2019 PERODUA ARUZ review – SUV BARU PERODUA yang mendapat sambutan hangat kerana harga yang berpatutan (RM75-80K).
Kami akan berikan sedikit pandangan pandu uji Aruz (test drive review) mengenai beberapa masalah utama Perodua Aruz ini supaya anda boleh menilai adakah ianya berbaloi untuk dibeli atau tidak.
Secara rumusannya, kekurangan & masalah Perodua Aruz 1.5 2019 adalah seperti berikut :
- 1) Performance Engine sangat teruk (kami beri 1 star sahaja)
- 2) Respon gearbox yang lambat dan lebih suka mengaum
- 3) Handling yang tidak sharp & tidak stabil
- 4) Ride yang melantun & keras. Bergoyang-goyang seperti van tinggi.
- 5) Aircond yang lambat sejuk
- 6) Rekaan kerusi pemandu dan penumpang yang terlalu gagal dalam memberi keselesaan
- 7) Ketinggian terlalu extreme. Perlu side step untuk mudah menaiki SUV ini. Sukar untuk orang tua & kanak-kanak.
Perodua Aruz merupakan sebuah SUV 7 seater yang dilancarkan dengan enjin 1.5 liter dvvti berkuasa 104 hp @ 6000 rpm dan 133Nm torque.
Manakala berat Aruz ini adalah 1310kg. Perodua Aruz adalah model rebadge dari Toyota Rush. Perbezaan kebanyakannya hanya pada rekaan bumper & dashboard.
- Photo credit by the Ajerul
Toyota Rush VS Perodua Aruz?
Beza harga dalam RM20k pasti membuatkan anda tertanya apakah Rush lebih baik? Bagi kami, kedua-dua kereta adalah sama sahaja. Yang berbeza cuma kami rasa rekaan bumper depan Aruz nampak lebih kemas dan tidak berserabut seperti Toyota Rush.
MASALAH ARUZ
Perodua Aruz 2019 merupakan SUV 7 seater mampu milik. Masalah paling besar dan ketara adalah SUV ini didatangkan dengan enjin yang sungguh lemah & gearbox yang tidak membantu pergerakan lancar Aruz di jalanraya.
Tahap prestasi Aruz semasa mendaki bukit sungguh mengecewakan. Mengingatkan kami dengan model Kancil 660 yang selalu mengaum apabila hendak mendaki bukit.
Mungkin anda pernah melihat video review dari salah seorang reviewer tempatan yang membawa penumpang ke Genting Highland menaiki Aruz dan mengatakan ianya mampu mendaki dengan mudah, namun perasankah anda, bunyi deruman enjin Aruz pada ketika itu terlalu kuat? Ini menunjukkan enjin Aruz terlalu berusaha untuk menaiki Genting dengan penumpang dewasa di belakang.
Semasa sesi pandu uji Aruz, kami mendapati Aruz sukar untuk bergerak pada bukit yang tidak terlalu curam dan anda perlu perlu menekan lebih pada pedal minyak sehingga RPM mengaum ke lebih 3000 RPM barulah Aruz mula bergerak perlahan.
Kami bandingkan dengan model pandu uji kami yang lain (Proton Iriz 1.3) pada bukit yang sama, walaupun Iriz mempunyai berat dalam 1100+ dengan enjin hanya 1.3 liter, Iriz mampu menaki bukit yang sama dengan RPM 1500 sahaja dengan mudah tanpa perlu menekan pedal minyak berlebihan.
Pada keadaan jalan lurus tidak berbukit, meter RPM Aruz sudah menunjukkan 3000+ RPM pada 100km/j dan bunyi kuat sudah mula memasuki ruang kabin.
Anda pasti akan jarang berjumpa Aruz yang mampu dibawa terus di lorong paling laju dan setakat pemerhatian kami, ia benar sama sekali. Pemanduan di atas lebuhraya memerlukan anda untuk bersabar di lorong tengah atau kiri sekali.
MASALAH GEARBOX ARUZ
Respon Gearbox 4 speed auto zaman dinosaur
pada Perodua Aruz ini juga sangat mengecewakan kerana lambat menukar gear & tidak cekap dalam menentukan gear yang sesuai bagi setiap kelajuan.
