- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Penuh Kontroversi : Proton MPV Baru! Realiti Atau Khabar Angin?

    proton-mpv-baru.jpg

    Proton Mpv Baru

    Update : Please refer full specification of Proton Exora MPV here

    Proton dijangka akan mengeluarkan  mpv pertamanya pada awal 2009.Tetapi bentuk sebenarnya belum lagi diketahui. Tetapi yang pasti mpv yang akan dikeluarkan oleh proton adalah hampir sama dengan spesifikasi Toyota Wish kerana proton menggunakan model itu sebagai ‘Benchmark’ atau bahan ujikaji untuk proton mpv.

    UPDATE: LATEST INFO ABOUT THE COMING 2009 PROTON MPV! Click Here!

    proton-mpv-baru

    Steering Proton

    proton-mpv-baru wish

    proton-mpv-baru-ujikaji

    ‘MULE’ bermaksud bahan uji

    Khabar angin juga mengatakan yang proton mungkin mengeluarkan mpv berasaskan model dari salah satu rakan kongsi proton iaitu cherry.

    proton-mpv-baru

    Tetapi ada juga orang mengatakan proton akan mengeluarkan mpv berasaskan model dari syarikat milik proton sendiri iaitu lotus.Model yang dikatakan ialah Lotus APX

    proton-mpv-baru

    proton-mpv-baru
    proton-mpv-baru

    Interior yg hampir sama dengan proton.

    Tetapi Bentuk sebenarnya masih belum diketahui dan diharapkan model mpv baru ini dapat memuaskan pelanggan yang ingin membeli mpv dan dapat menjadi sebuah mpv yang dapat bersaing dengan mpv lain seperti Toyota Wish, Mazda 8, Honda Stream dan Nissan Grand Livina.

    Sedikit gambar tambahan yang mungkin menjadi proton mpv

    proton-mpv-baru

    proton-mpv-baru-pameran

     

    TAPI? Hakikatnya bagaimana? kita sama-sama tunggu dan lihat…

     

    Gambar Palsu Proton MPV?

    proton-mpv-baru

    Gambar ini sudah lama berada di internet tetapi yang pasti model in bukanlah Model baru proton MPV. Model ini sebenarnya adalah model Mazda 8 tetapi telah di’photoshop’kan dengan lambang proton. Boleh dilihat lambang pada rim mpv itu adalah lambang mazda.

    Gambar sebenar Mazda 8 :

    proton-mpv-baru

    proton-mpv-baru

    proton-mpv-baru

    UPDATE TERKINI PROTON MPV.

    Gambar dibawah diambil dari berita terkini yang disiarkan oleh TV3 mengenai Proton MPV yang akan dikeluarkan. update proton mpv malaysia

    UPDATE: LATEST INFO ABOUT THE COMING 2009 PROTON MPV! Click Here!

    Please follow and like us:

    mel

    Malaysia car magazine

    88 Responses

    1. prodas_afiq says:

      ok la 2…… harap2 proton akan keluarkan model mpv yang paling cantik………….>>>>>>>>>>

    2. shark says:

      harap-harap proton reka pv yang betul-betul berkualiti….. dan semestinya cantik, jangan bentuk macam juara sudahlah….

    3. admin says:

      yup! kita semua mengharapkan MPV yang gempak dan sure boleh bersaing hebat dengan MPV dari pembuat kereta yang ternama.

    4. don juan says:

      harap2 harganya x lah mahal mcm wish. kalau harga cantik teringin gak nak tukar. lglah bentuk ala2 wish.nak beli wish, erm paham2 jelah.

    5. anti import says:

      nengok model memang gempak.. tp tak tau la jadinya.. kalo body macm wish.. sure sumer gila nak tukar proton mpv. Pulak harga cuma 70k mesti laku giler. Bentuk spot

    6. sham says:

      kalau dah mpv tu tentu la biasa je. unless proton kata nak keluarkan suv(sport utility vehicle) baru orang tak sabar nak tengok. sebab pada aku mpv biasanya design dia agak common. ini cuma pandangan aku je, aku tak bias pd proton cuma kecewa sikit dengan quality product dia je.

