Gambar Perodua Myvi 1.3 dan 1.5 liter 2018 didedahkan dan disebarkan lebih banyak kali ini dengan imej penuh exterior dan interior sebelum pelancaran menjadikannya kereta paling banyak kebocoran gambar sebelum pelancaran yang menjadikannya semakin kurang mendapat elemen kejutan baru. Gambar-gambar Myvi Baru 2018 ini disebarkan oleh beberapa individu di media sosial dipercayai berkait rapat dengan pengedar kereta.
Apapun, tahniah Perodua kerana menghasilkan rekaan yang mengikut bentuk badan hot hatch seperti Ford Fiesta dan Kia Rio berbanding kereta ala kodok seperti Myvi 1st dan 2nd gen. Myvi baru 2018 ini pasti berjaya memikat Golongan muda dengan harga sekitar RM44k bagi model basic Myvi 1.3 standard sehingga RM55k bagi Perodua Myvi 1.5 Gear Up .
Rekaan depan yang ganas lebih kepada konsep grill Toyota terkini.
Saiz sport rim nampak lebih padan pada bahagian sisi dengan rekaan sideline yang lebih sleek.
Lampu projector headlamp Myvi Baru ala Proton Saga FLX.
Gambar modified Myvi baru 2018 dengan sport rim bersaiz lebih besar yang di edit menampakkan gaya lebih sporty.
Myvi baru berwarna turqoise ini nampak lebih menyerlah dan menarik.
Warna merah ini juga lebih garang dan diharap warna merah Myvi baru 2018 ini tidak mudah luntur seperti model-model Perodua sebelum ini.
The icon evolved – cogankata bagi Myvi baru 2018
Ruangan enjin lebih kemas dan luas kali ini. Enjin vvt yang mampu memberi penjimatan sehingga 20km per liter.
Rekaan ruang interior juga nampak lebih premium dan menepati citarasa terkini dengan middle dashboard yang dihalakan sedikit kepada pemandu.
Tail light horizontal yang menarik.
Steering dilengkapi audio control dengan rekaan baru.
Ruang passenger depan nampak luas dan selesa.
Gambar belakang Myvi Baru 2018 dengan sticker Gear Up mungkin model high spec dalam varian Myvi baru.
Instrument panel seakan Honda City berwarna biru.
Ruangan boot space Myvi Baru 2018 juga lebih luas dan lebar. Sesuai untuk pasangan muda yang baru berkahwin juga.
Perodua Myvi baru 2018
Jom komen!