• Today is Thursday, May 17, 2012
  • 1,593 Responses to “NEW CHERY EASTAR MPV V5 CROSSOVER USER REVIEW V2”

    1. Penjejak Badai says:

      Aku dah check balik, so far kete2 ni sumer wiper sangkut kat cermin, CRV, Caldina, RAV4, X5, Swift, CRUZE Hatchback, Nissan Versa, Ford Focus sume batang keluar ikut cermin. Setahu teman wiper tu kua je ikut cermin, mounting still ikat kat kat rear door untuk semua kete diatas termasuk CE. So, itu bukan main reason pecah. Kalau ye dah bersepah kete2 nih cermin belakang berderai. Aku rase la. Mesti ade sebab lain. Ade Idea? BTW ade sesape kete penah jadi mcm wuf1655?

      setujut ngan huha dan dream. beli kete bukan beli ikan. even nak beli ikan pun kene belek2 gak. kalau nak beli kete riki2 lah habis. dari A sampai Z. Pegi showroom, test drive, dan test drive lagi. pegi lagi showroom. tanye kengkawan. tanye sedare. tanye adik beradik. tanye orang yang pernah pakai. dengan zaman teknologi nih jelajah la internet. tgk review. ape baik, ape masalah nyer. local dan international. macam2 kelab kete ade kat malaysia nih, kebanyakkan nye online dan boleh join walaupun kete takde kete diorang pakai.

      chery takde letak pistol kat kepale sesiape suruh beli kete diorang. termasuklah jename kete lain. Hak pengguna? dengan tidak membeli mane2 kete yang anda tak suka atau tidak berbaloi secara tidak langsung anda telah menunaikan hak anda sebagai pengguna. pi riki2 detail tentang barang anda nak beli ialah tanggung jawab pengguna. so tunaikan tanggung jawab anda dan gunalah hak anda. kereta bukan investment kecik. ribu riban adik abang kakak sekalian. majoriti kite bukan jutawan. pikir2lah. kalau dah beli barang nak mintak itu ini bukan senang. sume lepas tangan. kalau tak takdelah wujudnye kete dengan sticker MY HONDA TAK GUNA. Kalau dah terbeli tapi tak larat nak layan SC yang sememang nye hampeh, dan kereta yang macam2 ragam nye. Jual je lah. Baru pakai dah macam2 hal. Nak tunggu habis loan lagi 7 ke 9 tahun? Tapi ade value ke kalo nak jual?

      maaf jika ada yg tersinggung. cume penat aku dengar orang mengomel pasal kete mcm haram dan SC macam haram. sekadar pendapat peribadi. Tak setuju? Tak mengapa, anda juga berhak mempunyai pendapat sendiri. Aku suka CE aku dan redha degan dugaan yang datang. Aku bukan orang kaye banyak duit. Ini je kete yg aku mampu. Nak beli exora tak berkenan. Yang lain2 tu sama ada kecik atau mahal. So far senyap kejap masalah. Harap2 nye takdelah lagi masalah yg major……

    2. Kiki says:

      Just wondering la.. WUF1655 pakai kete apa? Chery Eastar jugak ker?

    3. Eric Tan says:

      Thanks for the review….

      i have read through all the thread…

      one point is that when we reach 40,000km, to change timing belt will cost more then RM2k?

      how is the part? easy to get in spare part shop in KL?

    4. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      Eric Tan RM 2 K.. are u sure?

      Dream
      m.maaf sy krg setuju sikit. sbb bg saya masalah2 yg kecil2 ni leh dibaiki dgn kebijaksanaan kita samada ngan cara DIY atau hntr ke pusat2 pakar di luar (insulation dll).. apa sekalipun SC dan Chery Alado kena bertndak proaktf

    5. dream says:

      huha,

      betul tu.
      Bijak kita boleh diusahakan.
      Kelalaian atau tidak prihatin SC dan Chery Alado tu yg tk sepatutnya kita berhadapan…kan ada QC, tapi kenapa masalah masih jadi?

      Apapun, mmg sama2 pengguna dan penjual kena proaktif…

    6. PENjEjAK_@WAn says:

      sabar badai… sabar

    7. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      yup betul.
      sokong sgt2 Chery kena upgrade lg dia punya QC yg teruk tu. terus terang teruk.
      tp scr jujur di Malaysia, CE adalah MPV yg boleh dikatan sgt2 value for money bg golongan pertengahan. sbb spec yg ada pd CE hny ada MPV lebih RM 150 K. dan yg lawak MPV mahal pun x dak spec mcm CE cth nya NGL hny guna drum brake, normal automatic gearbox, normal head lamp dan normal torsion beam suspension.

      sbg pengguna yg bijak juga. lebihan harga MPV lain boleh diguna utk baiki kelemahan2 CE yg terlepas pandang oleh pihak QC Chery. saya rasa bila dijumlahkan kos pemilikan 9 tahun CE vs lain2 MPV mahal (sama saiz), CE lbh jimat

    8. azroy says:

      nk tnye nih….betol ke nk tukar timing belt tu cos RM2k?

    9. alang says:

      2.1k timing belt cost include labour and installation

    10. MrSiber MrSiber says:

      timing belt set sama ngan perdana sei …. dlm lingkungan 300++ (klu beli sendiri la) …. upah x tentu mengikut wshop …
      kne paham kelebihan guna ce 2.4 enjin mits …. parts byk sama ngan enjin perdana sei …. wiring enjin mcm waja lama …. wiring body mcm grandis ….

    11. dream says:

      MrSiber,

      Dari segi kesamaan tu, mmg tk patut risau la sebenarnya…yg pntg, ada info…

      roadtax 2.4 je la klu nk pikirpun, itupun setahun sekali huhu…

    12. MrSiber MrSiber says:

      hehehe berbaloi 2.4 dengan performance dan ruang ….

    13. dream says:

      MrSiber,

      Mmg aku minat, terutama yg berbaloi tu…2.0 kurang ok ke?