    7. azlan says:

      kita semua mengharapkan agar bentuknya cantik lebih kurang macam wish dan harganya kurang dari 70K. Kalaulah bentuk lebih kurang macam wish dan harga berpatutan pasti laris dan berdaya saing dengan mPV yang ada sekarang.

    8. zam says:

      harap2 proton MPV adalah yang terbaik dan boleh bersaing dengan MPV import jika bentuknya lebih kurang macam wish dan harganya berpatutan pasti laris dan berdaya saing dengan MPV yang ada sekarang.

    9. ghost 606 says:

      harap rakyat malaysia nanpu bangga dan jgn terlanpau mahal pulak……..go proton……….

    10. ghost 606 says:

      berapa org boleh duduk,maklumlah nanti kan kena pakai tali pinggang duduk belakang

    11. Prismo Ldr says:

      mcm pernah tgk je gambar clay model proton tu….. mana awak dpt gambar tu Mr. Admin?

    12. admin says:

      hm? yang mane? byk source kitorang compile. x ingat pulak mane satu. knapa eh?

    13. leenz says:

      design x cantik masih mengekalkan barang lama…..

    14. Dima Mazlina Abu Bak says:

      Bila agak2nya nak release?

    15. lan says:

      ape la proton ni. asyik beli mould 2nd jer. Buat la mould sendiri. kuar duit lebih ckit. malaysian pun dh bnyk yg mahir.

    16. AZAR KAMATE says:

      YA LAH tu, teringin juga nak miliki kereta MPV buatan negara sendiri.
      Tapi spekasinya biarlah yang selesa.. lebih elok jika di siap pasang apa tu..tong NGV.
      Petrol pun dah melonjak naik harganya.

    17. sesapajer says:

      model baru lagi…aku ada la kagum sket ngan PROTON ni…org kua model baru,PROTON pun ada.tapi masalahnya,tiap kali ada model baru kua,kompom ada masalah..tgk jer kat saga tue..ada nak kena tambah washer kat subframe la,lower arm tak “welding” btul2 la..tak salah kalo nak kua model baru,tapi KUALITI tu yang penting…Jangan asyik nak kua model baru jer tapi kualiti tadak…Macam mana org nak support keta malaysia kalo sket2 ada masalah?Banding keta PROTON ngan keta PERODUA,aku lebih respek ngan PERODUA…dIorang jarang ada masalah.Tgok keta iswara,ada yang tuka suis tingkap ntah brapa kali.Savvy pulak,awal tahun ni,ada memo nak suruh tuka bearing ke apa…Macam mana org nak konfiden beli keta malaysia?Aku bukan la nak melemahkan semangat sesapa,tapi elok la dibetulkan daripada berterusan.Boleh tu boleh kalo nak kua model baru..Setahun skali pun boleh…Tapi TOLONG la pastikan kualitinya terlebih dulu.Memang satu kebanggaan sbb kita ada keta sndiri.Tapi kalo keta xder kualiti buat apa kan?Aku cukup resper 1 jer…Cuba korang tengok model PROTON yg pertama dulu…Fuh….sampai sekarang masih steady lagi…Itu baru la ada kualiti.Body pun tahan..Kalo banding iswara skarang,huh…Jauh kalah..Ketuk sket jer dah kemek…Betul tak?Ok lah…cukup ler sampai sini,nanti ada pulak yang sakit ati ngan aku ni..heh..Pasal MPV tu,wish you all the best la..Ingat satu jer,UTAMAKAN KUALITI,BARULAH KUANTITI.assalamualaikum…

    18. ajela says:

      ala.. semua pembuat kereta sama je. apa kata kita bagi lagi peluang kat proton nak baiki kelemahan. skarang dah nampak banyak pembaharuan terutama bawah pengarah urusan baru, syed zainal tu. banyak yang positif. dari yang dulu si mahaleel tu macam x berkembang sangat. perodua pon sama jugak. kluarkan model paling bodoh, perodua nautica tu. manusia mana tah yang dah beli. aku x pernah nampak lagi kat jalan. nampak macam x laku la

