Baru-baru ini, negara digemparkan dengan tindakan seorang ayah yang katanya hanya mahu menunaikan janjinya memberi hadiah sebuah kereta Mini cooper S kepada anaknya yang berumur 12 tahun yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Kemudian gambarnya bersama kereta mewah itu dimuat naik ke dalam laman sosial. Wajarkah tindakan itu?
WAJARKAH HADIAH UPSR 5A BERUPA KERETA MINI COOPER S DIBERI KEPADA ANAK DAN GAMBAR DI MUAT NAIK KE FACEBOOK?
Ada yang mengkeji dan tak kurang juga yang memuji tindakan itu. Yang memuji adalah orang yang menganggap tindakan itu tidak patut dijadikan isu kerana itu duit mereka dan hak mereka untuk membelanjakannya.
Yang mengkeji pula kebanyakannya sakit mata melihat tindakan itu sebagai menunjuk-nunjuk. Ada juga yang menegur dengan baik.
Bagi kdi, tindakan ini tidak wajar sama sekali kerana ia lebih kepada untuk menunjuk-nunjuk apabila gambar telah dimuat naik ke laman sosial. Namun kata ibunya, dia tidak menyangka gambar itu akan tersebar.
Semua sedia maklum, apa sahaja yang dimuat naik di laman web, laman sosial dan youtube pasti akan tersebar dengan cepat dan boleh diakses dengan mudah. Jadi, kenapa upload gambar tersebut? Apakah tujuan sebenar untuk upload gambar itu? Sedangkan katanya tujuannya hanya untuk menunaikan janjinya kepada anaknya, bukan untuk ditunjuk kepada rakan, saudara ataupun sesiapa sahaja selain anaknya.
Isu yang timbul adalah, hadiah sebuah kereta mahal diberi kepada budak 12 tahun yang belum boleh memandu. Apabila ramai yang tahu, kemungkinan besar trend ini akan melarat di mana semua orang akan berlumba memberi hadiah yang lebih lumayan. Dan menimbulkan iri hati kepada semua pihak.
Ditakuti juga, ramai kanak-kanak akan meminta hadiah yang bukan-bukan kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan. Kasihanilah dan fikirkanlah orang yang kurang berkemampuan.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya tersebar. Kalau hadiah itu ikhlas, tidak perlu menunjuk, tidak perlu muat naik ke mana-mana laman sosial.
Ini adalah pengajaran kepada ibu bapa yang kaya. Juga pengajaran kepada kita semua. Rezeki itu dari Allah. Tapi kalau wujud sikap takbur dan ingin menunjuk, tak mustahil rezeki tu ditarik balik pada bila-bila masa.
Dalam islam pun mengajar kita bersederhana. Tidak terlalu lebih dan kurang.
Jom komen!