    14. MrSiber MrSiber says:

      bukan kurang ok ….. cuma aku xde pengalaman mengejekan unit 2.0 dan parts yg sesuai utk nya …. mungkin ok ….. sapa tau …. aku je belum tau …. hehehehe

    15. Eric Tan says:

      Mr Alang,

      RM2.1K is very expensive….is there any chance outside workshop able to fix our car?

    16. wuf1655 says:

      Terima kasih kpd penjejak badai. Kita telah membeli dan memakai CE. Masalah yang dihadapi sekiranya dihadapi dgn cara profesional mungkin dapat diatasi dan pengguna akan rasa puas hati. Yang malang contohnya CE ambil pada 10/8 kat superhub, balik raya power steering autopump kong, lepas tu cermin belakang pecah ketika kereta parking dalam rumah, hari hujan kat luar mana ada batu. SA kat SC PJ kata kena batu. Balik Ipoh PLus Highway di KM408, cermin kiri row ketiga pecah lagi kena batu mungkin melantun dari kereta sebelah. Senangnya pecah. kereta lama (waja dan avanza) beberapa kali kena batu macam tu tapi ok lagi, Mungkin bukan rezeki. Yang malang kalau kita faham pasal CKD, patutnya 40% component mesti local made tapi untuk CE 100% import dari China. Ini sudah langgar peraturan Kerajaan. Masa kat SC PJ, nampak 2 unit CE cermin belakang pecah. Masa tengah deal dgn SA dan CRM, dengar ada perbualan antara dua orang jurujual kata ada customer call cermin belakang pecah ketika sedang memandu. Apa yang saya harap dari luahan kita di sini, mungkin ada orang-orang atas CA yang tengok dan baca, buka mata dan minda fikir secara positif ambil apa yang kita komen bawa bincang dan tingkatkan mutu dan kualiti CE. Kalau ada pembaca yang kenal atau baik atau bersaudara dengan CEO CA atau LTAT, bagitau pada dia orang rungutan pengguna CE untuk dibaiki. Kalau ada orang atau owner SC, buka mata dan telinga, tingkatkan perkhidmatan dan harga yang rendah. Kalau ada orang politik atau MP, tanya kat parlimen kenapa CE atau CA ini 100% pakai komponen import, langgar dasar kerajaan.

      Memang le sblm beli kita test, tapi yang bagi test tu unit yang dipastikan OK! Dan kita beli pun atas sebab tertentu yang kita tak tahu akan jadi begini nasibnya. Kalau timing belt pun sampai 2K, itu kena tengok semua aspek. Mengenai cermin, dibuat di China, cuaca dan environment tak sama kat Malaysia dan tak sesuai. Sebab tu mudah pecah, selain tu semua single layer kecuali depan. Kena beringat. Patut cermin tu ada standard Malaysia dan cop SIRIM QAS. Tapi semua tak ada, Kena ingat kos untuk cermin belakang sahaja – cermin RM270, labour RM240 dan sealant RM80, kereta kena tinggal kat SC 3 hari. Utk cermin row ketiga anggaran kasar RM450.00. Jadi kena beringat dan ingatkan orang lain. Bila kita post kat sini, kita harap semua komen akan dipandang dan diambil tahu dan pengguna yang akan datang akan menikmati kebaikannya. Itu le amal jariah yang boleh kita sumbangkan. Untuk buat amal bukannya susah, yang paling mudah buang duri di jalan. Jadi dalam kes ni kita bantu pembeli akan datang untuk meningkatkan jualan CE. Yang untung company bukan kita sebab kita masih kena bayar kos mahal untuk servis.

    17. Eric Tan says:

      is there any workshop out there that know how to fix this car? i mean alternative solution rather then go through SC…

    18. lanz83 says:

      Saya cukup perihatin dengan pengguna EASTAR yang baru memiliki.Untuk pengguna EASTAR kalau nak tukar timing belt………ganti lah kat luar cost tidak lebih Rm 500.00 tq.Sekali lagi kepada pengguna EASTAR sabarlah menempuh permasaalah EASTAR sekarang ataupun akan datang sebab tu walaupun ada pembeli bertanya kepada saya macammmana dengan EASTAR jawapan saya NO KOMEN nanti takut jadi macam jenama COMEL kat MALAYSIA sekarang jenama tu sudah terkubur yang ada sekarang jenama DAMAK dari SARAWAK.

    19. Eric Tan says:

      Mind to share which workshop u fix and which shop u get the parts from

    20. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      Wufi655
      byk2 la besabar. mgkn boleh pertimbangkan masalah2 ni utk dipanjangkan ke tribunal tuntutan pengguna. ada 2 faedah
      1 – utk cik Wufi655 mgkn bpeluang mendapatkan ganjaran dan ganti di atas segala kesusahan/ kesukaran dialami sblm2 ni
      2 – utk pembeli2 dan bakal pembeli CE akn dpt produk Chery yg lbh baik jugak after sales service yg lebih baik krn Chery Alado akan mula sedar utk berubah jika mereka kalah dlm tuntutan pembeli di Tribunal Tuntutan Pengganu

      Mr Siber
      thx info tu. ni mest pakar enjin Mitsu ni. hehe. Tp tulah kalau tkr di luar masalah warranty. Oleh itu harap Chery Alado bertindak memastikan kos penukaran timing belt adalah relevan dan berpatutan. Kalau boleh lbh murah bndg jenama2 lain tmsk jenama tempatan sbb Chery ni jenama baru. RM 2.1 K vs RM 500. 400% beza tu. Jauh bezanya. Nak untung pun top up setakat 20% – 45 % sudahlah. Lg rendah margin untung lg bgs. Ingat keuntungan x penting sgt tp bagaimana mahu membina jenama anda jd jenama yg dipercayai lagi diyakini adalah lebih penting

      Wan10
      rasa ada baik Chery Alado lantik bro Wan10 sbg penasihat Chery Alado. mungkin sbg wakil kelab2 Chery utk menyuarakan masalah2 dihadapi Chery. Mgkn dgn cara tu Chery Alado dpt tahu rungutan2 pengguna