    19. ibrahim says:

      aku sebagai rakyat Malaysia kau bangga dgn proton.walaupon kualiti kureng sket tapi still ok… kalu ada model yg nek kena panggil balik utk repair biasa la.. manusia buat toyota, honda pon ada jugak cuma kite je yg x tahu..lagi satu jgn la compare proton dgn honda ke toyota ke.. dorang mmmg le kualiti ok tapi tgk rega la…maintainence pon mahal.. lau proton aku rasa murah banyak berbanding keta import..keadang2 kita compare kete je tapi x compare harga…produa plak copt paste keta toyota daihatsu 2 je dia pandai…x macam proton ada desingner.. kalu nak copy paste aku pon boleh cuma aku x de modal jer..tgk cam naza sebijik copy kia kite x bising pon.. lau tgk naza ria 2nd 60k jer..pakai 3 thn dah kena overhoul kos dalam 4-5k… aku tgk kat jalan raya proton wira thn 93 ok jer.. yg penting jaga la keta sendiri bkn beli isi minyak pas 2 komplain… huhuhu pe pon sekadar pendapat

    20. Ariey says:

      Harap2 jangan la model Proton MPV ni dicedok dari Cherry. Barang2 buatan China ni mmg x ada kualiti langsung! Memang kalau la proton kluarkan mpv cherry, ramai org malaysia x akan beli.Dah terbukti barang2 China ni low class. Tak ada standard. Klau aku pun takut nak naik keta china ni. Tup2 tgh bwk 120 km/j, stereng dia tercabut!..kuakakaka

    21. mimi says:

      M.P.V = M-MULTIPLE,P-PROBLEM,V-VEHICLE

    22. rambo says:

      Pastikampv itu realistik dan sesuai untuk rakyat kita

    23. aman says:

      kalu die tiwu model mazda tu mmg care gle arr..

      lawa sey..tp rege knela murah cz rkyt msia nie mostly pndptn sdrhana..

    24. aman says:

      jgn jd cm design 1st mpv msia sude la..

      cnfm ny xdpt smbutan..

    25. dien says:

      harap2 MPV itu mempyai bentuk yang aerodanamik…
      jgn tau nak kondem je kete Proton…
      Support la cikit..mcam la kete lain xde masalah..

    26. iman umar says:

      Salam….Bagus gak..proton nak buat MPV….tapi biarle..berkualiti…harga biarle harga mampu rakyat malaysia…kalau buleh buatle yg jimat minyak….tau je le minyak mahal jam ni…kalau bentuk mcm wish tu memang cantik sesangat tapi harga tu jgn le ikut harga wish…memang sampai mati le tak dapat pakai mpv kalau gaji mcm aku ni…walau pun proton byk masalah aku rasa dia org cuba perbaiki semua tu…lagi pun dia org bukannya baru…cuma kekadang tu mungkin lupa sebab sibuk nak buat keta model baru, tu yang tak cuba belajar dari kesilapan…harap2 cita pasal proton nak kuar MPV ni jadi kenyataan…aku sokong…keta buatan malaysia….walaupun keta proton aku tu pun kekadang ada je problemnye…moga proton terus maju…Insya-Allah….

    27. ijammad says:

      aku baru je beli naza citra minggu lepas. utk budget aku, tak byk choice. nak keta mpv, si toyota, nissan & honda tu, harga melambung tinggi. sebenarnya, aku tak confident sgt kat keta2 naza tu. tengok blog kat internet, mcm2 org complain. kalau la ada proton mpv, confirm aku gamble beli. sbb aku dah pakai mcm2 keta proton. bertahun2 dah. problem memang ada, tapi, tak la seteruk mana. kalau ada pun, spare murah. saja je org yg kaya2 tu condem keta proton, nak tunjuk keta yg mahal2 tu worth buying. karut.. sama je, ada jugak yg problem. maaf kalau mulut ni celupar sket..

