- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • ALL NEW PEUGEOT 308 TURBO 2015 SPEC AND VIDEO REVIEW

    image

    Peugeot 308 THP 1.6 2015 baru dibuka untuk tempahan. Bagi peminat peugeot, kereta ini merupakan hot hatch yang sangat perfect dengan kuasa dan praktikaliti. Design luarannya mendapat sentuhan baru 100% dan kami sangat suka akan bentuk belakangnya yang lebih cantik berbanding design ala “katak” sebelum ini.

    Walaupun design bumper hadapan nampak lebih elegant dan kurang ganas, namun Pug 308 T ini nampak menyerlah dengan rekaan terbaru 2014/2015.

    Dengan enjin 1.6 turbo, ia mampu menawarkan penjimatan minyak sehingga 23km per liter petrol. Dimension dalamannya juga lebih luas dan boot space yang sangat bagus berbanding kereta hatchback lain.

    Harganya pula dijangka dijual pada bawah RM135K pada permulaan. Mungkin juga akan dikurangkan lagi selepas pelancaran. Namun, ia masih kompetitif jika Naza Peugeot menambah aksesori dan features yang menarik untuk bersaing dengan Ford Focus ataupun Honda Civic yang mempunyai design luarannya sangat membosankan.

    Jika ditambah dengan pakej warranty dan penambahbaikan after sales service, kereta ini pasti menjadi pilihan ramai walaupun resale value nya dijangka sangat teruk jika dilihat pada reputasi Peugeot 308 sebelumnya.

    NEW PEUGEOT 308 Turbo
    Estimated Price : RM 135,000.00
    Engine: Turbo High Pressure (THP),
    4 Inline cylinders,
    DOHC 16 Valve,
    VVT (Variable Valve Timing)

    Horsepower: 150bhp
    Torque: 240Nm
    Transmission : 6 Speed Auto Adaptive Gearbox with Tiptronic and Sport Mode

    Full LED Headlamp Lighting System 18″Alloy Wheels Panoramic Roof with Electronic Retractable Blind

    ALL NEW PEUGEOT 308 TURBO 2015 SPEC AND VIDEO REVIEW

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)