    21. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      PADA PENDAPAT PERIBADI

      actually Chery ni spec dia tinggi. kita boleh tengok design exterior dia start dari design lampu. cuba banding headlamp dgn tail lamp Chery dgn MPV2 lain. yg di depan adjustable lamp. boleh laras tinggi rendah. susah nak tgk jenis adjustable ni pada MPV bawah RM 100 K. even NGL pun tak ada. lampu tu pulak besar dan ala2 lampu kereta mewah design nya. Kemudian tail lamp siap dengan 12 LED.

      kemudian kita tengok pula elemen2 chrome di bahagian pemegang pintu, pintu, antara pintu dan tingkap. Design pun guna elemen crossover walaupun sebuah MPV. Ada shape tak boxy. Masuk dalam pulak ada steptronic gearbox (tak silap hanya Naza Rondo dan Alza Advance edition yg ada gear jenis ni bg MPV bawah RM 100 K selain Chery). Kemudian automatic aircond, bg 2.0 pula ada autocruise (syg 2.4 x da function ni), stereng pulak siap dgn butang audio control (sayang tak jadikan double din DVD sbg elemen standard), kemudian di stereng ada elemen jahitan kulit + elemen kayu. Kalau kita perhati betul2, hanya kereta2 high spec yg selalu buat macam ni pada stereng kereta masing2. Dekat dashboard pulak ada elemen2 chrome.

      Bolehlah secara peribadi saya kata Chery ni direkabentuk sbg MPV mewah. Cuma yang silapnya pihak Chery ni mengupah vendor yg menggunakan plastik yg agak nipis bg interior MPV ni selain colour seat (fabrik) yg x sesuai. Sebab tu ia nampak murah walhal kalau 2 benda ni diatasi ia akan kelihatan sebuah MPV yang mahal lagi mewah. Tak pastilah ini kesilapan pihak kilang di Malaysia (kilang CKD) ataupun plastik Chery ni memang nipis. Lagi 1 yg kurang di pihak kilang adalah NVH kualiti. NVH ni la salah 1 faktor membezakan antara Honda dan Acura, Nissan dan Infiniti jugak Toyota dan Lexus. Kalau NVH dipertingkat, pasti pengguna puas sebab akan rasa senyap macam studio (pinjam ayat bro wan10) bila didalamnya ketika memandu laju. Kunci pun direkabentuk sama spt kunci Audi, Merc dan BMW yg boleh dilipat2.

      Maybe sebab saiz, elemen2 mewah dan spec mewah ni plus harga walaupun kualiti masih kurang memuaskan maka saya pernah ternampak sebuah majalah di kedai buku yang membuat perbandingan antara Rely V5 (Chery Eastar gelarannya di Malaysia) dgn MPV premium seperti Honda Odyssey (RM 238, 000 di Malaysia) juga Cuitreon turbo punya MPV di China. Kiranya di China MPV ni diletakkan sbg pesaing Odyssey bukannya NGL mahupun Wish dan Stream yg lebih kecil. hehe.

      so harap2 la pihak QC peka dgn masalah pemasangan dan kualiti plastik kalau mahu produk anda jd kebanggaan pengguna. ok?

    22. Eric Tan says:

      any feedback form 2.0 user? pls put your review here…thanks for sharing

    23. EsterMania says:

      sorry lama x tulis….sibuk…

      raya posa baru ni balik dari kpg dlm 0.5kmnak sampai rumah….engine tetiba mati …cepat2 pull over…..start tak nak idup…last sekali call chery helpline…. kena tow pegi sc……

      depa jumpa wire kat engine terkena exhaust manifold…lama2 kena panas dah short…. mechanic balut dan ikat dgn cable tie away from exhaust manifold…. untuk pengguna CE bila pi servis suruh mechanic check kot2 ada cable terjuntai kena exhaust manifold…

      masa kat SC suruh depa buat alignment dan dashboard /steering vibrate skit……. alighment dah ok dan engine vibrarion dah settle…la ni drive fuyoooobila drive kat hway….. 140km.h tu senang2 saja…..

      ada satu lagi nak buat bila pi servis 10K nanti….tutup lubang angin….. SC nak buat hari tu….cuma malas tunggu….. SC kat Bagan ajam ok….. dia tolong perbetui apa yg kita komplen…….

      baru ni pi rumah kawan di balik pulau main gear manual naik bukit…..berdesup dan gagah perkasa,,,,,

    24. nua nua says:

      EsterMania ,
      apa maksud tutup lobang angin tu..apa peralatan yg digunakan..

    25. EsterMania says:

      windnoise kat dashboard….. sc boleh buat free

    26. baha says:

      cuba check bagi semua agen servis kereta cheery, adakah mereka guna minyak pelincir, semi-syntetic jenama cheery atau yang lainnya.Sebab mereka charge harga yang bukan bukan,Sepatutnya mereka pakai minyak lambang logo cherry macam (produa),bukan ikut suka jenis nak pakai,lagi pulak harga minyak semi-tak sampai RM 100.00 tapi charge kita sampai RM 130.00.

      Saya harap semua ahli CH. ambil hal sikit untuk kebaikan semua. komen pada agen besarnya kot supaya ikut spec.. yang betul, yang rugi kita ,untung syarikat kereta.

    27. WAN10 says:

      SALAM SEMUA. LAMA TAK ONLINE .SIBUK MENGURUSKAN ANUAL GATHERING DI KUANTAN BARU2 NI…….

      SO APA YG TERTINGGAL AGAK NYA NI…….

      KLU ADE YG NAK TAHU APA APA PASAL CHERY NI BOLE HUBUNGI TERUS KE…….. .0192625856………24HR.INSYALLAH DAPAT MEMBANTU TG MEMERLUKAN NYA……..

    28. aweina69 says:

      Salam,sy pakai CE 2.0 sejak mula2 kluar dulu..sampai sekang alhamdulillah xde masalah major..masalah angin masuk je belum sempat buat lagi,igt nak buat kat SC Kuantan..

    29. epol says:

      ….FIKIR LAH MASAK2 SEBELUM MEMBELI KERETA CHERY NI JGN MENYESAL KEMUDIAN HARI……
      sy cuma berkongsi pengalaman sj….

