HYDROFUEL
By kdi • Jul 9th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO, ! Hot Info > Lets talk here!

Hydrofuel
Pihak KDI menerima banyak email tentang hydrofuel dan respon mereka terhadap produk ini sangat memberangsangkan. Tapi malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi di internet. Terutama kerana laman web rasmi hydrofuel malaysia masih lagi dalam pembangunan. Jadi KDI mengambil inisiatif untuk membuat satu post ringkas menerangkan bagaimana hydrofuel berfungsi dan bagaimana hydro fuel dapat menjimatkan minyak kereta anda berpandukan sumber luar yang menyediakan maklumat mengenai hydrofuel.
Bagaimana Hydrofuel Berfungsi?
Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.
Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.

Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?
Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.
Harga sistem hydrofuel dan bagaimana untuk membelinya?
Setakat ini (Julai 2008), masih lagi tiada pihak yang secara rasminya menjual dan mengkomersilkan alat ini. Pihak syarikat hydrofuel yang pertama oleh Dr Halim juga masih menjalankan research tentang produk ini. Diharap semua pengguna kereta yang ingin menggunakan alat penjimatan minyak berasaskan air ini menunggu dengan lebih sabar untuk memiliki hydrofuel yang benar2 boleh menjimatkan minyak. Tunggu sehingga ramai yang dah menggunakannya serta memberi respon positif terhadap kesan penggunaan hydrofuel, baru anda mengambil keputusan untuk membeli sistem ini yang difahamkan berharga RM1200.

Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk menjalankan kajian sendiri, ada beberapa buah ebook dijual mengenai bagaimana nak setup sistem ini dalam bahasa inggeris. Kos ebook sekitar RM350.
UPDATE
Sistem “Hidro Reaktor” menyerupai hydrofuel telah berada di pasaran dengan harga RM560 atau ebook yang berharga RM300.
Mengapa produk Hydro Reaktor tidak digalakkan dipasang kepada kenderaan yang menggunakan teknologi Injection?
Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.
Belajar buat sendiri hydrofuel? Do it yourself!
Ebook water4gas dan runyourcaronwater boleh di muat turun secara percuma di internet iaitu di salah sebuah forum di Malaysia. (Tidak digalakkan kerana menyalahi etika pembelian dan haram di sisi agama =) )
Jika nak belajar buat sendiri hydrofuel, boleh cuba download ebook DIY ni yang memang free:
1. SMACK BOOSTER
http://www.web-space.tv/free-energy/Smack.pdf
2. HOTSABI BOOSTER
http://www.web-space.tv/free-energy/Hotsabi.pdf
Do it yourself! Selamat menjimatkan minyak!
Related car facts
| All posts by kdi 14,058
Get Cool Car "INFO" @ Kereta.INFO everyday for FREE! Bookmark us & Visit KDI everyday!


Nik Yusof…kalu pos ke kuching sarawak,brp?keta sy fuel injection.pemasangan lak camner?
bro nik.luper lak nak bagitau .e-mail me helmiahg@sarawaknet.gov.my
klu bro disana pandai modified,blh cuba modified hid ganti relay.lagi byk hho hasil tapi kena tukar air(tanpa baking soda) setiap 5 jam.i dengar klu pkai soda,chemical soda blh makan piston ring.
minta info kawan2 mane nak dpt check valve… sy tgh bt projek hho cell… tolong ye kawan2
check valve? senang je tuh.. gi kat kedai aquarium jual ikan utk bela, gerenti ade. Harga bape bawah rm2 camtula. murah je. Sape tau mane nak dapatkan stainless steel grade 316 tu? dah lame benor mencari ni ha. kat area kl or slangor. hu2. ingat nak sambung balik projek hydrofuel nih. dulu dah jadi tapi overheat. nak wat balik utk trip mancing laut minggu depan jimat sikit minyak. hehe…
Sila tengok produk kami ye
hi..sape2 bleh kongsi macamana nak pasang sistem ni kat keta myvi?
