- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • KLIMS ‘09 Akan Berlangsung Pada 29 Mei 2009 Hingga 7 Jun 2009 Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

    KLIMS ‘09 akan berlangsung pada 29 Mei 2009 hingga 7 Jun 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

    PAMERAN Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS ‘09), dijangka bakal menarik lebih 330,000 pengunjung serta disasarkan lebih 200 peserta pameran daripada industri automotif sedia mengambil bahagian.

    KLIMS ‘09 dianjurkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) akan berlangsung pada 29 Mei 2009 hingga 7 Jun 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur adalah pameran edisi ke-7 menarik minat penggemar kereta dengan mempamerkan kereta konsep, kereta eksotik, sport dan kereta serba maju.

    Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya menyediakan ruang lantai pameran seluas kira-kira 30,000 meter persegi dan menyaran pihak yang berminat agar membuat tempahan secepat mungkin.

    “Ini kerana pada ketika ini kami sudah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pengeluar automotif seluruh negara dengan 80 peratus ruang pameran sudah di tempah.

    “Antaranya, Cherry Alado, Daihatsu, Hino, Honda, Hyundai, Isuzu, Mitsubishi, Naza Kia, Perodua, Proton, Suzuki, Tan Chong, Toyota, Volkswagen, Volvo sudah mengesahkan penyertaan masing-masing dan dijangka peserta pameran akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis pelancaran KLIMS ‘09 di PWTC, semalam.
     

    KLIMS ‘09 dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari bagi pihak Kementerian dan hadir sama Pengerusi Interexpo (M) Sdn Bhd (Interexpo) , Datuk Paduka Marina Mahathir.

    Pada majlis sama Zakaria turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara MAA dan Interexpo untuk melantik Interexpo sebagai pengurus Pameran.

    Source : Harianmetro

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    1 Response

    1. T H C says:

      Happenning from 29 Mei 2009 till 7 Jun 2009 :- It’s a good year ahead to be wait for :)
      Hoping to see more latest and current models in the market.
      If possible, our local car manufacturers would like to display their future products ?
      We, as consumers would love to know more new and latest technology and also models.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)