    30. zack says:

      apasal lak epol? crita sikit supaya tak menyesal nanti!!!

    31. Amy says:

      Byk sgt masalah chery ni….he3 pening2 pala dok pikir…kete I prob failed bila naik Bukit Beirut…tiba2 je gear jadi free kat tengah2 bukit tu….so hubby i tukar gear manual masuk gear 1….amik masa gak dlm 2 min jugak nak naik tu….dah le handbreak x makan….huh2 gelabah giler i masa tu….ni nak kena gi SC let them check wht the prob for my car…..so buat masa ni i x berani lagi naik genting @ gi KL….takut le…selagi x check kat SC lagi ni.

    32. PENjEjAK_@WAn says:

      cik epol… tu bukan kongsi pengalaman… tu amaran… kalu nak kongsi pengalaman… cerita je leeee… leh kami tahu & nilaikan… takbest la buat statement tapi takde isi… we waiting for your pemgalaman… TQ

    33. faisal says:

      salam….saya baru pakai easter 2.0 sebulan. baru semalam pergi servis d batu caves… setakat ni ok….bawak bawah 120km/j takda bunyi angin masuk….sedap ok. tapi bila bawak 150 km/j baru perasan ada…. tapi itu baru first try…. lagi satu haritu ada bawak g kuala selangor lalu meru…. sampai kawasan proses klapa sawit tiba2 bau klapa sawit terus masuk kereta….sedangkan pakai aircond….makna tingkap tutup….semalam g servis branch mekanik bagitahu mmg ada kereta lain jadi camtu….kalo taknak bau masuk kena tutup tempat masuk bau tu…kalo g HQ dia cakap free aja tapi mgkn tak tahan…sebab ada customer dr HQ mai tempat dia buat benda sama….la ni tak ada komplen lagi. so buat jugak la….lps ni saya kena lori sampah lak atau g tempat paling busuk nak tgk camna…ada perubahan atau tidak….tapi chery ni memang selesa dari avanza….cuma tempat servis kereta toyota lagi selesa dan penerangan servis advisor adalah lebih meyakinkan….walaupon sebenar mekanik kat luar ok jugak…..

    34. aweina69 says:

      Faisal : buat kat SC mane? sy blm sempat buat lagi..tq

    35. fadiil2003 says:

      saya nih tersangatlah teringin nya punnn nak beli CE 2.0 tapi bila baca komen2 korang rasa macam tersangatlah takutnya pun……..tolonglah CEO CE upgradelah you all pun service ang performance….proton pun dok upgrade service dia orang dalam menjaga kualiti product diaorang, takkan product international yak boleh jaga kualiti kot…

    36. adywaja4117 says:

      lawo gak eastar ni bile tgk org pakai.. tp biasela.. setiap krete ade kelemahan.. tapi luaran dier dah mcm krete harge 100k keatas.. mcm berkenan jerk… hehehe sporty lorr…

    37. dream says:

      ady,

      cantik dan luas dan bnyk spec, mmg tkleh lawan dgn harga tu, cuma klu petik dari review Berita Harian/NST: “durability and reliability issues”…
      tu yg tk syok dengar…

    38. faisal says:

      salamm….awiena69, saya buat kat SC batu caves

    39. faisal says:

      tunggu 2 tahun lagi …..bagi easter banyak kat atas jalan…..kedai spare part pon jual barang easter….ok la skit….

    40. aweina69 says:

      Faisal; tq, tp sy kat kluang,jauh sgt..at least blh ckp kat SC Batu Pahat..
      Sekang klu ontheway sblh pantai timur CE dah melambak..

    41. Zeck says:

      Nak tanya kat mana ada jual dobule din khas utk CE. sebab tak nak ptng wayer masa pasang & mode kat stng biar boleh guna…

    42. Estermania says:

      baru servis 9K (sepatutnya 10K)…. SC taruh semi Castrol Magnatec 5L dgn filter dlmRM140….. rupanya cherry pakai 5L sbb tu mahal dari biasa sbb Avaza dulu satu tong 4L dah cukup. SC kena top up 1L lagi.

      so far so good…. dah pegi Putrajaya last 2 weeks……… last week pegi DamaiLaut Lumut…….. mcm biasa best sbb ada autocruise….. pastikan angin tayar cukup….. minyak averaga la… 1L = 10km….

      lubang angin dah tutup….x sure ok ke tak sbb tak perasan angin masuk sbb jarang drive high speed. SC kata took 1 hour… so hantam sajalan suruh SC buat…..

    43. dream says:

      mybe nk pi jengok bro estermania satu hari nanti…kan org utara gak hehe…

    44. Estermania says:

      yup…utara mari….

    45. WAN10 says:

      SALAM SEMUA..MAAF LAMA TAK ON LINE……… BZEE DARI CEOAG N BARU NI TT DI PENANG……….

      SEKIRA NYA BRO/BRA ADE PERTANYAAN MENGENAI CE NI 2.4L ATAU 2.0L… TERUS JE CALLING2 TALIAN HAYAT NI YE…..0192625856…24HR.JANGAN MALAU DAN JANGAN SEGAN……

    46. sha says:

      salam semua… saya bercadang nk beli CE..tgh siapkan dokumen untuk submit …tapi rasa takut bila baca komen kawan2 kat sini..so td i call wan10..dia nasihat dan bg pandangan..rasa lega dan yakin skit..apa pun sy harap ada lg komen2 yg boleh bantu sy..keputusan beli belum di buat..plssss ada apa2 nasihat dr kwn2…

    47. zam says:

      sha.. semua kereta masalah, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. otai2 ramai leh bagi nasihat & bantuan. sy dah 4 bulan pkai, memang puas hati, berbaloi. klu bandingkan specification yg ada pd CE dgn mpv lain, harga mesti lebih lagi…

