- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • PROTON NGV, Satu Kelegaan Buat Rakyat Malaysia.

    PROTON NGV, satu kelegaan buat rakyat Malaysia.

    Proton Saga.

    Inikah wajah Proton SAGA NGV yang akan dikeluarkan?

    Kenaikan harga minyak telah mendorong rakyat Malaysia berlumba-lumba mencari tenaga alternatif lain bagi menggantikan penggunaan minyak petrol.Semakin banyak syarikat pengeluar kereta berlumba-lumba menghasilkan teknologi Hybrid bagi mengekalkan daya saing mereka dalam kenaikan harga minyak dunia.Proton juga turut serta dengan mengeluarkan kereta yang disertakan dengan kelengkapan NGV pada hujung tahun ini bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia.

    Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kereta keluaran Proton akan datang siap dipasang enjin NGV selain turut berupaya menggunakan petrol bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahu menjimatkan wang akibat peningkatan harga petrol, baru-baru ini.

    Antara model yang akan diubah suai bagi pemasangan kit NGV ialah Saga,Waja dan Persona.Faktor reka bentuk diambil kira bagi memastikan keselesaan pengguna dan kesesuaian kenderaan itu.Model Saga dan Waja yang dilengkapi kit NGV itu mungkin boleh digunakan sebagai teksi manakala Persona untuk pasaran umum.Bagaimanapun kita semua berharap agar Proton dapat memasang kelengkapan NGV pada semua model terbaru Proton agar lebih banyak pilihan kepada pengguna.

    Semua pemasangan kelengkapan NGV itu akan dilakukan di kilang Proton yang menjadikan kosnya lebih murah berbanding kos sekiranya pengguna memasang kelengkapan itu sendiri.Pengguna juga tidak perlu risau apabila menggunakan kereta yang dilengkapi NGV berikutan pemasangan di kilangnya nanti akan mengikut piawaian keselamatan yang dapat memberikan lebih keyakinan kepada pengguna.

    Proton Saga - Depan.

     Menarik Bukan?

    Proton Waja NGV.

     Kemungkinan Proton ada cara lain untuk meletakkan kelengkapan NGV???

    Dashboard Proton Saga

    Nampak Garang.. Pemilik Proton Saga pasti menginginkan hiasan dalaman seperti ini.

     

    Proton Saga-belakang.

    Menarik Bukan ??

    Belakang Proton Waja

     

     

     

     

     

     

    Please follow and like us:

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    11 Responses

    1. sungguh menarik ciptaan buatan mlys kali ini.sy berasa teruja sngt

    2. nicholas edward says:

      Berapa harga sebuah kereta proton nie?

    3. If only the cylinder container can be mounted much nicer and maximum storage is attain, then it would very nice.

    4. azameel says:

      sya amat berbangga jadi rakyat malaysia…..

    5. Nooranita Ismail says:

      Keperihatianan dan idea bernas . Tahniah Proton…

    6. ayaya says:

      Apa lagi..keluarkan cepat..tak sabar dah nak beli nih..

    7. iz says:

      Dah keluar dah…tapi untuk teksi…design pun sama mcm saga blm biasa.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)