Perodua QV-e test drive review. Perlu ke bagi peluang kedua? Lepas Perodua launch harga mengarut & pakej sewa battery yg entah apa2, sekarang ada promo berbaloi..
Harga serendah RM53k+ dengan sewa bateri rm215 sebulan.
QV-e ni kalau ikutkan semua dia menang banding e.Mas 5 kecuali space, tech & total price.

QV-e better :
- Handling lagi solid. Best perodua tuning on suspension. A bit on firm side tapi tak punishing & still comfortable. Kalau tukar suspension aftermarket dia akan jadi tak selesa lalu bumpy road. Jadi better maintain stock ride mcm ni.Corner dan high speed pun lagi stable banding e.Mas.
- Sporty exterior looks – memang cantik depan2 nampak ganas. Belakang tu agak pelik sikit proportion dia & tail light mcm tak ngam. Tp lama2 tgk ok kot. Tepi memang nice.. Sport rim dah cun tak perlu tukar aftermarket.
- Performance pun jauh lagi mantap. Syok layan pickup. Memang boleh bersaing dgn conti killer.
- Seat depan ergonomic & selesa.
- Dashboard & speedometer position tinggi rasa macam SUV. Design interior simple minimalist sebijik macam MG4 EV.
- Range lagi jauh boleh pergi. WLTP 370km. Ada owner yg selalu dapat 400km+ dlm bandar. Energy consumption agak bagus sebab kereta kecil & ringan.
- Good efficiency 1kwh dalam 7km = 6.5 sen per km.
- Servis kereta antara termurah (RM73) lepas setahun.
- Ada Perodua’s own smart watch yang boleh connect dengan kereta & jadi kunci kereta. Ni paling rare & nice.
- Cabin senyap walaupun high speed sebab ada acoustic glass.

Kekurangan Perodua QV-e (review masalah QVE) :
- Torque steer kalau tekan power lebih. Kena hati2 sebab front wheel drive. Bila tekan akan terjungkit depan tapi tak seteruk e.mas7. Total stability tak berapa balance sebab weight distribution tak berapa cantik. Nak drive laju boleh tapi kena tau had kereta bila dia mula nak membuang. Kena extra careful.
- Eco & Normal mode lepas tekan pedal ada lag (macam turbo lag pulak) lambatnya power nak masuk. Dia bukan gradual. Perodua kena tune semula bagi power dia lebih gradual naik. Sport mode je boleh dapat instant torque.
- Very Slow DC charging (60kw je, paling slow dlm Malaysia)
- Perodua tak bagi wallbox charger. Kena tambah RM3k lagi utk pasang home wallbox charger sendiri
- Door Handle blakang tinggi, susah budak kecik nak buka pintu.
- Center console storage paling kecil di dunia. Boot space kecil. Depan takde frunk space.
- Push start? Come on Perodua.. Mana ada EV pakai push start zaman sekarang.. Tombol gear pun kena pusing 2 kali untuk sampai ke D. Bentuk bulat dah macam MG4 tapi tak sama operation dia. MG4 sekali lalu je dah sampai D dari P.
- Speedo Meter glare kaw2. Screen pun tak berapa clear & tak cukup info. Tak ada display Energy consumption kwh/100km memang, pelik sungguh untuk sebuah EV.
- Space memang a big let down. Roof space driver side tinggal 2 jari. Seat belakang lutut tinggal 1 jari dari seat depan (avarage 4 jari)
- Rear passenger paling tak selesa kalau orang dewasa duduk. Peha Kaki terjungkit 4 jari dari seat bench. Tepi kepala terus pillar besar jadi agak claustrophobic. Headroom pun hamoir bergesel kepala. Roof hitam & takde panoramic glass lagi tambah rasa kecil. Sesuai untuk kanak2 sahaja kat seat belakang untuk jalan jauh.
- Center info display agak confusing dengan menu bersepah. 360 camera graphic agak mengecewakan.
- Aircond tak power. Lambat sejuk walaupun kereta kecil. Aircond seat belakang pun tak ada.
- Digital rear view mirror tak wide
- Speaker cap ayam. Bass ke laut.
Perodua QV-e ni sesuai utk siapa? Untuk orang yang tak selalu bawa orang dewasa di belakang.
Atau family kecil dengan 2 orang anak kecil yang tak kisah orang complaint seat belakang tak selesa. Selalu jalan dalam bandar shj & kampung tak lebih 300km sebab DC charging slow akan tambah masa perjalanan jauh.
Boleh beli? Boleh sangat kalau tak kisah pasal semua cons dia sebab harga pun murah dah sekarang. Kalau boleh tunggu 2nd batch keluar maybe setahun lagi sebab 1st batch biasa la mcm2 benda nak kena improve lagi.
Apa pun, tahniah perodua atas usaha yang baik untuk buat 1st Malaysia EV from scratch dengan limited resources. Cuma lain kali jgn buat lawak harga Yahudi masa launch, sampai sekarang kena ban dgn rakyat Malaysia & sales tak berapa laku.
Now harga dah ok, harap boleh improve lagi & dapat lagi banyak sambutan.
Sekian bebelan.. – kereta.info

Gambar modified perodua QV-E QVE bodykit dengan complete skirting dan spoiler. Sport rim 18 standard.

Jom komen!