    48. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      Sha
      betul tu ckp Zam. Kalau lawan spec memang Eastar susah nak cari pesaing. Cuma yg hampir2 leh lawan spec Chery adalah Kia Naza Rondo tp lebih kecik banding Eastar ni. Harga pulak dlm beberapa ribu lebih mahal. Exora even H line banding Eastar memang kurang spec sbb x da steptronic gearbox (auto leh guna manual pun leh guna), x da adjustable head lamp, x da all disc brake mcm Eastar, kerusi no 2 tak boleh dilaraskan. Kunci remote control pulak ala2 kunci Audi, BMW. Elemen chrome pun byk di bhgn luar dan dalaman untuk nampak mewah. Tingkap pun leh tutup guna kunci remote control.
      tapi mereka Exora ni lebih pada aircond di bhgn atas, leather seat, double din dvd + dvd monitor + gps sbg pakej tambahan yg x da pada Chery Eastar. Tp semua tu tak mahal sgt pun. Dan tak dinafikan kualiti interior Exora lebih elok banding Eastar.
      Tepuk dada tanya selera.Yang jadi masalah pasal Eastar ni adalah mcm kata tadi kualiti dalaman termasuklah plastik yg x berapa berkualiti dan gap pada pemasangan.

      Masalah lain pulak yg membelenggu adalah sound proofing yg dgr bunyi angin bila drive lbh 110 km/j. Lg 1 masalah adalah brake berbunyi. Masalah seterusnya adalah masalah warna fabrik seat yg x cantik.Tp 3 masalah ni boleh diatasi dgn sedikit pelaburan yg tak membebankan. Cuma nak buat dimana tu kn cari sendiri la sbb setengah tmpt susah sikit mcm kaw luar bandar. Nak bg nampak mewah jgn kedekut duit pakaikan skirt. hehe. jugak sarungkan leather seat

    49. Eatermania says:

      huha…. kalau taruh Airmaster body kit mcm Estermania+black paint… fuyooo… mengancam…. sendiri puji hahahaha….
      last 2 weeks masa nak pi KL, singgah Petronas park sebelah black Wish….. baru side by side comparison with the same color…. baru perasan Wish hood depan very plain…. Cherry ada curvature… Wish punya pintu tak dah lining…. kira tak lekeh la drive CE…..

      satu lagi yg I like it, odometer position kat tengah, not typical mcm kat depan steering….so at night tak silau dan syok memandu…. dah drive Avanza for 5 years….. for me worth to by CE to replace Avanza…. tapi kalau nak compare other expensive MPV tak dak experience….

      My fren drive Rondo complain about space…. so why pay more for less space…. beli MPV sure go for better space esp 3rd row dgn luggage……..

    50. huha (dahulunya dikenali hihihi) says:

      Eastarmania
      ok la kalau da happy ngan CE. hehe. tp CE ni manja sikit kena dpt perhatian lebih sikit terutama penjagaan plastik. he3. yg lain2 ok je cam keta lain jer bg sy sbb byk yg leh diatasi. Pasal Chery punya design of coz la advance walaupun design ni utk adalah design tahun 2005 @ 2006 if x silap sy (dikenalkan sbg kereta konsep). Tak silap sy Chery adalah model pertama Chery dan sykt kereta China yg guna khidmat pereka Itali iaitu sykt Pininfarina. Design house yg ckp popular krn bjaya design kereta2 mewah mcm Ferrari, Maesarati, Jaguar dan Audi.

      pasal Naza Rondo memang 1 MPV yg bgs. Tp diaorang di luar negara x pgl MPV sebaliknya crossover. hehe. Kurangnya pd space jer bg sy. Jugak scr peribadi sy krg minat rekaan depannya. Belakang dah ckp cun Rondo ala2 BMW X5 sikit2. Tepi biasa2 je.

    51. B@bah says:

      sha,
      betul sangat apa yang diperkatakan oleh zam, eastermania dan huha tu.
      Saya dah tujuh bulan memilikinya. Sangat berpuas hati. Problem sikit2 tu biasa le..
      Bila dah dapat CE nanti, jangan lupa untuk mendapatkan sedikit sentuhan bro Wan10.
      Wan10 akan membantu sekadar yang termampu.
      CE saya telah pun mendapat sentuhannya. Macam Honda Odyssey rasanya.
      Tak gitu Wan10?

    52. WAN10 says:

      A’KUM…SAYA WAKIL CEC ZON UTARA INGIN MENJEMPUT CEO YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI TT / PERJUMPAAN KELUARGA DI PERLIS PADA 3,4,5 DAN 6/02/2011.

      ATURCARA :-
      03/02/2011 – PETANG TIBA DAN CHEK IN DI TASOH LAKE RESORT & RETREAT
      MALAM AKTIVITI BEBAS

      04/02/2011 – 8.30 PAGI BERLEPAS KE GUA KELAM.BOLEH MELIHAT KEHINDAHAN DAN
      KEUNIKAN DALAMAN GUA KELAM..ANDA JUGA BOLEH MANDI DI SITU..
      12.00 TGH BERLEPAS DARI GUA KELAM KE HOTEL DAN SOLAT
      JUMAAT.
      1.45 PETANG BERLEPAS DARI HOTEL UNTUK MAKAN TENGAHARI DI
      RUMAH MERTUA BRO NAZAL…(SPONSOR)
      ANTARA MENU YANG DI SEDIAKAN..:-

      1) KURMA KAMBING
      2) KARI DAGING
      3) KARI IKAN
      4) AYAM MASAK MERAH
      5) ACAR DARAT (JELATAH)

      SELEPAS MAKAN KITA BOLEH BER TT ATAU BALIK KE HOTEL..

      05/02/2011 -
      JAM 8.00 PAGI BERLEPAS DARI HOTEL KE WANG KELIAN.
      12.00 TGH BERLEPAS DARI WANG KELIAN DAN MAKAN TENGAHARI
      DI RESTORAN TERATAI PUTIH
      SELESAI MAKAN BERLEPAS KE PADANG BESAR SHOPING SAMPAI PUAS
      6.00 PADANG BESAR TUTUP DAN BERLEPAS BALIK KE HOTEL.. DAN
      BALIK KE HOTEL.
      8.00 MALAM BBQ TIME (sedang dalam perbincangan)

      06/02/2011 – SARAPAN PAGI DAN CHECK OUT BALIK KE TEMPAT MASING-MASING.