    28. iskandaribrahim says:

      tahniah le sebab proton bercita-cita untuk mengeluarkan produk mpv pertama mereka semuga menjadi kenyataan ….cuma harap dapat pastikan kualiti yang baik dan memberikan kepuasan kepada pembeli dan pengguna kelak. Setiap model kenderaan yang baru pasti akan ada beberapa masalah semasa penggunaan cuma masalah itu samada besar atau kecil…..Rekabentuk pula biarlah yang menarik jangan cam ada model yang lepas-lepas tu nak naik pun malu cam dugong pun ada cam roti benggali pun ada tapi yang hairan nya direka bentuk oleh bukan calang-calang pereka ….cam mana mereka boleh terfikir bentuk yang cam tu …atuk aku kat kampung pun ketawa tengok bentuk kereta tu…..walau bagaimana pun semuga proton terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat malaysia…..

    29. kedah best says:

      kita kena pikiaq buatan sendiri jangan dok cilok orang len puya.

    30. anak malaysia says:

      nak reka mpv biar la selesa tempat duduk penumpang & pemandu baru best

    31. slik says:

      Aku pikirkan enjin apa proton nak pakai utk mpv ni. Yang aku tau proton cuma ada 1.3 dgn 1.6 je. Kuatke nak bawa body mpv tu. kalau dah 7 orang naik lagi berat

    32. poji gmch says:

      Semoga usaha proton mengembalikan semula imej negara sebagai pesaing unggul dalam industri permotoran antarabangsa berhasil. Sememangnya tidak dapat dinafikan PROTON ialah lambang kejayaan, kebanggaan dan kemegahan seluruh rakyat Malaysia. Menjadi harapan supaya Proton sentiasa berdaya maju.

    33. esahgmch says:

      Syabas proton dan pihak pengurusannya. Usaha murni mengeluarkan MPV untuk kemudahan semua rakyat Malaysia memang sudah lama kami nantikan. Semoga pihak pengurusan proton diberikan kekuatan merealisasikan hasrat ini. Semoga proton terus gah sebagai syarikat pengeluar kereta yang unggul bagi memenuhi kehendak rakyat Malaysia dan berdaya saing di dalam pasaran global.

    34. borhan najib says:

      nape gok kete gini…niru pah ceroh…takdok idea ker…baik aku korek idung..chaa rik mun kalihhh(dalam tekok)

    35. mawi world says:

      aku pernah tengok dlm email member aku kasi dulu…gambor mpv tu mmg ghempak giler..ala-ala wish..kekadang mcm grtandis pun ada gaks…tak sabar nak tgk kejadian sebenar nyer…harga..memang mampu nyer….

    36. MOHD TARMIZI BIN OTHMAN says:

      Orang yang dok kata mcm2 kat Proton tu sebenarnya x mampu nak beli Proton pun, belagak je lebih, apatah lagi lagi nak beli jenama impot, cakap je pandai, itulah manusia yang x bersyukur dapat hidup di bumi bertua ini. Hei kaki kutuk Proton…………. peeeeeeeraaaaaaah lah hang

    37. Pada mereka yang suka sangat mengutuk, saya cabar anda , agar anda sendiri yang mereka bentuk dan mencipta sebuah kereta yang lebih canggah, menarik, konsisten, dan berpontensi daripada kereta keluaran malaysia mahupun luar negara. Kalau anda mampu, buatlah. Kalau tak mampu, jangan suka sangat mengutuk. Lihat kelemahan diri anda sendiri. Jangan melihat kelemahan diri orang lain kerana anda juga punya kelemahan. Kita hanya mahluk Allah yang punya banyak kelemahan. Jadi, sedarlah wahai manusia. Pada mereka yang terasa atas kekasaran saya ini, saya mohon ampun dan maaf. Bukan nak bagi ceramah agama cuma kita perlu melihat kelemahan dan kelebihan diri kita sendiri. Maaf ye semua..Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Opss..Zahir je..batin x ada kut no.. Huhuhuhu…

    38. Mudah-mudahan Proton MPV terbaru lebih berkualiti dan didamik.

    39. asmawi says:

      Masalah kete ni banyak dah aku pakai impot pun semua same je ,,,,,,,,,,masalahdia bila habis minyak dia berhenti tu dok pikiaq sampai nak gila ni,,,,,,

    40. sudin says:

      setuju bangat komen Mohd Tarmizi bin Othman…..orang kalau dah x mampu ckp gitu la bro…hehehehehe…..bernas pendapat ko bro….