Perodua perlu berhenti menggunakan gearbox 4AT lama ini dan menggantikan ia dengan Gearbox CVT seperti Vios baru yang lebih cekap memainkan peranan dalam menyalurkan kuasa enjin walaupun enjin tidak cukup tenaga.
Gearbox memainkan peranan penting terutama apabila kenderaan besar yang dipadankan dengan enjin 1.5 liter sahaja.
ADAKAH PERODUA ARUZ SELESA & MANTAP DIPANDU?
Ya & tidak. Ya untuk keselesaan ruang dalaman yang luas, tidak untuk pemanduan terutama pemanduan jalan jauh. Rekaan kerusi yang rendah dari paras bahu membuatkan pemandu cepat letih dan sakit belakang.
Mungkin hanya sesuai untuk pemandu Hobbit kerana kerusi tidak menyokong bahagian belakang badan manusia normal sehingga ke atas bahu. Namun pemandu Hobbit ini mungkin sukar untuk masuk ke dalam kereta kerana ketinggian Aruz ini agak berlebihan.
Sepatutnya SUV kompak sebegini tidak begitu tinggi. Dari jauh kita boleh lihat yang tinggi Aruz ini agak pelik dan luar biasa. Ketinggian seperti ini menyebabkan Aruz tidak stabil di jalanraya terutama pada selekoh masuk dan keluar highway.
SUV ini juga akan bergoyang ke kiri dan kanan secara berlebihan apabila melalui jalan tak rata. Ketinggian sebegini memang sesuai untuk aktiviti off road. Tapi ia seperti kecelaruan identiti kerana kenderaan off road perlu enjin yang berkuasa untuk meredah hutan.
Sedangkan Aruz tidak mampu menaiki bukit dengan baik, apatah lagi jalan off road?
Jadi sejujurnya, ketinggiaan berlebihan ini tidak perlu untuk Aruz. Jika Perodua mampu untuk tune semula suspension Aruz agar lebih rendah dan stabil di jalan biasa,kami yakin handling Aruz akan bertambah baik. Suspension Aruz agak keras seperti pickup truck zaman dahulu.
Penumpang belakang akan terasa terlompat apabila melalui bendul tak kira kecil, besar atau landai. Mungkin akan lebih selesa jika SUV ini penuh dengan penumpang.
Aircond system Aruz juga kurang nyaman dan lambat untuk sejuk. Mungkin compressor kecil digunakan pada Aruz untuk penjimatan minyak dan mendapatkan penarafan EEV. Namun blower aircond pada bahagian tengah membantu angin untuk sampai ke belakang barisan ketiga.
Exterior Looks – Perodua Aruz memang sebuah kereta yang cantik. kami bagi skor 5 bintang secara keseluruhan.
Body kit – Setakat ini masih belum lagi ada body kit untuk model Perodua Aruz. Tapi bagi sebuah SUV, cukup sekadar menambah aksesori SUV seperti Side Step Aruz yang sudah pun ada pada pasaran Malaysia, Merendahkan sedikit kereta dengan menggunakan spring aftermarket agar lebih stable & nampak tak terlalu tinggi seperti sekarang, menukar tayar yang lebih lebar untuk lebih ganas dan menambah grip di jalanraya, menambah roof box untuk Aruz dan window tinting yang lebih gelap.
Head Lamp LED Aruz nampak futuristic dan penuh gaya disamping memberikan pencahayaan yang baik pada waktu malam.
Tail Lamp yang bersambung dengan rear chrome garnish pada Perodua Aruz SUV ini nampak lebih menarik jika dibandingkan dengan Honda BRV yang nampak pelik.
Interior Aruz boleh dikatakan selesa dan luas. Cuma untuk perjalanan jauh, akan lebih memenatkan kerana Aruz, seperti juga Perodua Myvi 3rd gen baru menggunakan seat yang sangat tidak menyokong sepenuhnya bentuk tubuh badan manusia.
Ramai pengguna Aruz yang menyuarakan isu ini apabila mereka merasa cepat letih dan sakit badan semasa perjalanan jauh.
Dashboard nampak kemas dan tidak berserabut. Rekaannya nampak premium tapi dipenuhi plastik keras. Speedometer Aruz juga kelihatan jelas dan cantik dengan latar belakang cahaya LED berwarna putih.
Steering Wheel Aruz juga simple. Steering feel agak bagus & selesa dipegang. Bunyi speaker Aruz juga antara yang terbaik Perodua pernah hasilkan berbanding model Perodua sebelum ini.