      UNTUK MAKLUMAN WAKIL DARI HARIAN METRO AKAN TURUT BERSAMA MEMERIAHKAN MAJLIS INI..

      HARGA RM 400/: MAXIMUM 2 DEWASA,4 ANAK BAGI YANG MENGINAP
      RM 100/: BAGI YANG TIDAK MENGINAP..MAXIMUM 2 DEWASA 4 ANAK.

      .SESIAPA YANG BERMINAT SILA SAHKAN KEHADIRAN SEBELUM 15/01/2011 BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN HOTEL.UNTUK COMFORMITION SILA SAHKAN KEHADIRAN DAN BUAT PEMBAYARAN KE AKAUN MAYBANK NO 5621 4271 4836 ATAS CEC MANAGEMENT AND SERVICES.DAN SAHKAN PEMBAYARAN ANDA DENGAN MENYIMPAN SLIP BANK IN

    53. dream says:

      Bro Wan,

      Yg takde CE tapi nk menyibuk, bleh? Jauh jalan, luas pengalaman hihi…

    54. WAN10 says:

      bole..no hal…..

      apa ade hajat nak serta ke….

    55. dream says:

      bukan ape,

      sb dh lalu kat sini, teringin gak nk tanya kabar…

    56. WAN10 says:

      NO HAL. APA APA MAKLUM JE………. BERESSSSSSSSS

    57. faisal says:

      salam….sekarang ni easter boleh dikatakan ramainya yang menggunakannya…. haritu g perlis dan kedah….best arrr sebab sampai bole tidur dalam keter sambil berdengkur…. time tu wife bawakler…. so far alhamdulillah angin yang dikatakan masuk tu mmg takda…. bawak masa tu 160km/h….cuma bunyi tayar la kot bising…..ok puas hati….selepas sebulan.

    58. huha says:

      org pempuan pun bawak laju2. hehe

    59. Estermania says:

      camno nak cuci kusyen fabrik CE? dah buat mandatory rule, x boleh makan dlm keter….. kotor skit2 sbb kena itu ini…biasalah anak kecik punya hal……

    60. wuf1655 says:

      Alhamdulillah, dah ramai pengguna CE yang kurang komen mengenai CE yang dibeli. Mungkin rungutan pengguna CE diruang ini telah didengari oleh pengurusan tertinggi CE atau mungkin PEMUDAH telah campur tangan. Pengguna CE juga mungkin telah terima surat yang menyatakan pihak CE beri diskaun keatas servis yang dilakukan sehingga Feb 2011. Sungguhpun demikian, pihak tertinggi CE diharap dapat lebih gentleman dengan memberi khidmat percuma untuk tutup lubang angin kerana ada SC yang buat service tu secara free dan ada SC yang mengenakan bayaran tertentu. Nyatakan secara terbuka, biar pengguna SC yang membuat keputusan. Ada juga SC yang menyatakan bahawa mereka boleh buat tapi tinggal kereta 2 atau 3 hari! En Wan10 mungkin boleh proposed kat Pengurusan CE mengenai hal ini.

    61. wuf1655 says:

      Kepada pengguna CE khususnya 2.0L jika nampak air coolent selalu keluar, tukar klip boleh DIY atau SC buatkan tapi kena upah le. Yang kedua, rajin-rajin le tengok air takut kering, sebab CE ni kuat minum air takut kalau alpa, berasap bonet. Pengetahuan ni dapat masa kat SC Ipoh, 2 atau 3 unit enjin kena service bila tanya, air kering.

    62. izzati says:

      salam…saya br jer lepas byr deposit beli CE ni…runsing pulak pas baca komen2 korang nih….ok ker tak ok CE ni ek….erm…cermin tingkap dia mudah pecah ker?

    63. WAN10 says:

      62.

      salam…saya br jer lepas byr deposit beli CE ni…runsing pulak pas baca komen2 korang nih….ok ker tak ok CE ni ek….erm…cermin tingkap dia mudah pecah ker?

      SIAPA KATA GITU…………YE…EEEMMMMMM…………….APA PUN U BLE HUBUNGI TALIAN INI……..0192625856

    64. alang says:

      Kereta apapun ada masalah. Yang penting jangan segan2 join kelab-kelab kereta tu. Baru boleh tau apa masalah & mcmmana nak solve problem tu.

    65. Mia says:

      Salam. Hr tu ada tengok promotion keta CE ni kat Alamanda. Tertarik dgn exteriornye dan konsep MPV. Tp once sy bukak pintu dpn, terus tawar hati sbb interior dia nampak terrible. Semua gap2 tu ketara sgt. Finishing tak kemas. Lps tu, boot blkg nampak kecik sgt. Harga mmg ‘surprise’ la! Quite cheap.Tp sy mmg fussy sikit pasal interior dan workmanship luaran dan dlman. Anyway, utk yg tak kesah, takpe la. Mmg btul2 berpatutan in terms of harga dan kualiti.

    66. aweina69 says:

      Mia:Tawar hati mungkin kerana ada kemampuan lebih..bg sy yg dalam tu ada solution nya..x ganggu pun

    67. zam83 says:

      salam..
      sy amat tertarik dgn CE ni..memandgkn hg pn berpatutan…msl krt sume ada…
      cuma sy terkejut jg dgn alat ganti timing belt2..btul ke 2.1k?
      tq

    68. stone_killer says:

      for MIA : Boot blakang kecik sgt????… hahahaha… refer ngan apa??? lori pasiaq ka… atau lori kontenna… kalu yang buat servey sebelum cakap… kita akan dapati boot chery antara yang paling luas antara MPV yang sedia ada…. siap kerusi blakang separate… tu tujuannya kalu tak cukup luas boot… boleh lipat satu kerusi…. den bukanya nak marah atau cari gaduh…. tapi statement anda agak bongkak dan bernafsu tinggi sedangkan habuk pun tarak…. bagi yang mampu setakat tu… interior condition are acceptable… tak le seteruk yang dibayangkan… saya dah 1 thn pakai CE… takde apa2 problem pun… anyway kami pemilik CE doakan anda dimurahkan rezeki supaya dapat merasa MPV citarasa tinggi cam vellfire @ alphard.. good luck

    69. as says:

      aku nie tgh PK terakhir untuk beli kete sama ada CE nie or Exora. harga ok je dedua.. dedua dah test drive… baca komen semua nampak CE ok.. exora ada yg komen tak memberangsangkan… adehhhh sape leh membantu aku untuk membuat keputusan terakhir … dah 2 bulan aku cr kete … aku beli kete nie untuk jln jauh je…

    70. WAN10 says:

      stone killer……den setuju dengan tuan………klu angin tinggi………. biar le…………

      as………….. u ble call 0192625856…………

    71. as says:

      wan10 thanks u advice ….