    41. sudin says:

      ahaks ahaks ahaks…kete aku abis minyak boh air jer..x mati pon…ahaks ahaks….

    42. SOS says:

      TERUSKAN….PEDULIKAN APA ORANG KATA…JANGAAN TOLEH BELAKANG… SYABAS….PROTON MPV….

    43. SOS says:

      DIHARAP PROTON MULAI SEKARANG BOLEH SEDIAKAN BORANG UNTUK BANCIAN ORDER PROTON MPV………MESTI GORENG PISANG PANAS…………SYABAS P[ROTON…….

    44. nanana says:

      bagus usaha proton untuk keluarkan MPV, tp tolong la pastikan kualitinya ye…
      jgn risau…
      kalo bagus, dpt keyakinan org ramai…
      mesti dapat kembalikan imej proton…
      semoga berjaya!

    45. halim din says:

      Keputusan peraduan namakan Proton MPV baru oleh Proton Holdings harap-harap berpihak kepada
      saya. Sudah banyak sms penyertaan yang telah saya buat. Nama-nama berikut harap-harap menang la..
      1. Proton MPV Destina
      2. Proton MPV Persada
      3. Proton MPV Lestari
      4. Proton MPV RAYA
      5. Proton MPV Kelana
      6. Proton MPV Famosa
      7.Proton MPV Samudera
      amacam.. ok kan.. nama-nama di atas…
      – HALIMI – JB

    46. kulup kuda kayu says:

      saya rasa mpv proton yang baru mesti cantik dan bergaya setanding dengan keluaran dunia yang lain yang sama klas dengannya. saya nak namakan MPV baru tu dengan Panggilan Impian Pertiwi

    47. zac69 says:

      Proton sepatutnya menyegerakan keluaran MPV kerana semakin ramai pengguna yang beralih menggunakan MPV, so make sure keluaran buatan Malaysia dapat memenuhi citarasa pengguna kita yang masih menyokong buatan Malaysia dan tak perlulah terlalu merumitkan keadaan dgn pelbagai rumos .
      Dalam keadaan skrg, proton sepatutnya perlu mendedahkan MPV ini kepada orang ramai untuk tujuan promosi dan harga jgn terlalu tinggi ( dalam lingkungan harga antara Toyota Avanza dengan Livina ), so ramai le yang dapat memilikinya.

    48. sesemut says:

      congratulation proton!

      as a malaysian i’m fully supported our brand. always looking something on the positive perspectives and never underestimate our own fellow friends in proton because nothing is easy in creating something new. i think what ever the rumors came out lately, i know proton gave their 100% effort on this mpv and purely Inspired from Proton intelligence, ingenuity and experiences for an elegent and trendy first home-grown MPV.
      as a malaysian we should support our own product and never underestimated our own innovatives..

    49. KULUPBANAR says:

      Pada mereka yang suka sangat mengutuk, saya cabar anda , agar anda sendiri yang mereka bentuk dan mencipta sebuah kereta yang lebih canggah, menarik, konsisten, dan berpontensi daripada kereta keluaran malaysia mahupun luar negara. Kalau anda mampu, buatlah. Kalau tak mampu, jangan suka sangat mengutuk. Lihat kelemahan diri anda sendiri. Jangan melihat kelemahan diri orang lain kerana anda juga punya kelemahan. Kita hanya mahluk Allah yang punya banyak kelemahan. Jadi, sedarlah wahai manusia. Pada mereka yang terasa atas kekasaran saya ini, saya mohon ampun dan maaf. Bukan nak bagi ceramah agama cuma kita perlu melihat kelemahan dan kelebihan diri kita sendiri. Maaf ye semua..Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Opss..Zahir je..batin x ada kut no.. Huhuhuhu…

