- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • 11 TIPS MEMANDU ELAK KEMALANGAN YANG ANDA PERLU AMBIL BERAT

    image

    1) Sediakan touch n go untuk perjalanan menggunakan highway untuk elak kesesakan dan kemalangan semasa beratur

    2) Bawa air minuman yang cukup untuk anda hilangkan rasa mengantuk seperti air berkafein tinggi seperti kopi atau air berkarbonat.

    3) Bawa chewing gum atau gula-gula untuk elakkan rasa bosan semasa memandu dan supaya anda sentiasa berjaga-jaga.

    4) Tambahkan keseronokan sepanjang perjalanan dengan menyediakan lagu-lagu kegemaran untuk didengari sepanjang perjalanan dalam kereta.

    5) Jangan sesekali berlumba pada musim perayaan ini kerana peratusan untuk kemalangan lagi tinggi dengan pertambahan kereta di jalanraya.

    6) Banyakkan bersabar dengan kerenah pengguna jalanraya. Jangan layankan sangat pemandu yang tak beretika kerana mereka inilah penyumbang jumlah kematian di jalanraya.

    7) Pastikan jarak kereta anda dengan kereta hadapan lebih dari sebuah kereta atau pada jarak yg cukup selamat untuk anda lakukan brek kecemasan.

    8) Sentiasa melihat sekeliling dengan berhati-hati semasa ingin menukar laluan.

    9) Gunakan perkhidmatan GPS atau waze dalam phone anda untuk ketahui maklumat terkini mengenai halatuju anda supaya anda tidak sibuk mencari-cari jalan dan dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pemanduan.

    10) Lakukan pemeriksaan menyeluruh kereta seperti minyak enjin, minyak brek, engine coolant, pemeriksaan tayar, lampu dan lain2 sebelum memulakan perjalanan.

    11) Sentiasa memikirkan keselamatan anda dan keluarga dahulu sebelum bertindak memotong atau meningkatkan kelajuan. Memotong di kawasan satu lorong adalah sangat bahaya. Tidak berbaloi merisikokan nyawa anda dan keluarga hanya untuk perbezaan masa yang sangat sedikit.

    11 TIPS MEMANDU ELAK KEMALANGAN YANG ANDA PERLU AMBIL BERAT

    Kongsikan kepada rakan dan keluarga tersayang. Elakkan diri dan keluarga dari terlibat sebagai korban jalanraya di musim perayaan ini.

    Selamat memandu dan beraya dari kdi =)

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    1 Response

    1. Sani says:

      Elakkan sebelum berlaku kemalangan… Kalau dah berlaku memang tidak berbau..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)