    72. stone_killer says:

      BRO AS.. KONDISI TUAN SAMA LE SEPERTI SAYA DULU SEBELUM MILIKI CE…. 2 BULAN SERVEY.. IKUT FORUM… SERVEY BODYKIT… LAST CHOICE EXORA VS EASTER… INGAT DAH NAK PI BAYAQ MUKA EXORA… ON DA WAY TERPIKIAQ PASAI CC DAN KELUASAN/KESELESAAN… DEN PATAH BALIK PEGI DEALER EASTER.. TEST DRIVE SEKALI LAGI… LASTLY NEKAD BLASAH EASTER… SEKARANG CE JADI MILIKU… SEJAK PAKAI CE NIE… NAMPAK EXORA LANSUNG TAK BEKENAN… INTERIOR EXORA KEMAS TAPI TAK MENARIK.. WARNA PLASTIK & KUSAM… EASTER PUNYA WALAUPUN RAMAI KATA FINISHING TAK BAGUS… TAPI TERTARIK DENGAN DESIH & WARNA INTERIORNYA.. NAMPAK MAHAL…. TAKLEH PAKAI KETE MAHAL… PAKAI YANG NAMPAK MAHAL PUN JADI LA…..CC PLAK… 2.0 TU DAH MEMANG TAU KEKUATANNYA…BERBANDING 1.6… MEMANG DEPA KATA WALAUPUN 1.6 STILL LEH NAIK BUKIT…. TAPI CUBA ANDA BAYANGKAN BUKIT YANG SAMA TINGGI… ENJIN 2.0 DAN 1.6 PUNYA KERJA UTK PANJAT BUKIT TU.. SURE 1.6 PUNYA TERPAKSA KERJA LEBIH…. SO KALU LONG TERM… PIKIRLE SENDIRI.. APAPUN TEPUK DADA TANYA SELERA…. TAPI SAYA SYORKAN EASTERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

    73. as says:

      Stone… as nie perempuan la… aka isteri & mama kepada 2 org anak la… heheheh…

      tu la pasal kita nie bukannye kaya nak beli kete memahal & kalau dah beli tu biar la puas ati & berbaloi² la ngan harga kita laburkan tu… smlm dah pun booking CE … paling cepat before raya cina nie dapat la ketenye…[sempat la nak panjat Cameron Highland 15 feb nie & terus balik kampung di Utara] itu la pasal segala spec d pandang untuk d beli.. actually as pun sama la ngan stone dah siap nak book untuk exora tp ntah la jiwa tu tetap pada CE … hubby nak manual & as nak Auto so dedua dah dpt… kira 2 in 1 … inter dia mmg as berkenan sangat tak de la nampak kete below 100k …. yang bestnye smlm g la Giant Kota Damansara ada la Nissan GL kat situ saje je talk ngan hubby pasal kerusi belakang GL kan kalau lipat terus dedua .. salesman tu siap tanya banding ngan kete ape… selamba je jaya CE dia leh kata ” CE orang tak pakai la buatan China lepas tu 6 bulan leh meletup.” memacam la lagi dia bebel … hehhehehhe ade gak salesman tak leh terima kenyataan….

      plate mana best Selangor or WP Kuala Lumpur…. ??? any idea

    74. NSR 150 RR NSR 150 RR says:

      bro stone_killer
      memandangkan dah guna selama 2 bulan,
      nak tau lah FC dia kat bandar dgn higway berapa? dan kelajuan test FC tu berapa
      thanks

    75. stone_killer says:

      Dear Cik As…
      tahniah sebab bakal jadi CEO… yang bestnya win win condition ngan hubby… manual ade.. auto pun ade..
      pasal saleman nie biasala le… buah limau pun depa kata manis pada hakikatbya masam… durian pun depa kata sedap padahal isi dok kat dalam… rasa pun tak lagi… janji product dapat dijual… spec dah diberi… test drive dah dibuat… kondisi dah dibelek… pandailah kita buat kesimpulan…. anyway after miliki CE nie.. rajin2 le lawati http://cheryeastarclub.forumotion.com/forum … boleh refer @ mintak pandangan kalu ade permasalahan & pandangan…

      Pasai plat no tu , setakat 24 jan 2011 jam12.35 ( JPJ)
      Selangor :- BLC4599
      KL :- WUV4482

      Nampak cam plat KL canteek jee.. hehehehe

      Buat NSR 150 RR
      FC nie agak subjective sebab ianya bergantung jenis jalan, bentuk pemanduan, disamping penambahan gadget utuk mengurangkan penggunaan minyak… setakat ni bagi CE kawan… purata di jalan bandar 0.21 sen /km.. purata di hiway 0.17 ~0.18sen/km… cara pemanduan berhemah 140~150km/j..hehehe… tu pun ditambah gadget yang diperolehi dari Bro Wan10…. apa ape boleh contact Wan10…

    76. WAN10 says:

      Buat NSR 150 RR
      FC nie agak subjective sebab ianya bergantung jenis jalan, bentuk pemanduan, disamping penambahan gadget utuk mengurangkan penggunaan minyak… setakat ni bagi CE kawan… purata di jalan bandar 0.21 sen /km.. purata di hiway 0.17 ~0.18sen/km… cara pemanduan berhemah 140~150km/j..hehehe… tu pun ditambah gadget yang diperolehi dari Bro Wan10…. apa ape boleh contact Wan10…

      NAH HUBUNGI DEN NO HAL…………. NI NO TALIAN HAYAT TU………..0192625856…….24HR SERVICE…………..HEHEHE

    77. NSR 150 RR says:

      thanks atas info tsb
      ttp lagi cantek klau kira FC berdasarkan liter/km sebab boleh wat rujukan dimasa2 mendatang
      klau rm tu kurang molek sbb harga prol turun naik ron 95 / 97

      bro wan10 apa email saudara?bolh berkenal2an /berkonsi2 idea guna gadjet apa
      thanks

    78. WAN10 says:

      BEREH BRO………ni no kwn……0192625856………..

