Review Perodua Aruz ini dibuat khas untuk peminat kipas susah mati Perodua, Perodua salesman, pihak pengurusan Perodua & Aruz owners club di Malaysia.
Selain dari golongan di atas, anda boleh lihat review berasingan mengenai SUV Aruz di link ini:
http://kereta.info/7-masalah-aruz-2019-new-perodua-aruz-review/
Baiklah, kita mulakan sesi pendapat pandu uji Aruz dengan bahasa yang santai kerana setahu kami, Perodua fans semua memang sporting & tak mudah koyak. Jadi berikut adalah 22 sebab kenapa Perodua Aruz adalah SUV terbaik di dunia.
1) Perodua Aruz adalah rebadge dari Toyota Rush. Dengan harga kurang RM20k berbanding Rush, anda boleh dapat sebuah Rush yang ditukar logo ke Perodua. Jadi, untuk jadi Toyota Rush semula, hanya perlu tukar logo sahaja yang boleh dibeli di kedai Abang dalam RM 10. Conversion cost paling murah di Malaysia.
2) Enjin 104hp 136nm ini tidak dinyatakan kemampuan 0-100kmh kerana bimbang jika didedahkan, lebih ramai yang akan membeli kereta ini kerana tempahan sekarang pun masih tidak boleh disampaikan kepada pembeli dalam kurang 2 bulan. Owner Aruz kata, hot selling item.
Pasal pickup tak payah cerita la kawan.. Owner Aruz cakap, takkan hari-hari kau bawak kereta naik Genting..
3) Bawak Aruz ni memang sesuai di mana sahaja.. terutama kalau nak hantar anak ke sekolah di pedalaman.. Hutan paya semua insyaAllah kita boleh redah sebab tinggi macam 4×4.
Zaman sekarang kalau tak bawak SUV, nampak macam tak berduit. Ape barang pakai Exora 7 seater yang lagi luas tapi tak boleh off road? Nak lagi jalan Malaysia yang berlubang siap swimming pool di tengah jalan.
4) Menurut owner Aruz, ada yang upgrade dari Toyota Alphard kepada Aruz ini sebab lagi berbaloi katanya. Kalau tak percaya, boleh lihat dalam group FB Aruzers. Hebat penangan Aruz ini.. maknanya dari segi imej, orang akan pandang tinggi pada Aruz ni.
Tambah lagi dengan ketinggian sedia ada.. Jika ditambah dengan roof box di atas Aruz, confirm nak parking underground tak lepas. Jadi, pemilik Aruz ada pilihan dan sebab untuk menggunakan servis parking VIP Valet di depan mall-mall besar.
5) Yang penting, Aruz ni jimat minyak.. Isi hari ini, esok lusa belum tentu turun banyak sebab ada pengiktirafan EEV lah katakan.. Jimat sama macam Persona VVT sehingga 16km per liter. Kalau naik ramai, kereta tak boleh nak tekan lebih, jadi jimat lagi di situ sebab kuasa enjin dihadkan oleh ECU yang pintar untuk mendapat penarafan EEV ni tuan-tuan.
Bab city driving, tak payah cerita lah. Kancil 660 pun boleh rabak duit minyak kalau hari-hari hadap jem. Ini kan pulak SUV 7 seater terunggul Perodua.
6) Dari segi safety, memang terbaik dalam kelasnya! Kalah Honda BRV & Proton Exora sebab ada banyak airbag. Chasis keras tak keras tak payah cerita lah.. Bukan hari-hari kau nak langgar pokok.
7) Kereta ni sesuai dipandu di highway sehingga kelajuan kebangsaan. Lebih dari itu, teknologi chasisnya akan menyebabkan ia bergoyang terutama jika angin lintang dan serta merta menyebabkan pemandu terus memandu dengan had laju ditetapkan tanpa melebihi had laju tersebut. Ini adalah sistem yang perlu diadaptasi pada kereta lain juga untuk keselamatan pemandu dan penumpang.
8) Lampu headlamp LED yang terang menyuluh kegelapan malam di jalan hutan sunyi seperti jalan Grik ke Kelantan. Sangat membantu untuk aktiviviti off road pada waktu malam juga. Tidak perlu spotlight bersusun atas roof untuk menyuluh hutan belukar.
