Rasionalisasi subsidi katanya.. dalam kata lain, kerajaan ingin naikkan lagi harga minyak untuk semua kecuali golongan yang layak. Siapakah yang layak? Tentulah golongan miskin. Siapakah golongan miskin? Yang mempunyai gaji rendah dari yang akan ditetapkan. Yang pasti golongan ini adalah sangat minoriti. Secara langsung kebanyakan rakyat akan menikmati harga petrol ron95 yang lebih mahal.
Adakah perlu slip gaji atau penyata bank setiap kali kita mengisi minyak? Agak lucu di situ.
Berikut adalah petikan dari Tengku Adnan yang membentangkan usul ini.
“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Jom komen!