Seat depan terasa tinggi dan paras bahu terlalu rendah dan tidak menyokong sehingga ke atas. begitu juga seat belakang. Head Rest agak panjang dan lembut untuk menyokong belakang kepala. Bahagian bawah seat juga tidak menyokong penuh peha pemandu dan penumpang kerana terlalu pendek.
Legroom Perodua Aruz cukup bagus untuk penumpang tengah. Namun untuk penumpang 3rd row, penumpang tengah perlu memberi ruang sedikit kepada penumpang 3rd row dengan meluncurkan seat tengah ke hadapan.
Headroom juga bagus cuma penumpang belakang terasa kedudukan lebih tinggi. Lebar Aruz tak banyak berbeza dengan Perodua Alza.
Boot Space Perodua Aruz lebih besar berbanding Honda BRV & Perodua Alza. Jadi lebih banyak barang yang boleh diletakkan di belakang Perodua Aruz. Namun tidaklah seluas mana-mana SUV 5 seater.
Fuel Consumption Aruz berada pada tahap 12-16 km per liter berdasarkan pengalaman pemandu Aruz. Tidak jauh beza dengan Fuel Consumption Proton Persona VVT 1.6 yang lebih berkuasa.
Ride & Handling sangat teruk dan kami rasa ianya seperti Avanza yang dibesarkan & ditambah beban yang lebih. Noise insulation agak bagus namun bunyi deruman enjin terlalu banyak jika berada pada RPM tinggi.
Apa yang bagus pada Perodua Aruz :
1) Rekaan luar nampak cantik & tegap
2) Rekaan dalaman
3) Lampu LED terang
4) Speaker sound system yang bagus
5) Harga yang berpatutan untuk SUV 7 seater
Kesimpulannya, jika anda tidak mementingkan pemanduan & boleh menerima semua 7 kekurangan di atas, kereta Perodua Aruz ini sangat sesuai untuk anda terutama jika anda selalu membawa lebih 5 penumpang dan selalu melalui jalan yang teruk.
Bagi kami pula, jika anda ada bajet lebih, boleh tambah RM5k dari harga Aruz AV Premium (RM80K) untuk ambil Honda BRV yang lebih berkuasa & bagus dipandu.
Kalau tidak pun, jika anda peminat Perodua dan tak suka dengan Honda BRV, Perodua Alza sudah cukup baik dari segi Pemanduan & kuasa enjin. Tak perlu sebuah SUV yang hanya nampak cantik tapi pemanduan kurang memuaskan.
Ataupun, jika anda jarang membawa penumpang yang ramai, tidak perlu SUV atau MPV. Pada harga yang sama, banyak pilihan kereta sedan yang lebih berkualiti seperti Honda City, Toyota Vios, Proton Persona, Kia Rio dan lain-lain.
Pandangan kami mungkin berbeza dengan anda. Setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan. Kami sudah berikan kelebihan dan kekurangan berkenaan Perodua Aruz ini.
Jadi bagi bakal pembeli, dinasihatkan untuk pergi test drive kereta yang dah dalam wishlist dulu baru buat keputusan untuk betul-betul beli.
Jadi apakah pandangan anda untuk SUV mampu milik ini?
Bandingkan dgn iriz? ??? Tu bukan suv..
Bandingkan la dgn kembara ke,
Dia bandingkan berat badan & cc enjin
Berat Aruz dan Iriz hampir sama dengan cc yg setara tetapi performance yg jauh berbeza. Mmg la dari segmen yang berbeza tapi sepatutnya Aruz mempunyai kuasa yg lebih dari Iriz yabg mempunyau berat yg hampir sama. Kalau dah nak guna rpm tinggi utk dapatkan kuasa, rasanya fuel consumption juga akan meningkat. Tapi saya tak hairan, mostly rakan rakan saya yang peminat perodua nie kebanyakkan hanya pentingkan gaya je sebenarnya, keselesaan dan keselamatan no. 2 dsn 3.
