- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • TIPS MENGELAKKAN KERETA DAN MOTOSIKAL ANDA DARIPADA DICURI. MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING

    car thief 2

    Pencuri sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kereta yang mereka inginkan. 

    Mungkin ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan. Jadi, disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Anda sebagai pembaca juga boleh memberikan pendapat mengenai langkah-langkah mencegah kehilangan kenderaan di ruangan komen kami.

    Tempat di mana kecurian sering berlaku

    Tempat letak kereta di hotel-hotel
    Tempat letak kereta awam
    Di hadapan rumah, tepi jalan raya
    Kompleks membeli-belah

    Faktor berlaku kecurian

    Cuai
    Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam.
    Tiada kunci tambahan.
    Tidak dikunci.
    Meninggalkan barang berharga di kenderaan.

    car thief 3

    Tips mencegah kecurian kereta.

    1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
    2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
    3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
    4. Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
      Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting).
    5. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
    6. Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.

    Tips mencegah kecurian motosikal.

    1. Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
    2. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
    3. Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
    4. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
    5. Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

     

    car security

    Pastikan kereta anda mempunyai penggera keselamatan yang dipercayai.

    car alarm 2

    Jangan sampai menjadi begini semata-mata ingin mengunci kereta anda.

     

    car alarm

    Contoh alarm yang boleh dipasang.

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    9 Responses

    1. abah says:

      yup!

      security first…

      mencegah sebelum padah!!!

    2. azameel says:

      ltak yg ade gps tracking bru ok
      pastu kalo keta mod byk2 jgnla reveal sgt kt mane2 kenala byk toyol2 safc la rsm la etc
      nk lg best pasang security system kat negeri lain
      kadang2 kdai2 psg alarm ar snang nak curik keta
      dh mark time diorang install

    3. faizal says:

      jadi cam saya walupun nak tinggal kan keta sekejap tetap kunci stering. member gelak tgk perangai saya. bukan apa kerata bukan senang nak beli balik bg org cm saya ni. walaupun hanya Proton Saga 1.3 LMST suset orange jaga cam BMW. kerata saya adalah identiti saya. rajin saya belai dia. kalau hilang aduh.. mcm mati bini oiii. apapun rajin kunci stering…tambahan

    4. iz says:

      Betul kata2 azameel tu..kalau nak install tu kene la b’hati-hati..yg ade gps tracking..dan tempat2 yang bertauliah..

      Faizal.. betul la apa yang anda buat..kunci la stereng walau sekejap..n memang betul..kalau hilang kete, rasa mcm mati bini..hehe =)

    5. Razif says:

      Gua kalau tinggal keter waima, sekejap pun, gua matikan enjin dan lock, kecuali orang rumah ada kat dalam le. Terutama sekali masa nak isi petrol. Time gi bayar tu, kunci pintu, macam gi parking keter, tapi stand by bukak tempat isi petrol kat keter. Senang nak isi, tak payah lagi nak bukak pintu. Dah siap isi baru bukak pintu. Bukan apa, kengkadang kita pegi balik keje, ada bawak barang berharga. Sama jugak kalau masa isi angin tayar.

      Macam gua, jarang gi service kat workshop, gua service sendiri. Dulu je gua gi kat service center. Sama gak kalau cuci keter, gua cuci sendiri. Time gini le anasir-anasir jahat akan membuat kunci pendua kereta kita.

      Kalau keter kita rosak kat tepi jalan, baik tow secepat mungkin, takut nanti keter dah tak ada tayar. Kalau towing, pastikan tahu kemana kereta anda dibawa. Ikut atau naik towing truck bersama jika perlu.

      Pasang alarm sistem, kalau ada duit lebih, pasang GPS.

      Dan yang paling penting, beli polisi insuran. Jangan kedekut sangat nak ambil polisi yang boleh cover harga pasaran keter anda. Kalau hilang, sekurang-kurangnya, ringan beban nak bayar balik ke bank.

    6. Niemans says:

      For luxury car owner please be careful where you park your car and be extra alert at all times towards your surrounding when coming out or getting in your car.

      Car thieves know it is extremely difficult to steal a modern BMW or Merc that uses Keyless Entry push start alarm system. So instead they rob you as you get out or get in your car. The chances of getting hurt in the process is terrifying high and worst still they bundle you inside your own car and takes you for a terror ride.

      No matter what alarm system you install; it is useless if car thieves had marked your car for their next assignment. For example David Beckham’s BMW X5 got stolen and he has been the victim of a gang of car thieves, who used hi-tech software to steal his £70,000 BMW X-5 from a commercial centre near Madrid, Spanish media reported yesterday.

      The armour-plated four-wheel drive, fitted with the latest anti-theft devices for which Beckham had to use an individual ignition code, was taken from an underground car park. The thieves used software to start the engine electronically.

    7. fazham says:

      Betul kata Razif…
      Lebih baik berhati-hati…
      Skarang ni kes kecurian semakin menjadi-jadi…
      motor pom diorg blh curi apetah lgi kreta….
      so fkir kanlh…

    8. Joko says:

      Dalam zaman kegawatan, ramai orang hilang pekerjaan dan mata pencarian, so macam2 caralah orang nak cari duit cara mudah iaitu merompak. Kengkadang risau gak nak lepaskan bini aku drive sendiri sowang2. Bukan aper, takut dengan bini2 sekali kena curi… hee hee.. macam Faizal kata biar hilang bini jangan hilang kereta..(aku tokok tambah)

      Apa2 pun sentiasalah berwaspada, tektik sekarang mencuri masa kita ada kat kereta, sebab kunci ada.. tak payah susah2 nak kopakkan pintu. Minta2 dijauhkan lah segala musibat ni.

    9. ??ng Hùng says:

      You can definitely see your skills within the
      article you write. The sector hopes for even more passionate writers such as you who are not afraid to mention how they believe.
      All the time follow your heart.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)