    50. KERETA KEBAL says:

      PROTON SEPATUTNYA MENGELUARKAN PERADUAN MEREKACIPTA KERETA BARU. RAKYAT MALAYSIA SEMEMANGNYA BERBAKAT BESAR DALAM BIDANG REKACIPTA DAN MODIFIKASI! TAK PERCAYA LIHAT LA GENG MAT REMPIT YANG MENGUBAHSUAI ENJIN SEBUAH KAPCHAI DAN HAMPIR MAMPU MEMOTONG SEBUAH SUPERBIKE? NTAH SAPER YG CIPTA PROTON JUARA TU? LAST2 TAK LAKU! PROTON ARENA KONONNYA NAK SETANDING STORM LA..TP APA DAH JD? BERAPA KERAT ORG PAKAI? TERSADAI BERAPA BYK ORG TAK BELI? RENUNG2 KAN. APA YG SY PERHATIKAN, MODEL2 PROTON LEBIH BYK MENGELUARKAN JENIS YANG SAMA TETAPI BERLAINAN SPEC CTHNYA WIRA 1.3 (KURANG AKSESORI), 1.5 (KURANG PULA APA YG ADA DALAM 1.3). SEMUA NI MEMERLUKAN PENGGUNA MENAMBAH SENDIRI AKSESORI MENGIKUT CITARASA. YG UNTUNG TOKEI2 KEDAI! APA SALAHNYA BUAT SEBUAH KERETA YANG CUKUP LENGKAP DAN BERKUALITI. UMUR DAH LAMA MATANG DALAM INDUSTRI NI! SAYA SENDIRI ADALAH PENGGUNA PROTON (MMG BYK PROBLEM). BKN NAK KONDEM, TP PENGGUNA PIKIR LA SENDIRI, UTK PROTON EKSPORT, SPEC DIA BKN MAIN BAIK LG..UTK RAKYAT BUAT ALA KADAR JE! KALAU TIDAK MASAKAN MB TERENGGANU PERNAH KONDEMKAN PROTON? HARAP TEGURAN NI AKAN MEMBINA, BKN MENYAKITKAN HATI! SEKIAN TEGURAN IKHLAS DARI PENGGUNA PROTON NI..MAAF KALAU ADA YG TERSINGGUNG. KALAU ADA YG AMBIL TEGURAN NI, TAK MUSTAHIL PROTON MAMPU KELUARKAN KERETA KEBAL SATU HARI NANTI!

    51. AKU SERIK says:

      AKU SEBENARNYA BETUL-BETUL DAH SERIK DENGAN PROTON…. AKU DAH NEKAD TAK KAN PAKAI PROTON LAGI… TAK DE KUALITI LANGSUNG KECUALI MODEL PERTAMA DAHULU… SEPATUTNYA MAKIN LAMA MAKIN BERKUALITI… BUKANNYA MAKIN LAMA MAKIN TERUK KUALITINYA…

    52. steven says:

      hey, bila akan keluar ni di malaysia? ya, kualiti memang teruk kalau banding deggan dulu. sekara punya, pecaya separuh lla.

    53. virusxxl says:

      Proton patut tengok contoh Chery Alado V5 keluaran china… dan jadikan sebagai panduan terutama dari segi design luaran dan dalaman, dan juga dari aspek keselamatan. walaupun keluaran china tapi mereka mendapat kepakaran dan teknologi dari Russia dan mereka juga menang banyak award di Europe. Chery Alado v5 ini dengar ceritanya akan memasuki pasaran Malaysia pertengahan tahun depan. Buat macam Naza je.. ambil KIA convert buat Naza. Tapi proton ambil chery Alado convert buat proton. Lepas beberapa tahun buat upgrade. Yang penting harga berpatutan, produk berkualiti tak payah nak fikir soal RnD dan sebagainya.

