- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • E-GAS HYDROGEN GENERATOR LETTER

    New Contribution By Nasrul Fareed
    Message: Tolong di publishkan surat ini untuk jernihkan keadaan.
    Attached adalah surat perjanjian kepada Mega juara.Yuran RM30 ribu mereka cuma bayar RM2000 sahaja.
    E-GAS HYDROGEN GENERATOR LETTER
    KDI : Nasrul Fareed is the owner of e-gas hydrogen fuel saver submitted the actual letter between e-gas and Mega Juara to clear up some issue regarding the invention of e-gas in Malaysia. Below is the text copied from the original document in microsoft word
    18hb September 2008
    18 Ramadhan 1429H
         BISMILLAHHIROHMANIROHIM
    Pengurusan
    Mega Juara Energy
    Lot1 Tkt 1, Bangunan Lembaga Tabung Haji
    Jalan Sg.Chua,
    43000 Kajang
    Selangor Darul Ehsan
    Assalamualaikum
    Tuan
    PER : Hak Pemasaran Eksklusif Produk e-Gas model PF1
    Merujuk kepada perkara di atas dan penyataan minat pihak tuan, saya seperti nama dan alamat di atas dan seadanya diperincikan seperti berikut.
    1. Dengan nama ALLAH dan rendah hatinya mengakui bahwasanya saya adalah perekacipta produk penjana gas HHO yang dinamakan sebagai e-gas.
    2. Penjana HHO e-Gas PF1 yang saya rekacipta ini berkeupayaan untuk:
    • Menjana gas hidrogen dan oksigen dengan teknik yang efisien.
    • Mengunakan campuran air suling dan pemangkin
    • Mengunakan kuasa eletrik yang minima (0.6 – 2 Ampere)
    • Digunakan sebagai bahan bakar alternatif untuk kegunaan enjin kenderaan bermotor
    • Menghasilkan gas yang mampu meningkatkan jarak perjalanan bersamaan bahan api sedia ada (petrol,diesel dan gas asli)
    • Menghasilkan wap air (secara teknikal membersihkan enjin)
    • Merendahkan suhu dan RPM kenderaan
    Seterusnya pihak saya akan berfungsi terus untuk mengembangkan teknologi tersebut dan hanya bertindak sebagai pengeluar dan pembekal. Minat pihak tuan amat saya hargai dan dengan ini bersetuju untuk menyerahkan hak pemasaran eksklusif produk tersebut di seluruh Malaysia kepada Mega Juara Energy (001781574-W).
    Atas dasar kesefahaman yang telah dipersetujui secara lisan dan dicatatkan di bawah terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut:
    i. Tempoh hak  adalah selama 3 tahun dan tempoh percubaan selama 3 bulan.
    ii. Tempahan minima sebanyak 15 set sebulan (dirunding).
    iii. Menyediakan plan pemasaran yang bertaraf profesional.
    iv. Membayar Saguhati / Goodwill sebanyak RM30,000.00 secara 4 peringkat dalam tempoh 1 bulan bermula dari tarikh surat ini dipersetujui dan ditandatangani.
    v. Memastikan anggota teknikal yang mencukupi dari segi bilangan dan kefahaman.
    vi. Memastikan  setiap maklumat perihal rahsia pembuatan tidak disalurkan kepada mana-mana pihak.
    vii. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh penghantaran.
    viii. Menyediakan tag jenama dan yang berkaitan untuk silinder dengan kadar segera.
    ix. Harga bagi 1 set penjana e-gas model PF1 ialah RM500.00 iaitu dua buah silinder kaca bersaiz sederhana dan besar yang bersalut keluli.
    x. Rekabentuk boleh diubah sepenuhnya atau sebahagian darinya tertakluk kepada keperluan.
    Oleh yang demikian sekiranya pihak tuan bersedia untuk menerima syarat dan terma di atas, pihak tuan hendaklah menandatangani surat tawaran ini sebagai bukti persetujuan.
     
     
    Perekacipta      Pemegang Hak Pemasaran
    …………………………………………….   …………………………………………….
    Nasrul Fareed bin Mohd Dimyati   Mega Juara Energy ((001781574-W
    Please follow and like us:
    error

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)