Itu nama ye utk pemanduan yg bagus, betul la bandingkan berat dgn CC. Tp dr segi keselamatan BRV Honda 2 air beg je huhu. Design dlm pn Aruz lg hebat dr BRV. Nk bandingkn Naik bukit dgn sedan mmg lain la. Komen aku yg pnh test drive BRV,ARUZ & ALZA
Aruz enjin xpadan…Enjin Myvi sumbat masuk body bagak..Mana sesuai.Banding dengan BRV, serius sedap kalau drive BRV sebab aku pernah sewa guna SOCAR…Handling mantap, nak pecut potong kereta tak risau..power ada..Bonet aku tengok sama saiz ja..Interior dalam headroom dengan legroom BRV luas lagi aku tgk banding Aruz.Seat pun lagi panjang dan selesa.Aruz punya driver seat sempit.Kaki berlaga dashboard sedia.Cuma design belakang macam tak siap.Kena tunggu model facelift la kot..Tapi bagi aku bila dah pakai 7 seater mesti nak power lebih nak bawak usung orang..Apa guna body lawa tapi enjin lemau, duduk dalam bukan nampak pun design..
Please nah bawak exira cps tak, lagi kuat mengaum naik bukit…..
Patut sumbat turbo aruz nie. Nie kedekut. Harge yahudi. Lolz. Design je cantek. Tp yg lain kelaut. Setuju sgt2 pasal keselesaan utk perodua nie. Ape2 kereta dia semua tak selesa duduk . Kerusi rendah la, Kerusi pndek la (tak support keselurahan peha) sakit wo badan jalan jao2 woi. Patut la perodua tak penah nampak teaser jlan2 kat jlan test dulu. That’s why tak tahu selesa ke tak utk jlan jao. Adoi fail bab keselesaan.
Penulis tak pernah bawak kembara non-dvvt agaknya. Nak keluar simpang, tekan minyak, kembara tak jalan jalan, lembab. Bawak highway, 100kmj rpm lebih 3k. Minyak kuat nak mampos. Nasib baik perodua tak bawak masuk model 7 seater masa tu. Sebab Daihatsu terios ada je.
Apa kata be fair dan bandingkan dengan BRV (bukan bandingkan harga sebab obviously Honda lagi mahal) dan Toyota rush model baru dan model lama sekali.
Lepas test drive ARUZ bulan lepas, pendapat aku ARUZ sesuai utk pembeli yg nak bawak santai. Kalau aku beli nak drive balik kelantan… X sesuai sebab jalan berbukit2 dan byk corner… Akan lenguh kaki, control pedal minyak, dan seat yg flat kecik.
Kurang performance ??? Aku rasa tak kottt dekat high tekan sampai 180 follow fd itu kurang perfomance acikkk dia , kalau dah laju centuhh takkn handling out kottt
I dah pakai dua bulan , pengalaman yang memang tak happy . Kelemahan seperti penulis di atas .terutama sekali power memang teruk dan makan minjak . Lebih kurang 9-11km/liter. rasa kesal membeli Aruz .
2 bulan dah aku pakai aruz. Beli sebb bajet cukup2 berbanding nak beli Rush. Baca komen2 sini semua pon betul. Xde yang salah. Tapi aku puas hati sebb jimat minyak. Sekali isi je dr KL ke KB. Tapi aku masih heran nape member2 aku x bagi beli BRV mase Aruz belum keluar lagi masa tu.
semua yang komen -ve ni semua yang kedekut…hahaha…..SESUAI DENGAN HARGA DIA LAA…..ada pro and cont…..aduhai….
Boleh je nk drg komen org… kita boleh notekan dan listkan… tp yg paling penting adalah kita test sendri kete2 ni… ALZA / ARUZ / BR-V / SIENTA / ERTIGA / EXORA. Test btol2 amek feel… pastu tgk blk noted2 komen2 td… kaji & bandingkan… ni yg jenis x pernah bwk tp komen mcm dh pkai setahun…
Aku baru sebulan bawa aruz nie..komen -ve yg lat atas tu aku x nafikan..tapi pada aku kereta ni cukup la untuk aku beli sbb anak2 ramai..bawak pon x pentingkan kelajuan sangat..safety 1st..hehehe… bab jimat minyak mmg dapat 12km/l camtu.. yg cakap dapat 9km/l tu aku xtau camna ko bawak..hehehe… dari kedah ke kl skali boh ja minyak..habis 20liter jaa..pada aku ok laa…ikut laa citarasa sendiri sbb ni pandangan aku sbg owner Aruz ?