    79. dream says:

      as,
      angkat CE je!

    80. V5 says:

      salam sume.. CE baru dah received delivery minggu lepas. Baru bawa sekali dua je dgn famili sebab ksibukan keje. Teramatlah teruja memilikinya dan setuju sgt dgn komen shabat2 berkenaan CE ni. Apa2 kenderaan pun akan ada masalah tp bila kita bersama, masalah besar pun jadi kecik… Betul kata dream tu as, ANGKAT JE CE TU!!!

    81. V5 says:

      Oh ye, lupa lak! Time kasih bnyk2 kat KDI diatas kesempatan ruangan ni. Sgt2 membantu n juga salam terima kasih pada WAN10, dream, stone_killer & yg lain2 atas komen2 yg positif & amat memberangsangkan.. Bila diamati komen2 saudara/i terasa mcm sebuah keluarga yang bahagia.

    82. stone_killer says:

      Dear V5..
      Tahniah kerana memilih CE… benda dah beli.. buruk baik ia tetap milik kita… apa2 kelebihan pakat2 nikmati sepuasnya.. apa2 problem kita pakat2 cari penyelesaiannya… tu gunanya forum…
      Komen tak semestinya positif… but if negatif… harap ianya membina… bukan nak utk bagitau itu ini tak memenuhi isi perut si polan2…. tu bukan komen… tu kondemmm… hehehe… anyway selamat berforum

    83. WAN10 says:

      SALAM KEPADA CEO SEKALIAN………. KLU ADE KELAPANGAN SILAKAN LE KE ALAMAT TERTERA INI………. KAMI MENGADAKAN TT SUAIKENAL …………..

      BANGI KOPITIAM
      35 A JALAN SUARASA 8/3
      BANDAR TUN HUSSIEN ONN
      43200 CHERAS SELANGOR

    84. V5 says:

      Salam bro Wan.. kul brapa kat BK BTHO tu?

    85. dream says:

      wan10,
      mcm ada yg kureng je info tu…

      v5,
      aku tumpang suke…w/pun aku sendri ntah biler la nk merase sendri hehe…

    86. WAN10 says:

      SALAM KEPADA CEO SEKALIAN………. KLU ADE KELAPANGAN SILAKAN LE KE ALAMAT TERTERA INI………. KAMI MENGADAKAN TT SUAIKENAL …………..

      BANGI KOPITIAM
      35 A JALAN SUARASA 8/3
      BANDAR TUN HUSSIEN ONN
      43200 CHERAS SELANGOR

      TARIKH 29.1.2011

      JAM 3.00PM

      MAAF OVERLOOK LE….HEHEHE

    87. KeyNa says:

      Salam,
      stone_killer, As. U all beli CE ni interest nye brp yer kene? Tgk kt mudah.com y plg rendah pun dia bg 2.88. Nk tau brp bajet sbln klu dpt int >< cam tu. Sy pun same mcm As, mula2 ttarik ngan CE ni sbb ade function manual/Auto. Sy nk auto, husben nk manual. 2nd dr segi saiz.

      Dlm ni asik sebut2 psl FC tuk CE ni. Tp FC tuk kete biasa cam sy y guna Iswara Sedan 1.5 ni brp yer normal klu dlm bdr. X pandai la nk kira.

      Sy ni dok mengidam ke CE ni dr thn lps. Tp target bile ank dh msk 3 nanti. Wlaupun dh nk beranak bln 3 ni, tpaksa tunggu next yr gk sbb br hbs byr kete. Sy dh usha hbs dh, cume asben aje y blm test drive lg. Insyaallaah, ade rezki nanti dpt la hendaknye.

    88. WAN10 says:

      KEYNA………..OK LE TU……….AJAK HUBBY TU GI TEST DRIVE LE………..JANGGAN TUNGGU TERLALU LAMA………. APA2 BLE CALLING LE……….0192625856

    89. as says:

      Dream —

      CE on the way dah … lepas raya cina terima la … InsyaAllah…

      keyna—

      as ambil ambank interest 2.59% … so far itu je bank yg leh kasi paling rendah… Installment simpan la dlm RM900 … senang nak budget… tp kalau u gomen ambank bagus sebab leh kasi 15thn hehehhhehhe… jgn kecoh² nak terus beli … kan baru je habis azab… saving dulu sethn… buat budget dulu then baru beli kete baru… 3 org masih muat lagi kete sekarang nie… CE nie mmg leh wat org mcm kita mudah jatuh cintanye sebab inter dia menarik & tak de la tinggi untuk kita bawa … mcm rasa bawa van.

    90. dream says:

      as,
      orait!

    91. KeyNa says:

      As,
      skrg ni mmg dlm proses mengumpul n settlekn htg piutg lain sblm sambar CE ni. Lg rs nk cpt ade CE ni bukannye ape, Tuk Nenek nye nk pindah makin jauh. Bile dh long journey ngan ank2 3 org tau2 je la bile nk tbongkang mula rs cam x selesa. So alang2 nk berMPV cr y puas ati n on budget.

    92. WAN10 says:

      CE on the way dah … lepas raya cina terima la … InsyaAllah…

      KLU ADE APA YG BOLE I TULUNG HUBUNGI NO NI.0192625856 YE………..24HR LAGI……..

    93. kdi kdi says:

      Dear CEO Chery Eastar Owner, kindly continue your discussion at CE page version 3 http://kereta.info/lets-play-chery-eastar-2-0-mpv-7-seater-review/

      =)