MENGURANGKAN PERBELANJAAN MINYAK PETROL :RON92 VS RON97

RON92 VS RON97

RON92 vs RON97.jpg

Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97 dan minyak RON92.Walaupun beza harganya hanya RM0.10.Tetapi untuk jangka masa panjang atau pengunaan petrol yang banyak, perbezaan harga ini akan menjadi lebih ketara dan boleh mengurangkan beban anda.
Saya pasti kebanyakan dari kita akan mengunakan minyak RON97(RM2.15) dan tidak akan terfikirkan pon tentang RON92(RM2.05).

RON97.jpg

Ramai mengatakan minyak RON92 adalah minyak lama,hanya sesuai untuk kereta lama atau hanya untuk kereta yang menggunakan karburetor.Ada pula mengatakan minyak RON92 akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON92 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,kita lihat apa maksud sebenar RON.

RON adalah RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON92 adalah lebih senang untuk dinyalakan.

compression.jpg

Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi?Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba.Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang;bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal(advance ignition)ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas.Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking.

Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum) ataupun leaded(plumbum).
Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.

PETROL.jpg

Dengan menggunakan minyak RON92 anda dapat menjimatkan duit anda dan ingat RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa, tetapi ia bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan dan setiap engine direka dengan minimum octane rating yang tersendiri.

So selamat mencuba.

P/s:kepada sesiapa yang tidak faham dipersilakan untuk bertanya dengan menggunakan function comment.

mel

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

21 Responses

  1. pariho says:

    Hai pada yg pakar!

    Tman pake saga, tiada masalah ke pada injin kalau guna minyak ron92?

  2. azameel says:

    x boleh nak jamin la.kena check dengan manual jgak.tapi kalau nak cuba boleh je.pastikan bila pakai tu engine tak missfire,kalau ada macam tu maknanya tak sesuai untuk pakai ron 92,.missfire ni paling senang jadi waktu panas macam tgh ari kalau jadi miss fire makananya engine tu tak sesuai utk pkai ron 92,tapi biasanya kalau engine lama boleh pakai ron92,sebab kalau dulu minyak ron pon tak tinggi sangat,

  3. gab says:

    hi..kawe gune waja 1 edition keluaran thn 2002.sesuai x gne ron 92?

  4. azameel says:

    saya x berani nak jamin.kena check manual kereta or check kat ld penutup minyak kalau ada.

  5. yantosan says:

    slm bro..
    ron92 tu aku dah pakai kat perdana s4..ok jer no problem engine pun.
    tq

  6. azameel says:

    haa sape yg dah ade try pakai tu silela comment kat sini,cakap skali engine ape pakai ngan ok ke x..aku start dulu Engine-Mazda B6t(b6 turbo) pakai 92 ok je

  7. niknak says:

    Ron92 leaded dan Ron97 unleaded, betul tak tanggapan gini ?
    Kat penutup minyak kereta Gen2 hanya tulis UNLEADED ONLY, bermakna kalau Ron92 unleaded, Gen2 boleh guna Ron92? Siapa tahu tolong jawab le …

  8. azameel says:

    niknak, salah tanggapan tu, lead tu plumbum, additive utk boost up kan octane rating, tp lead mencemarkan alam n x sesuai ngan catalytic converter,,skarang ni boleh ckp semua ron92 dh unleaded, n pasal RON92 unleaded boleh pakai kat gen2 tu x confirm,kena check jgak 92 boleh pakai ke x.

  9. kej@m says:

    so, maknenye, klau pakai ron92, power kereta akan meningkt la…
    atau dgn kate lain, lagi laju la kereta tu…betul x..

  10. azameel says:

    x jugak, depend on setting engine tu, kalau keta tu tune utk ron 92, pakai minyak ron 97 pon tade beza performance, tapi kalau pakai ron 97 or lg tinggi, boleh tune engne keta bagi maximum power, banyak keta tune utk ron rendah2, senang sket nak cari minyak.

  11. NaJiB says:

    aku keje dekat refinery petronas

    xder masalah nak pakai ron92 kat kereta2 msia.. mmg confirm x da masalah n aku sendiri pon pakai.. jimat

  12. kej@m says:

    salam semua..

    hari ni dlm berita, ron95 dah di keluarkan..
    so, perbezaan ron 95 ngan ron 97 nie byk x…
    klau kete modelĀ² baru ble pki ke myk nie…

  13. sah says:

    berita dah kuar …ada beza ke ? yer..nak tau gak
    kalau ikut angaka beza 2 angka je..
    mcm Persona leh pakai ron95 ne ?

  14. Weng!!! says:

    Kalau kereta i direke untuk Ron 92, tapi i guna Ron yang lebih tinggi ? akan dapat kesan buruk kepada enjin…? Macam sekarang kerajaan telah mengumumkan akan gantikan Ron 92 dengan Ron 95…baik atau tidak..?

  15. haris says:

    apakah kesan kepada rakyat dengan harga sebegini. sebagai rakyat sy harus tahu kesannya.

  16. brat2104 says:

    huhu… aku mmg xtau pape…aku pakai petronas punya petrol.. cane nk tau dia ron berapa? yg masih ada jual ikut ron berbeza ni stesen minyak lainkan? ajar sikit… aku pakai kenari…

  17. adnan says:

    salam ada tak sesiapa yang pakai kete chevrolete optra 1.6… ni kete usa.. boleh pakai tak ron92

  18. Eder says:

    RON92 dh tamat riwayatnye…huhu
    bye2…………

  19. bell dandy says:

    hmm… saya guna ron92 tapi keter saya cam tak larat nak jalan je, takder kuasa pecutan pun. Tapi bila saya tukar ke ron97 sumernya ok je. keter pun rasa smooth.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *