- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • JOKE OF THE YEAR – BILA SA PERODUA SEMBANG KENCANG CIVIC VS BEZZA?

    Hari ini kami dikejutkan dengan FB post statement dari seorang jurujual kereta Perodua yang membezakan Perodua Bezza vs Honda Civic baru 2016. Post tersebut menyatakan safety rating Bezza lebih baik berbanding Civic FC pada ujian Asean ANCAP sekaligus menobatkan Bezza secara juara keseluruhan kereta terbaik dan paling berbaloi di Malaysia, Asia mahupun dunia.
    Kalau iya pun terlalu fanatik fengan Perodua, kami rasa tak perlu sampai keluarkan statement memalukan seperti ini. Tambah lagi apabila ia mengatakan teknologi skyactive terdapat pada model Perodua Bezza. Padahal ianya adalah telnologi Mazda bukan Perodua. Rasanya Perodua perlu lagi hantar sales advisor mereka untuk latihan mengenal kereta dengan lebih baik kerana ini menunjukkan kegagalan SA ini memberi input yang benar selain “sembang kencang”.
    Ya, kami pun pendokong jenama tempatan seperti Proton dan Perodua, namun kenyataan ini sudah pasti memalukan. Berikut antara petikan kenyataan hangat beliau :

    “Saja je aku tunjuk perbandingan bezza dan civic…tapi bkn niat nak kondem civic jgk ye !!!!!.kalau letak model satu lagi( paham2 jela model mana tu)..kena cop adik jason pulak aku nanti…hihihi..x hebat mana pun bezza ni (tengok bhgian A pillar bezza tu)..tapi mgkin gambar ni boleh memberi anda gambaran tentang kekuatan chassis bezza..(jgn bandingkan dgn civic ok)skli lagi aku ckp ni..ini di sbbkan teknologi body sky active ada dlm bezza..rangka dan chassis yg kuat..tapi ringan..teknologi ni ada dlm kereta2 mazda ye..happy weekend
    Jom like fb page sy

    Tawaran hebat perodua terkini

    Byk pakej2 menarik dgn setiap pembelian ”


    Kehebatan sebuah produk itu bukan hanya terletak pada frontal impact crash test score dan hara yang murah. Banyak lagi point yang lagi penting seperti active safety features, chasis rigidity, suspension tuning, comfortable ride yang mendorong faktor keselamatan penumpang semasa memandu bukan sahaja selepas kemalangan berlaku. Jadi kepada SA Perodua, sila hentikan memalukan diri sendiri seperti ini. Lakukan kajian yang lebih lagi.

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    3 Responses

    1. Amin Hakim says:

      Nasib baik dia tak bandingkan dengan kereta porsche.. ahaha

    2. “x hebat mana pun bezza ni”
      “… bkn niat nak kondem civic jgk ye !!!!!”
      “(jgn bandingkan dgn civic ok)”

      – sebab apa pulak dikatakan SA Perodua ‘sembang kencang’?
      – nampak kejujuran di situ, bukan condemn model lain pun.
      – lagi pun, teknologi kereta skrg ni dah ada dlm mcm2 model.

    3. fauzan says:

      Mmm… xde jujurnya. Biasalah mcm org nk mengumpat. Kan biasa kita dengar mukadimmah geng2 meengumpat :
      ” .. Akak bukannya nk mengumpat mengata apa ker… tapi kan bla bla bla…..” :(

      Cheers!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)