Saya berminat nak beli brv tapi suami dia nak aruz.. tapi duk tangguh nak beli avanza baru pula.. aku ni tak berkenan design dalam dia.. aku nak brv, dia nak avanza last2 kami setuju beli aruz wlpn kmi berdua aje xada anak stkt ni.. brv dia xmau alasannya gear box digunakan tu dia xberkenan, aku pula xmau avanza sbb dia kedekut sgt bab dlm..kat luar cantik dah mcm velfire..dah lulus loan bru baca kekurangan aruz ni hrp2 leh thn la nanti
Aruz ni lebih kepada family car..family car..bukan utk berlumba pun..so cukuplah 104 hp tu..harga yg kompetitif..ruang yg besar..jimat minyak..itu lah main target die..yg ckp Naik bukit mengaum tu..soalan aku hari-hari ke Naik bukit??? Setahun ntah berapa Kali je.
Sy quote Feer,
“Soalan aku hari-hari ke naik bukit???”
Kamu disemenanjung mmg tidak naik bukit hari2.
Tapi kami di sabah hari2 hadap bukit.
Ada org hari2 ulang alik KK-Keningau atau KK-Kota Belud.
Bukit di Sabah, bukan tandingan bukit2 disemenanjung.
Tak percaya? Marilah datang sini.
Kamu sewa la kereta2 perodua, kamu akan tau kenapa enjin yg berkuasa sgt2 diperlukan oleh kami disini.
Sy sudah berpengalaman memandu kebanyakan model perodua dan proton di sabah.
Sy lebih yakin memandu proton berbanding perodua.
Jika kamu tidak percaya ckp sy, kamu dtg sini, cubalah sewa kereta perodua, dan pergilah mendaki ke kundasang.
Kamu pasti akan berjumpa lori treler atau bas yg mendaki dgn kelajuan yg sgt perlahan.
Dan bila berpeluang memotong, disanalah kamu akan tau hakikat sbnr kelemahan kereta2 perodua.
Pengalaman sy, memotong semasa mendaki dgn kenderaan perodua termasuk si aruz ni, RPM akan melepasi 5k untuk mendapatkan momentum, tapi kereta tidak selaju yg diharapkan, amat bahaya sekali.
Keselesaan-out, jimat minyak-out, handling-out.
Maaf, perodua bukan pilihan sy disini.
Satu lagi produk yang gagal oleh perodua.
Aruz,brv,terios,rush enjin 1.5 sama shj..cuma aruz mnang harga rupe lbh cntik skit dr yg lain.kalo nk yg power lebih bila panjat bukit blh cr cc3.2 ford ranger br puas ht minyak larap jgn kira..pendapat sya,kereta hanya keperluan.utk yg berkluarga aruz 7 seater bebaloi..buat apa bayar lbh..aruz bkn kreta perfomance.
Dah ok dah arus tu. Bukan untuk race2 @ panjat bukit hari2. Kereta untuk bawa family tp side step patut ada la sbb tinggi. Kalau dah tau duk panjat bukit hari2 naik la Hilux. Nak cari perfect all rounder tapi xda duit.
ikut bujet dan keperluan sebab anak ramai.. beli kete bukannya nak berlumba.. baik beli kete F1.. janji anak2 selesa.. selamat sampai ke destinasi yg dituju..
Proton baik bukit² di Sabah lagi bagus dari Perodua?Yang aku tengaok kereta Proton la selalu tersadai di tepi jalan sbab panas sudah enjinnya.Heat.Jangan tambirang la bossku.Bukan ko jak yang tinggal sendiri di Sabah..hahaha
Saya orang antara orang yang pertama beli Aruz beberapa hari sebelum Ramadan 2019. Sebelumnya saya memakai kereta Toyota Estima 2.4 selama 10 tahun. Selalu pergi ke utara tanah air. Sewaktu mendaki sebelum Terowong Menora, Aruz boleh pergi 130km. Satu pencapaian yang menakjubkan berbanding Estima 2.4 walaupun enjin agak mengaum. Minyak full tank boleh sampai Penang (400km) walaupun dipandu everage 140km. Cuma ada masalah dengan smartlink dalam car player yang tidak dapat disambungkan degan smartphone Xiaomi Max 3. Bila disambungkan dengan Smartphone Vivo boleh pula. Ada sesiapa yang dapat memberikan solusi?
hahaha ini semuia temberang saleman proton. Performance keta proton bukan bagus pun, cekik minyak, services center teruk. Resales value hancur….
