen NGV di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam kelmarin.

    Ketika kejadian kira-kira jam 7.51 malam, Mohd Hailmi Ishak, 25, dipercayai ada di tempat duduk pemandu bersama abangnya, Mohd Rosli, 30, manakala seorang lagi rakan mereka, Razali Md Zin, 31, ada di luar van bagi mengisi gas.

    Ketika mengisi gas, tiba-tiba berlaku letupan kuat dipercayai disebabkan silinder tong gas memasak yang diubahsuai menjadi silinder NGV itu pecah.

    Difahamkan, silinder gas itu diletakkan di bahagian tempat duduk pemandu dan ditutup dengan kanvas. Berikutan itu, Mohd Hailmi hancur kaki kiri dan perut terburai, manakala Rosli dan Razali cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka (HM).

    Mangsa meninggal dunia kira-kira lima jam selepas dirawat di HM.

    Letupan kuat itu turut menyebabkan pintu kiri van berkenaan tercabut serta mengalami kesan kemusnahan teruk pada bahagian depan, manakala tong gas memasak yang pecah itu tercampak keluar dari van.

    Kejadian itu juga menyebabkan orang ramai yang kebetulan ada di tempat kejadian panik dan melarikan diri kerana menyangkakan stesen minyak berkenaan terbakar atau meletup.

    Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu, Komander Mokhtar Osman, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ada di dalam van ketika kejadian.

    Katanya, letupan itu dipercayai berlaku akibat pengubahsuaian sistem NGV yang menggunakan tong gas untuk memasak.

    “Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa dipercayai menunggu tangki berkenaan diisi dengan NGV.

    “Tong itu dipercayai meletup akibat kesan daripada enjin kenderaan yang panas atau enjin kenderaan tidak dimatikan. Sistem NGV yang diubahsuai itu dipercayai dibuat sendiri.

    “Tangki gas untuk memasak itu diletak di bahagian bawah tempat duduk di bahagian depan kenderaan dan ditutup dengan kanvas,” katanya di sini, semalam.

    Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 8.11 malam dan sepasukan tujuh anggota serta satu jentera dihantar ke tempat kejadian serta tiba kira-kira 14 minit selepas itu.

    Katanya, pasukannya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke HM.

    “Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut kerana ia membabitkan kejadian letupan,” katanya.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    3 Responses

    1. pariho says:

      Nak beli petrol mahal, nak tempa tong ngv lagi mahal, ada x ada pakai la tong gas dapor kos mura, tapi tggongla risikonya.
      ” KALAU MINYAK TAK NAIK ADAKAH SDR HELMI MATI?”

    2. virusxxl says:

      Ajal dan maut ditangan tuhan. Yang baik dijadikan tauladan dan yang tak baik tu kita jadikan sempadan. Beringatlah bahawa bahan api, brek dan tayar adalah benda yang boleh membunuh jika tidak disengara dengan baik.

    3. don says:

      Ini adalah side impact apabila petrol naik. Semua orang akan cari alternative lain untuk jimat minyak dengan berbekalkan sedikit ilmu dan creativiti tanpa merujuk kepada pakar. Kerajaan haruslah menurunkan minyak dengan segera, harga minyakpun sekarang sudah stabil diparas USD70.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)