    54. Nampaknya buat kali yang keduanya Proton terpaksa bersaing dengan Perodua dalam penanpilan model baru. Saya masih ingat lagi. Pada tahun 2005, Proton terpaksa bersaing apabila Perodua mengeluarkan Myvy manakala Proton mengeluarkanSavvy. Kasihan Proton kerana Savvy kurang sambutan hingga ke hari ini berbanding Myvy. Nampaknya dalam pengenalan MPV kali ini sejarah lama akan berulang.. Pastikan Proton dapat keluarkan model yang lebih canggih daripada Perodua kalau mahu menjadi pilihan pengguna yang kini sudah bijak menilai. Segala komen pengguna ketika pelancaran hendaklah dicatatkan dan dibuat perubahan sebelum dikeluarkan secara besar-besaran di kilang. Takut nanti kereta keluar banyak tetapi tidak laku. Saya kini menggunakan model Proton dan perodua. Tidak tahu lagi nanti ketika MPV dilancarkan…. Masih Proton atau Perodua. Bergantung kepada mana yang lebih menarik dan faktor harganya juga.

    55. Kepada para pengguna, janganlah terus beli kereta model baru semata-mata nak jadi orang pertama guna di jalan raya. Tunggu dulu dan perlu ujikaji prestasinya . Kalau tak , nanti kita akan menyesal tak sudah.

    56. pian budak engin.. says:

      tahniah proton!..semoga Proton MPV menguntungkan proton dan pembeli…kualiti dan harga berpatutan yang kami mahu..

    57. logorithm says:

      Sekarang orang beralih ke Proton Saga baru sebab harganya amat berpatutan dan khabarnya amat selesa. Orang dah tak nak Myvi sebab harga melampau.

    58. skeleng says:

      aku mmg minat gak ngan mpv ni terutama yg nampak sporty kalau betul proton dpt kluarkan model mpv pakej maksudnye selesa bergaya berpatutan dan seangakatan dgn nye sudah pasti sale utk avanza akn drop so amat berharap la klau mpv proton mampu milik ni menjadi kenyataan

    59. mustaqiim says:

      ehm, bagus gak ruangan komen nih…mcm2 ada…tapi yang kurang seap dengar tuh yg suruh buat macam naza, ambil design kia terus…kalau macam tuh baik x payah buat syarikat kereta nasional buang duit ja…x membantu pembangunan negara…proton nih ada orang kata ok…cuma harga dia x tahan kot…

    60. azranp says:

      kala betul la design mpv proton tu macam tu, aku rase boleh jual and compete dgn others mpv la. tp proton kena upgrade lagi engine campro tu, biar setaraf ngan vvti and i-vtec. itu yg akan menarik lebih ramai peminat. engine campro skrg ni buakan tak bagus tp kena upgrade lagi.

      Cars Blogcatalog

    61. mohkhsin says:

      sesape yang marah org kutuk proton tu kene ingat…. dlu ktorg proud gak dgn proton time kecik2 dlu. dah keje terus sambar proton.. malangnya kete slalu masalh. paling teruk body kete mengelupas. harga jatuh teruk. kecewa tau tak hati ni. pastu dapat tau plak kete import lagi murah. kat mesia je mahallll.. reasonnya supaya rakyat memilih proton. klu masalah ni berterusan org beli kete importla. PAHAMMMMMMMM!!!

    62. ulatman says:

      ok jugak reka bentuknya.. tapi kalau boleh biar lah nampak semat cantik dan ranggi..
      kalau keluar duit nak beli pun tak lah menesal..
      yakin kita boleh buat yang terbaik dari yang terbaik..

    63. pogee says:

      model mpv proton memang cantik…tapi bukan macam yg kat atas tu…semua kat atas tu khabar angin jer…design dia lain sangat tapi cantik menarik dan tertarik nanti. Tgk la nanti..

      http://www.saujanahati.blogspot.com

    64. kdi says:

      ya, memang kat atas tu sume kontroversi je. sume dah tau. MPV baru proton picture ade kat page kdi yang dah diupdate lama dahulu http://kereta.info/proton-mpv-pelan-lukisan-proton-mpv-proton-mpv-drawing-plan/

    65. rietarie says:

      Bila lagi keputusan peraduan namakan Proton MPV nak announce ni? Nama-nama ini patutnya jgn di salahguna pulak..
      1. Proton MPV Patriot
      2. Proton MPV Ultra
      3. Proton MPV Kirana
      4. Proton MPV Rich
      5. Proton MPV Bright
      6. Proton MPV Eden
      7.Proton MPV Sentana
      8.Proton Fantasia
      9.Proton Lavish
      10. Proton Ratna
      11. Proton Prima
      12.Proton Performa