High stainless steel grade 316 boleh ganti dengan bolt and nut stainless steel yang panjangnya lebih kurang 6 inci. Pi kedai hardware tanya. Pakai 4 batang 2 utk positive dan 2 untuk negative.
ada ebook yg free…… boleh try type chapter 10 automotive systems…. ade sikit info….
selamat mcuba….
sedikit info R&D hidrogen…
ztiproduct.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
ztiproduct.blogspot.com
bagus3… tk3 zull semoga rak yat malay sia mdpt manfaat…… wasalam
mana ye pereka2 hho malaysia , dah kayo kot…. tak de cerita ke ttg hho lagi…..
nak info lah nih… sodium bikarbonat tu boleh makan ring ke??? musibah tuh…
aku de buat experiment hho cell… kesan pd crocodile clip aku t’kakis….. so its posible
can happen to piston ring kereta…
H2O + NaOH = ???? && selepas ia d ionizekan jadi HHO gas, soalan sodium bikarbonat jadi pe lak aek???
harap kekawan dapat tolong selesaikan masalah kimia ni, dan menjadikan rekaan hho lebih bermutu, bukan menjahanamkan
kenderaan kita….
cupinzer, hho cell mmg boleh menyebabkan karat, TAPI cuma karat kat elektrolit stainless steel dan benda clip yg awak masukkan dlm larutan tu. ingat, fungsi sodium bikarbonat ialah sbg pemangkin utk elektrolisis berlaku. utk apa? memisahkan molekul h(hidrogen) dan o(oksigen) daripada h2o. hidrogen adalah gas, so gas ni la yg akan disedut vacuum dan masuk ke dalam ruang pembakaran. Gas hidrogen SAHAJA. Apa jadi dgn sodium bikarbonat? dia terbiar je kat larutan tu, dia buat keja dia, bila start enjin, dia pun mula la memisahkan hidrogen dgn oksigen. Saya bukan pakar cuma dah buat benda ni kat proton wira 1.5GL(A) saya dan iswara 1.3(M) sejak bulan august 2008. harap dpt membantu.:)
cupinzer,what goes into ur engine is only hydrogen (2 parts) and oxygen(1 part) so the problem of rusting the piston ring shd nt occur..of course u shd use a bubbler(cautious guys use 2!) to trap harmful by products but more importantly to reduce the risk of explosion if backfire occurs. the latest news is that NaOh and KOH are the best catalyst…baking soda will turn ur electrolyte murky and karat ur electrode…not recommended therefore
they hv done extensive research and no detrimental effect is expected except mayb brittlenes to some engine parts which uses hardened materials…..keta2 lama guna besi biasa je so klau enjin canggih guna titanium valves etc etc better read this http://www.umpquaenergy.com/xado/ or u may goggle wikipedia and check hydrogen embrittlement..
Macamana nak dpt Hydrofuel tu di Kuantan? ada ejen yg bleh contact saya 013 9719824 Wan, tq.
vic, u pakai efie kat wira 1.5 u tak? macm ner hasil penyelidikan u, tambah mpg tak? faktor cuaca cam ne lak coz pe yang sy tgk kat internet semua kat negara barat yg sejuk, kita kat malaysia kadang panas ya amat, kadang ribut petir. dah lah panas kat boot 2 tambah dgn panas cuaca luar….. so kekawan dapat membantu?……
wan kuantan, pe2 pun tongok web site water4gas dulu, wikipedia & whatever sources, understand what u need and after that u buy the product
harga rm 190 – rm2200 depend quality kot….. k selamat semua tq 4 info. wasalam
cupinzer, saya tak pakai efie kat wira saya. Wira saya carburetor. Setakat ni, mileage gain lebih kurang 30%. Jalan kebanyakan city. Rasanya faktor cuaca malaysia tak mempengaruhi langsung hho ni. Kat negara barat, ya, sebab air dlm tabung akan beku. Kat malaysia tak de masalah.