Guna ARUZ naik genting mengaum ???? EXORA boleh naik genting ke ???? tak gaum ke ?????
Nak laju, nak performance bagus keluar duit lebih….beli kereta import….bali BMW
Aku booking paling awal dan dapat beberapa minggu selepas pelancaran.Selepas memandu keta ni 6000 km aku rasa sangat berpuashati dgn prestasi engin dan handlingnya.Memang sangat seronok dipandu terutama dalam bandar dan boleh tahan juga dihighway.Cuma dihighway jika nak relax dan comfort kena pandu cermat dgn kelajuan 90-110km sahaja.Tak boleh lah nak pandu macam Audi Q5/7 atau Volvo XC60 T6 yg 300 hp dan 400 torque.Untuk pemanduan berhemah,selamat dan selesa kereta ini adalah terbaik dalam kelas harganya.
cerita naik genting?naik cameron? sume bukit bukau mcm nak bawak pi Xtrail je.. padahal kete SUV 7 seater utk keluarga.. nak speed kemana korang ni? mati..? dia bagi SRS airbag, itu ini..safety… korang seatbelt tak gak pakai, signal lg la kedekut nak mampos.! konsep sebuah kereta yg penuh ciri2 keselamatan yg boleh d pandu dgn selesa pada had laju yg d tetapkan sudah mencukupi.. ini cerita mcm nk pi lumba je. nak laju cepat mati silakan tiada siapa larang, cuma sila mati sorg,jgn babit kan org lain bila atas jalan raya tu.. bukan awk sorg yg drive. for your info, sya drive toyota rush, mmg nampak sama, tapi.. mmg berbeza.. sebab sya dh drive kedua-duanya..
Aruz setara dgn harga dan features yg dibekalkan..5 star ANCAP rating, 6 airbag, complete with VSC,TRC,ASA 2.0,DVR, dll..LED headlight,built in Smart Tag..sesuai lah tu utk 7 seater entry level SUV..
In terms of performance mmg agak kurang berbanding pesaing mungkin disebabkan 4speed AT yg agak ketinggalan..tapi ianya dipacu dgn enjin dual vvti, enjin terasa ringan walaupun dgn muatan yg lebih
Semua masalah yang telah di sampaikan Dan komen yang Saya Baca ternyata betul belaka… Saya pun sudah memiliki produa aruz… Nak menyesal pun Tak berguna sebab dah beli nak buat macam mana… Kenderaan perodua aruz ini hanya sesuai untuk di Bandar Saha bukan untuk Jalan yg berbukit Dan gunung yang ter dapat di sabah… Pickup yang sangat buruk Dan sangat-sangat teramat lemah Dan memenatkan pemandu… Mungkin perodua perlu perbaiki kelemahan enjin tersebut pada masa akan datang Dan yang teramat penting bagi lah transmisi menual jangan lah asyik nak bagi auto Saja… Rasa menyesal beli perodua aruz… Tak berbaloi… Yang paling sedih hanya menang membeli Tak menang memakai… Laju lagi kereta satria aku time naik gunung Kat sabah nie berbanding perodua aruz…. Hampeh… Kalau ada rezeki nak tukar kereta lain insyallah….
kereta ARuz yang baru dibeli oleh suami nampak saja cantik di luar tetapi bila duduk sakit badan dan lebih teruk sakit belakang.tempat duduk tidak selesa dibandingkan dengan kancil dan toyota avanza saya.takut nak naik kereta ARUZ.Skg masih sakit belakang.
dah test drive…pemanduan mmg xla best sgt…tp rupa cun juga.. padan dgn harga..tp kalau dpt 1.8 gear cvt baru cun…rega pun jadi lain la kot..???
Ada pula yg mengatakan Aruz patut guna Gearbox CVT…nampak sangatlah beliau ni tak tau tentang kedudukan enjin kereta…jgnlah tunjukkan kebodohan dlm hal sebegini.