9) Seat yang pendek dapat kurangkan berat kereta sekaligus menjimatkan minyak.
10) Bumper lagi cun dari Rush. Tak perlu nak jadi Toyota wanabe lagi.
11) Aruz dilengkapi stability control. Bermakna anda akan mendapat keyakinan lebih masa menghadapi selekoh keluar masuk highway dengan kelajuan tinggi. Jika tersasar sedikit, stability control ini dengan cekap membantu Aruz untuk terus berada di jalanraya. Setakat selekoh Bukit Putus atau Ulu Yam, sebelah tangan sahaja..
12) Ditambah lagi dengan sistem RWD Rear Wheel Drive macam kereta continental lain seperti BMW dan Mercedes Benz. Kalau pandai main pedal & brake, boleh buat donut atau drift di dataran Putrajaya.
13) Selain itu, Aruz juga mempunyai AEB Autonomous Emergency Braking di mana anda tak perlu lagi Brake pada kelajuan rendah seperti traffic jam. Main pedal minyak sahaja setiap masa. Agak-agak dah dekat nak cium bumper kereta depan, Aruz akan berhenti secara automatik.
14) Kedudukan Meter di depan driver, bukan di tengah macam Vios dugong. Jadi penumpang tak boleh lihat berapa kelajuan kereta yang dibawa. Ini meningkatkan lagi privacy driver.
15) Ada Aircond, tak macam Renault Twizy pada harga yang sama tapi masih tiada aircond. Kasihan pembeli terutama di iklim panas seperti Malaysia.
16) Tayar tak pakai jenis Run Flat. Jadi kos maintenance pun murah. Tak macam kereta BMW brader, tayar Run Flat sebiji sahaja sudah dekat RM1k.
17) Ada Cermin besar pada sisi 3rd row passenger. Luas sikit orang belakang nak tengok pemandangan sawah padi. Tak macam Ford Mustang di mana orang belakang tak boleh tengok orang membajak sawah.
18) Interior memang kemas. Tak kisahlah material plastik keras atau tidak. Kita hanya lihat sahaja sudah cukup. Takkan hari-hari kau nak ketuk dashboard & door panel trim?
19) Arm rest memang tidak disediakan untuk beri peluang kepada driver pilih jenis Arm rest mana yang lebih berbaloi dan selesa. Nak yang ada USB port atau ada aircond outlet? Anda pilih.
20) Boot space memang luas jika dibanding dengan kereta Continental seperti Chevrolet Nabira. Boleh muat set camping dalam hutan lepas dah penat off road di Kuala Kubu Bharu dengan rakan-rakan 4×4 lain dari kelab Navara & Ranger.
21) Dari segi harga, memang berbaloi dari RM75K ke RM80K, mana nak dapat SUV 7 seater yang cantik macam ni? Honda BRV mahal RM5K boleh buat bayar insurans tiap tahun.
Toyota Alphard pun kalau beli harga terlalu mahal tapi nak pandu pun rasa goyang juga, tak boleh layan corner juga. “Tak kan hari-hari kau nak layan corner?”
Avanza pun pemanduan sama sahaja melantun-lantun sebab platform yang sama. Apa lagi Exora yang dah outdated rekaannya tu.
22) Dari segi warranty, Perodua menawarkan 5 tahun warranty dengan 150K km. Manakala model lain seperti BRV dan Rush unlimited mileage dalam 5 tahun. Ini menunjukkan Perodua faham akan pembeli yang berduit yang selalu akan menukar kereta lepas setiap 5 tahun. Jadi tidak perlu unlimited mileage warranty lagi.
Jadi, ternyata Aruz pilihan bijak bagi sesiapa yang nak beli SUV atau MPV dari bajet harga RM60K ke RM250K. TITIK!
Lor… geng aruz koyak ke… sian admin kena buat artikel khas utk korang…
Sacrasm betul artikel ni..
Br nk beli, trs x jadi. Cancel booking, booking datsun 120Y pula.
Aruz jimat minyak sma mcm brv…mgapa bayar lebih….
Lol…trus cancel x jadi booking aruz
Thanks la review. Baru nak tempah. Kompem x jadik.
Hoi gampunk
Exora nelantun2 ? Hahah lawak