saya nak beli la minatang ni. keta wira kabureter.kol me. 0196686804
Salam semua, nampaknya dah makin ramai nak mula safe minyak balik……bagus la tu lagipun harga minyak sekarang pun bukan boleh percaya sgt….mungkin dlm sedikit masa ni akan naik balik,bagus la kalau kengkawan semua ada usaha kearah menjimatkan petrol ni. Tetapi kita semua kena beringat jugak…dalam usaha ini janganlah pulak duit yang dibelanjakan utk kos RND tu melebihi kos penjimatan minyak nanti. Aku bercakap atas pengalaman……memang sistem hydrofuel/waterfuel/hho atau apa sajalah nama yang digelar ni berkesan dan keberkesanan sistem ni pulak bergantung pada kecekapan cell/hho generator/hydroxy generator yang digunakan. Nak dapat hasil penjimatan 1 sen sekilo pun belum tentu modal RM1000 cukup untuk buat RND dan try and error. Nak ikut cara e-book yang berlambak dipasaran ni pun…mmmmm…..kalau sistem dia betul2 berkesan aku rasa dia pun simpan blue print taruk dalam peti besi….hahahaa……..aku dah pakai macam2 sistem kat keta….modal pun dah banyak habis…..last2 beli jugak produk yang dah siap. Cuba korang baca kat sini http://www.hydrocell.webs.com. rasanya lebih baik kalau kita support pengkaji dan pengeluar tempatan yang bersungguh macam diaorang ni daripada kita membazirkan wang utk result yang belum tentu boleh memulangkan modal.
ape la yg kome mengarut nie ha????xpham langsung…kuang3
klaw nak bg kete kat aku xpe gak….t ley la g jln3 nek kete….
alooo cik timah, baca lah dari atas… baru paham…
ni cerita org laki…. hi3….
tgh ekonomi meleset ni, semua nak jimat termasuk lah minyak kereta
tu yang dok kami bincang ni… nak joint k gak…
Ooooooo………………………..
kenapa sistem ini air bertukar keruh? merbahaya x klu x tukar air?
Air bertukar keruh disebabkan hasil drpd proses elektrolisis yg mengikis stainless steel dlm tabung. Kalau tak tukar air, tak bahaya pun. Cuma gas akan berkurangan dan sekaligus mengurangkan penjimatan.
Vic says:February 24, 2010 at 12:01 am
Air bertukar keruh disebabkan hasil drpd proses elektrolisis yg mengikis stainless steel dlm tabung. Kalau tak tukar air, tak bahaya pun. Cuma gas akan berkurangan dan sekaligus mengurangkan penjimatan….
sedikit pembetulan kenyataan diatas : Penukaran air lebih kerap lg baik bcoz lebih byk oksigen & hidrogen……..klu terlalu lama x tukar air gas hidrogen akan semakin berkurangan . Kepanasan casing canister serta air meningkat maybe akan merosakkan komponen / peralatan dlm canister / tabung….
small info for all : Vic says: http://ztiproduct.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
Vic says:February 24, 2010 at 12:01 am
Air bertukar keruh disebabkan hasil drpd proses elektrolisis yg mengikis stainless steel dlm tabung. Kalau tak tukar air, tak bahaya pun. Cuma gas akan berkurangan dan sekaligus mengurangkan penjimatan….
sedikit pembetulan kenyataan diatas : Penukaran air lebih kerap lg baik bcoz lebih byk oksigen & hidrogen……..klu terlalu lama x tukar air gas hidrogen akan semakin berkurangan . Kepanasan casing canister serta air meningkat maybe akan merosakkan komponen / peralatan dlm canister / tabung….
small info for all : http://ztiproduct.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
Elektrolisis yang baik hanya menghasilkan Hidrogen dan Oksigen, penggunaan pemangkin di dalam air (air suling) mungkin menyebabkan terhasilnya unsur2 karbon dan selepas pembakaran dalam ICE( internal Combustion engine) … dalam enjin kete ler… maka terhasil lah air dan NOx (bahaya nih!)
Oleh itu, banyak laman web terutama laman web omputeh menggalakkan penggunaan Potas (KOH – Potassium Hydroxide) atau Sodium hydroxide (NaOH)… Penggunaan Soda Bikarbonat akan menghasilkan Karbon dan menambahkan pencemaran alam sekitar…
Di Negara kita, untuk mendapatkan KOH atau NaOH memerlukan pelbagai dokumen dari kementerian tertentu… (syrat racun dan sebagainya)… walaupun hanya untuk membeli dalam kuantiti yang kecil… Jika anda memerlukan KOH atau NaOH hubungi saya, kuantiti minimum 1 kg… salams… jamaluddins at gmail.com
bole ta nk tawu harga kereta smart?