Exora Cfe the best murah lagi 15k
Alhamdulillah…sy pun pengguna aruz….minyak jimat naik bukit gi cameron pergi,jenjalan..kat negara jiran..thailand…naik bukit turun bukit dgn muatan 7 org…ok….saya rasa setakat…ni…minyak pun jimat…padan la dengan harga…
Dah pernah drive Aruz..serious sakit hati bawak wei…underperform..tu pun bawak dalam bandar je tu…semua kereta perodua memang mcm ni ke?..myvi (lama), axia, alza, bezza, aruz…semua tu aku pernah drive memang mengecewakan…aku paham kenapa org prefer beli perodua tapi come on la…
Dah try bawak aruz, serius saya kecewa dengan prestasi nya.
Jadi saya cancel booking, terus saya pergi showroom Lamborghini. Beli Urus pulak. Alhamdulillah, loan lulus. Minggu depan nak bawak naik LUKBM Genting( Litar Ujian Kereta Baru Malaysia). Harap korang doa kan saya selamat.
Bagi aku arus ni target market dia x jelas. Strong point dia just ruang dengan rupa bentuk je. Klau nk jimat minyak pkai hari2 baik beli axia ke myvi ke. Klau nak pkai jalan jauh alza pun ok dah. At least alza ok lg nk buat pg keje. Bawk kereta aruz engine mengaum ni menyampah beb lagi2 klau jalan bonggol bnyk trafic light . So klau yg sanggup beli kete baru ni pastu hari2 tadah sabar dgn minyak x jimat sgt dgn pickup xda then bila kau nk rasa pick up kena tekan lebih bg engine menjerit, ok je. Bentuk aruz tu memang cantik. Tp cantik pun dapat bangga je. Kita ni yang nak bawak hari2 mengadap kereta ni. Dengan tayar besar lg confirm sebijik mahal klau tukar.
Berbaloi la kete aruz dengan harganya. Kalau nak speed ala Lamborghini. Selesa ala BMW. Naik bukit ala Hilux. Baik kau siap2 je duit banyak2 rembat kenderaan ikut selera kehendak masing2. Capai hasrat hati. Tapi…..Ada duit ke??!!!. Kalau Tak de sgt. Baik diam aje. Terima je kenyataan. Akui hakikat. Berpijak dibumi nyata. Jangan terlalu banyak berangan dan bermimpi. Bersyukur apa yg ada. Bandingkan orang tempat lain..Naik kereta lembu lagi..Naik kerbau. Jalan kaki. Naik kenderaan awam. Yang penting sampai destinasi..Tak kena ujan. Tak kena panas. Dan cukup bahagia dah tu. Kannnn.!
Xkesah la korg nak ckp ape.. Tp ni aku nak story skit.. Aku ni pengguna aruz advance.. Ade satu hari tu.. Bawak family g jenjalan n makan.. Penuh kereta.. 7 seater kan.. Aircond ok smpai je kat belakang tu.. Nak padu lg bubuh la tinted.. Aku xnak cite la pasal selesa ke x.. Sbb bende tu ikut tubuh badan masing2.. Yg aku nak bgtaw.. Mase tu aku ikut jalan ada dua lane.. Ade simpang kat depan tu utk masuk kanan.. Tp aku nak terus.. Mase jugak la ade moto plak depan aku.. So aku nak takeover la.. Mase nak potong moto tu.. Bleh plak moto tu nak kekanan plak.. Maknenye aku kene elak la moto tu n menyebabkan aku bertukar lorong sebelah kanan.. Dlm mase yg sama ade lori mmg dah berhenti utk belok ke simpang kanan tu.. Korang bayangkan la.. Ko tgh henjut enjin yg korg ckp mengaum tu.. Tetiba ade lori kat depan ko.. Perghhh nerves bhai.. Tp ko tahu ape yg terjadi? Secara tiba2 kereta aruz tu break sendiri.. Dlm tergamam tu aku tekan gak la break.. Tgk2 break dah kebawah mcm kene tekan dengan sendirinya.. Wow.. So mmg aku selamat.. Satu family selamat.. Syukur.. Xsangka aku kereta aruz enjin mengaum tu boleh kesan bahaya dihadapan n break dengan sendiri.. Bende yg kereta BRV ke EXORA ke IRIZ ke atau yg lebih kurang sama harga la dengannya xboleh atau xmampu nak tandingi dengan kereta ARUZ dlm bab ni.. So sebenarnye.. Bukan aku nak bgtaw pasal nyawa ni diletak pada kereta.. Tp just nak bgtaw.. Kt ni manusia yg kekadang ade kealpaan ade kelemahan… So korg nilaikan la sendiri..
