- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • 2 Model Chery Dipasang Di Johor Bahru Semarakkan Industri Automotif Kita

    Syarikat CHERY Automobile telah mengambil langkah untuk memasang 2 model baru MPV dan SUV nya di Malaysia yang pastinya memberi saingan hebat kepada pembuat kereta lain di Malaysia. 2 Model itu adalah B14 dan Tiggo.

    chery_tiggo_front

    Pemasangan akan dilakukan di Johor Bahru dengan kerjasama Alado iaitu syarikat Malaysia yang akan memasarkan produk berjenama Chery ini di Malaysia dan seterusnya seluruh dunia.

    Diramalkan tahun ini dan tahun hadapan (2008 & 2009) adalah jangkamasa pasaran kenderaan MPV dan SUV mendapat samburan ramai. Kerana itu, kehadiran 2 model SUV dan MPV ini dilihat sebagai satu strategy bagus oleh Chery untuk menguasai pasaran Malaysia.

    Harga anggaran bagi SUV dan MPV Chery adalah seperti berikut:

    Chery Tiggo 4WD = RM93k to 98k

    Chery MPV Car (V325)B14 = RM113k to 126k

    Berikut adalah petikan dari hmetro mengenai berita lanjut Chery dan Alado memeterai kerjasama pemasangan kenderaan di Malaysia. :

    ——————————————-

    CHERY Automobile Co Ltd (Chery), pembuat kereta China merancang memasang dua model kenderaan popularnya di Malaysia bagi membolehkan syarikat terbabit memasarkannya secara menyeluruh ke rantau ini.

    Presidennya, Yin Tong Yao, berkata model kenderaan pelbagai guna (MPV), B14 dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo akan dipasang secara tempatan dengan kerjasama Alado Corp Sdn Bhd (Alado).

    “Chery mahu menjadikan kerjasama ini sebagai peluang membuktikan keupayaan pemasangan kereta pandu kanan dan meningkatkan keupayaan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Malaysia dan luar negara.

    “Sebagai permulaan kami akan memasang model berkenaan di kilang pemasangan di Johor Bahru,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Chery dan Alado, di Cyberjaya semalam.

    Beliau berkata, perjanjian usaha sama dengan Alado membolehkan syarikat tempatan itu mengimport, memasang dan mengedar kereta Chery di negara ini.

    Majlis pemeteraian itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Yin berkata, menerusi perjanjian berkenaan syarikat itu yakin Alado mampu mengukuhkan aktiviti sokongan khidmat lepas jualan bagi kereta Chery selain penubuhan 30 pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) selain melantik 100 pusat servis di seluruh negara.

    Menurutnya, Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta) membolehkan usaha sama itu berkembang menjadi hab untuk eksport bagi kenderaan pandu kanan lain seperti Indonesia, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, Australia dan United Kingdom.

    chery_tiggo1

    Sementara itu, Pengerusi Alado Corp, Datuk Musa Saad, dalam ucapannya berkata usaha sama itu menyediakan platform untuk menyemarakkan industri automotif.

    “Selari dengan dasar kerajaan membangunkan industri automotif bagi menyaingi negara jiran, kami berharap dapat merealisasikan objektif dalam masa terdekat dengan rakan kami Chery Automobile bagi menjadikan Malaysia hab serantau bagi pemasangan dan pengedaran semua kenderaan pandu kanan,” kata Musa.

    chery_tiggo-17

    Model B14 menggunakan enjin MPV suntikan bahan api multipoint 16 injap dan dilengkapi sistem penyejuk air empat silinder dengan padanan enjin 2.0 liter dan 2.4 liter.

    chery_tiggo_meter

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)