LAPORAN HANGAT DARI KILANG HYDROFUEL MALAYSIA
By iz • Jul 14th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO, ! Hot Info > Lets talk here!, Products 
HYDROFUEL MALAYSIA
Baru-baru ini pihak kami telah mengadakan lawatan ke syarikat Hydrofuel milik Dr Halim.Dr Halim merupakan saintis yang pernah berkhidmat sebagai seorang ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat.Banyak maklumat berguna telah diperolehi.Produk ini masih lagi dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM dan JPJ dijangka pada September 2008.Sekiranya tiada aral melintang,produk ini juga akan dirasmikan pada bulan September.Projek Hydrofuel ini dijangka akan memacu industri automotif Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi.
BAGAIMANA HYDROFUEL BERFUNGSI?
Hydrofuel merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen.Air disalurkan daripada tangki 5 liter yang terletak di belakang kereta ke dalam bekas yang diletakkan di dalam enjin oleh pihak Hydrofuel.Bekas inilah merupakan nadi utama Hydrofuel bagi menghasilkan Hydrogen.Tangki 5 liter ini boleh digunakan untuk kegunaan sejauh 2000KM.Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.
Proses elektrolisis ini menghasilkan gas Hydrogen dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.Alat ini tidak akan menyebabkan enjin kereta anda rosak kerana gas Hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran.Alat ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan berkapasiti 2000cc kebawah.Untuk penggunaan 2000cc ke atas,masih lagi dalam peringkat kajian.Pemasangan alat ini di syarikat Hydrofuel cuma mengambil masa 3 hingga 4jam.
PAKEJ HYDROFUEL
Hydrofuel mempunyai 2 pakej.Iaitu Basic dan Advance.
1.Basic
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29%(Boleh ditingkatkan)
2.Advance
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection”
Penjimatan sehingga 50%
Alat ini dijamin selama 2 tahun atau 50000 kilometer,perlindungan insurans dan jaminan wang dikembalikan jika ia tidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan.

Produk-produk Hydrofuel yang dipamerkan

Penyambungan Hydrofuel kepada “air intake”

Hydrofuel pada Proton Wira

Tangki 5 liter.Hanya sedikit ruang diperlukan.

Sensor.

Hydrofuel pada Proton Savvy

Proton Savvy Hydrofuel

MySMART Fuel Saver di pasang bersama-sama Hydrofuel

MySMART Fuel Saver

Sensor yang dipasang pada Savvy.

Alat elektronik yang dipasang(ECU)

Nadi utama Hydrofuel.
Anda boleh memberikan sebarang komen dan perbincangan mengenai produk Hydrofuel ini.
Related car facts
| All posts by iz 16,869
Get Cool Car "INFO" @ Kereta.INFO everyday for FREE! Bookmark us & Visit KDI everyday!


salam..
dah lama xjoin balik ni..meriah nampak..aku ada brg tinggalan projek HHO aku dulu… EFIE ada lg 5 unit..sesape nak,bgtau ar
Emm..
tak guna bagai ini, tipu sahaja cuma boleh jalan 2 jam plastic jadi cair, electrode karat tak berfungsi.
tipu barang ini, tak boleh bagai, jangan terjerat
Bagusss, satu sumber kuasa yang boleh menjimatkan penggunaan petrol, perlu pertingkatkan lagi pembuatan produk contohnya penggunaan metarial agar pengguna merasakan betul2 jimat. banyak lg kit yg boleh digunakan contoh digital meter AMP & VOL , sebenarnya HHO boleh menjimatkan hingga 75% penggunaan petrol . saya memang berminat nk berkongsi kajian ni , macamana nk join research ni
Mana ko tau ni jodk?? Ko dah pakai ke benda ni??
Mana ko tau ni jodok?? Ko dah pakai ke benda ni??
salam,
saya telah membuat projek ini sejak setahun yang lepas (buat sendiri), memang berkesan dan menjimatkan, motorsikal dan kereta saya, telah saya pasang. bagi motorsikal saya dapat jimatkan 50% dan kereta dapat jimat 25%. cuma satu je masalah yang timbul ialah air akan jadi kotor setelah 100km perjalanan membuatkan tidak sedap di pandang. jika ada pandangan atau cara untuk elekkan kotoran tersebut berlaku saya harap dapat lah kita berkongsi ilmu. email saya taiko.otai.1983@gmail.com..