Haaa. Aku dah pakai Avanza 5 tahun beli 2nd model 2010. Kereta kena sondol dgn Toyota hilux yg Tido @ main h.phone.. Agaknya. 7 bln pakai iswara sementara Avanza siap. Test Aruz yg seat kulit. Jahannam keras seat dia.. Pon rendah seat nya. Klo spring dia lagi keras mcm Avanza. Air cond pon slow nak sejuk. Side mirror pon x puas tgk kecik.. 3 segi x mcm Avanza petak. P.kup memang mengaum bila naik bukit x mcm Avanza yg CC SAMA STEADY naik bukit. Utk padangan dlm dgn bagian luar aku ble beri ?cantik. Pada aku kereta ni biar buat test drive. Bukan nak pakai 2@3 minggu. Bertahun.. Nak guna. ??
Aku dh pakai aruz dr awal thn 2020 sblm pkp lg smpi skrg.. Ok jer xde mslh,. Setiap kenderaan ada kelemahan dan kelebihan.Sama jgk halnya dgn aruz. Nk performance lebih, kena beli kereta yg cc lebih lambo ke bmw ke,,,betul dak… Ni awk beli harga 75-80k,nk performance mcm bmw,ada ke ptt. Awk ada duit lebih belilh selain aruz. Aruz lebih pada pemanduan santai bkn berlumba mcm kt litar sepang atau seangkatan dgnnya.Menyesal beli aruz? Ohh tidak sbb itu je kemampuan sy dan sy sentiasa bersyukur…
NAK CARI SKRIT PROTON PREVE R3 CONCEPT
SKIRT TAHUN 2012 PREVE R3 CONCOPT
untuk 1st timerrr nak beli kereta 7 seater ni mcm manaaa ?
Hahaha.. Apalah tolol nk mengutuk ko bandingkan dgn iriz keta sampah daripada proton tolol tu?
Woii lazy reader…
Ko taik proton ke?… Bodoh… Kerat proton le keta paling sial paling sampah sekali…
Aku bawak proton mcm sial pickup… Bawak myvi bawak viva syok aje sedap pickup pergi… Rasa ringan banding proton2 sampah yg kuat mintak tu
Kdi bodo
Kdi bodoh
Kdi bodohh
Kdi bodohhh
Kepada KDI…kl nk berikan fakta tentang keburukan kereta kena la tgk..aruz nie target market bln utk org tua sbb tu design dia tinggi..dan ada beberapa lagi yg compare nya tak munasabah…tapi terpulang la pada jari yg menaip..comment nie pun sbb dia soh comment sedas….papepun aruz terbaik dalam penghasilan kereta tempatan.sekian
Nampaknya xhabis study.. blh pulak sama ye rush dgn aruz.. sbgai pemilik aruz,Sy rasa jauh sedap bawak rush.. xsama langsung.. mmg berbeza.. Tak membuai,Tak beria melantun…seat pun selesa..nak pakai rush tp xmampu..pakai adik dia je.
Bagi pendapat saya, review kereta adalah amat subjektif. Saya sendiri pernah memandu Aruz 2021 Advance version warna Biru milik adik saya, tidak ada apa² kelemahan yang dapat saya lihat. Dari segi prestasi enjin, saya juga tidak ada masalah sebab cara pemanduan masing² menentukan. Pecutan dan top end speed juga boleh tahan… Dari traffic light simpang 3 Bt. 13 menuju trafficlight simpang 4 Seratau terus ke Pasar Siburan, Aruz yang saya pandu dengan tenang mengekori Mitsubishi Airtrek turbo. Sampai traffic light simpang 4 Sebelum Traffic light depan pasar Siburan, terkejut pemandu Mitsubishi Airtrek. ?
Bagus kah tidak, terpulang kepada selera masing² dan sekiranya perlu SUV yang selesa, mewah dan power, beli lah Porche Cayenne, Evoque ker atau setidak²nya, Harrier 2.0 turbo. Kalau tak mampu, diam aje lah.
Nama pun SUV pacuan belakang dan kerangka pun hampir sama 4×4 jd normal la dgn ketinggian dia dan kuat membuai..saya biasa dgn hilux jd bawa aruz ni rasa ok ja normal..xdala teruk sgt..