MINYAK MASAK GANTI MINYAK HITAM? COOKING OIL AS ENGINE OIL?

minyak masak sawit hitam enjin pelincir

New Contribution By Kej@m

MINYAK MASAK GANTI MINYAK HITAM? COOKING OIL AS ENGINE OIL?

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
“Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan ‘minyak hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: “Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.”
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
“Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku,” katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Orang ramai juga boleh melayari laman web: nordicgroup.us/oil.htm
# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama
Susah Nak Percayakan?

Share and Enjoy

  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

35 Responses

  1. rboyz says:

    sebenarnya waktu muda dulu masa selalu main moto (RXZ) kat area penang, lama dah minyak masak ni digunakan oleh mat rempit…

    kalau tak silap aku… masa tu lam tahun 1997 ke 2000… tapi ader gak member yang sampai terkeluar piston tapi tak tahulah sebab minyak ke aper…

    tapi yang pasti RXZ tu leh cucuk angin TZM ngan RR selambe je…

    untuk dipakai pada kancil rasanya ok kot… tapi kalau nak digunakan pada kete yang injinnya lebih dari 1000cc tu tak berani nak cakaplah…

    kalau setakat g dari rumah ke pasar leh la kot… kalau nak berulang Utara Selatan atau pantai timur macam aku ni… aku rasa baik aku tak cuba.. lainlah kalau dicampurkan dengan sesuatu rumusan oil yang boleh melikatkan kandungan minyak tu… mcm kata castrol… KEJURUTERAAN BENDALIR… lebih kurang la kot…

  2. Zaki says:

    betul tu rboyz. Masa awal 90an saya pernah pakai minyak masak paket untuk RXZ saya. Rasanya kami guna untuk gantikan minyak 2T dan bukannya minyak enjin. memang boleh rasa picup improve kalau pakai minyak masak ganti 2T. Cuma asap banyak dan orang ikut belakang akan bau macam goreng pisang. ha.. ha.. Tapi efek jangkapanjang tak tau la pulak. Tapi motor RXZ aku sekarang adik aku pakai. Dia dah tak pakai minyak masak dah. Masih ok, dan ada orang tanya nak beli..

  3. mmmm says:

    saya dah pakai pakai dah 4 tahun sebagai 2t pada motor tapi kena campur dalam petrol sikit,ok je motor ,piston pun bersih servis pun jarang.klu dulu masa pakai 2t castrol asyik kotor plug tetapi sejak guna minyak sawit cap saji dan tiara , enjin jadi bersih pikap motor bertambah .minyak penuh campur 6 tudung penutup 2t dlm tangki petrol minyak jimat .ni yg hairan ni macam mana boleh save minyak pada kelajuan 100 km/jam.Sah minyak sawit paling SINTETIK seperti kata pakar minyak dari luar negara.4 tahun kira lama tu !!!!!!!!!!……………Tentang masuk dlm enjin baru 3 bulan cuba jadi tiada pengalaman cuma enjin motor jadi licin dan agak senyap.

  4. kulat says:

    aku dah try pakai ganti 2t …ok jugak,cuma bila campur banyak dim tangki petrol kena servis head krn ada mendapan karbon dan kos dlm rm 3 sekali servis.Aku pakai minyak sawit cap saji keluaran felda.ok gak minyak sawit tak sangka ya………………………..

  5. liquid says:

    betul ke kau org pernah cuba….kalau dah campur additive mmg blh tapi kalau kau letak direct mana blh untuk jangkamasa panjang….takat didih minyak sawit nie rendah…mahu terbakar moto…

  6. aim says:

    liquid,
    aku dah pakai 6bln kat iswara thn 95 … stakat ni takde masalah … celupar siut mulut aku ni, touch wood

  7. liquid says:

    aim,
    berani betul kau cuba yek….blum cukup lama tu…ada tk yang pernah cuba lebih dr setahun dan tk ada masalah…

  8. aim says:

    liquid,
    member forumer ada yg bg testimoni lebih dr setahun .. tu yg pon pakai tuu

  9. 4g91 now 4g93t says:

    x garing ke piston tu nanti aim ???

  10. Eder says:

    kompius……….
    minyk msk nie thn ke pd kelajuan tinggi……
    takut2 barai enjin…..

  11. cd macho says:

    akum…
    nak tumpang tanya kalu pakai di kereta lama model mazda 323 bole tak???
    thanks

  12. kdi says:

    Ok kepada yang nak mencuba, kdi nyatakan di sini bahawa tiada masalah pada enjin anda. Dah banyak testimoni kdi dgr dari mulut diorang sendiri yang guna minyak masak ni. Terbaru dari pencipta hydrofuel egas sendiri iaitu en Nasrul Fareed yang dah cube gunakan minyak masak pada Nissan Terrano miliknya. Beliau lebih prefer minyak cap buruh kerana boleh digunakan berkali2 katanya jadi tahan lebih lama. Kos yang lebih murah. Menurutnya lagi minyak masak tersebut susah nak jadi hitam lepas dah guna. Tapi kena lah ganti dalam masa yang lebih singkat dari minyak biasa. Tapi masih menguntungkan jika gunakan minyak masak.

  13. apisZ says:

    Kat amerika dorg da lame gune. . Tp bkan minyak sawit. Dorg gune minyak sayur(vegeoil). Dorg masak ayam goreng, pastu amek minyak y wat goreng td campur petrol(amerika gune petrol+gasoline).. Start enjin main sprint test.. Tah tv mane aku tg0k arituh. Papehal malaysian da 1st try minyak sawit.. Malaysia boleh.

  14. apa2 ajer says:

    hampa ni biar betul.. gurau2 ke btl2 nanti aku try tak pasal menangis enjin rosak

  15. Man says:

    Kat barat minyak masak campur dgn diesel diguna ladang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

What is 8 + 8 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)