      Semoga terpilihlah satu..bukannya Proton Journey…

    66. izlan says:

      blakang tak brape cantik,nampak mcm van kayu

    67. kak ija says:

      aaa laa..cam kete mayat ora putih.. bagi la bumper tu bujur sikit..baru solid..keh keh

    68. rahim bin yaacob says:

      saya harap proton mpv dijual pada harga yang berpatutan. Nama yang saya syorkan adalah.
      1. Proton Fire
      2. Proton Hang Tuah.
      3. Proton Cute

    69. rietarie says:

      Peraduan nama proton dah tutup pun…

    70. afliff SR says:

      bagile peluang kat proton buat pembaruan, arini tgk kt utusan cantik apa moel mpv tu….kereta china masuk takde orang komplen pun…enjin sama gak mcm proton mula2 pakai mitsubishi
      Beli barangan Buatan Malaysia!!!!

    71. farah says:

      cantik…

    72. azliazmi says:

      aku setuju sgt dengan keluaran mpv baru proton tp mcm semua org,aku harap kali ini proton lebih menitikberatkan kualiti bukan kuantiti.mmg cantik aku sebenarnye mmg tgh mencari mpv tp terus terang aku katakan aku nye keyakinan dgn proton cume 10% aje kerana terlalu byk masalah sblm ini tp insya allah kalau proton buat kali ini dan seterusnye mmg berkualiti,rakyat malaysia tentu tidak akan beli kete import…tahniah buat proton,teruskan R&D yg lebih futuristic dan berkualiti….diulang sekali lagi, BERKUALITI!

    73. cikgu penang says:

      saya puji usaha proton mengeluarkan model terbaru mpv ini tapi harap proton selepas ini ambillah pandangan rakyat malaysia buka ruangan dan dengar dan pilih pendapat orang ramai kerana semua rakyat malaysia begitu teruja bagi melahirkan kenderaan jenama malaysia di seluruh dunia. bagi saya memang cantik mpv ini . tapi untuk model lain cubalah tiru macam honda ker mercedis ke tukar

    74. juraidah says:

      bila nak keluar keputusan ni..lamanye tunggu..

    75. honeybee says:

      Kepada semua rakyat malaysia….
      Keputusan pemenang menamakan MPV pertama Malaysia dr Proton akan diumumkan pada
      8 FEBRUARY 2009

      Launching Date : 1st April 2009

    76. musa says:

      harga mpv proton harap 60k – 70k

    77. nizzam says:

      Aku nak boking tapi tak tengok lagi….promosi dah mengila….harap cepatlah sikit umumnya..

    78. ASIA CITY says:

      apa kata saya bagi nama proton tu ZEROS@EMBERA,NAMA YANG DIPILIH TU MCM TDK SESUAI LAH EXORA

    79. HIDUP PROTON says:

      APALAH KORANG NI BISING2 TAU NK KOMPLEN JE!!! KALO DH TU TK KENE INI TK KENE KO ORG BELI JELA BMW!!! BIARLAH PROTON KUARKN MPV BARU EXORA..AKU SOKONG 100% PROTON..KPD MEREKA YG SUKA KUTUK2 PROTON TU…INGATLAH KALO DH TKDE DUIT NK BELI TU DIAM2 SUDAHLA…AKU SNDIRI GUNA 3 BUAH KETE PROTON SAGA,WIRA DAN WAJA…..TKDE BISING2 PN…….!!!!!!!!!!!!!

    80. lumut_87 says:

      betuul tu, dah tentu yang ada duit tu tak bising macam yang tak beberapa ada duit tu. kalau nak beli proton exora, beli juga… kalau dah tak kesampaian tu… tengok je lah… :) janganlah gaduh2 kitakan 1 malaysia…

    81. fahmy says:

      rakyat malaysia memang bagus pakai barang buatan malaysia tetapi pemimpin malaysia dan mereka yang menjual kereta proton x pakai proton tukar mereka semua percayalah malaysia boleh

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)