
Tips Penjagaan Kereta Part 1

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga injin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.


Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.

Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..
Lagi info kereta Malaysia yang best:
KERETA DOT INFO KDI is a Majalah kereta Malaysia which shares Car Specification, Gambar, video, latest news / berita, Panduan, tips, regarding most of Malaysia cars like Proton Perodua Naza Nissan Honda and Toyota. Rental car, New car Price, Fuel, MPV spec, Bodykit, Modified cars, test drive review, iklan / ads also available here. Help yourself =)






Salam,tayar kereta depan kiri(Persona,manual)saya tlh pancit truk.bila survey d bengkel,tayar tsbut x blh dgunakn lg&perlu dganti baru.bila cek tayar kanan pun kna ganti baru jg.sbiji tayar harga rm250.saya nk tnya,tayar jnis apakah yg sesuai&adakah harga tsebut bpatutan?perlukah dbuat d Proton svis jg/mna2 bgkel pn blh?utk mkluman,Persona tsbut dbeli pd Dis2009.harap dpt tnjuk ajar d web ini.tkasih byk2.
tayar ni better buat kt luar……kt SC pn bole tp x bnyk choice & harga mati….klau kat luar bole survey & tawar menawar…..250 tu tayar jenis ape ek saudari…..baru2 ni sy p tukar tayr persona brand michelin XM1…..rm 270 sebiji…..itupn dh servey 3 kdai….kdai lain harga 320 sebiji & 290 sebiji….tayar yg sama jenis…..so ni terpulang pd saudari…klau rajin servey bole dpt harga yg murah…….x slap sy jenis silverstone rm190 sebiji……..good year rm 240 sebiji….
Saudara Eder, terima kasih atas maklum balas..tayar RM250 tu jenis Silverstone..tengah hari tadi p workshop len plak..tayar Silverstone juga, tapi RM200+RM4 upah..tp bru buat sebelah, ganti yg rosak tu je dulu, sbb dah kelam kabut nk p kenduri kwen n kbtulan tokeh tu pun bz :D.. sok nk beli lagi sebelah (kanan) n nk wat balancing skali..td masa p kenduri, ada staf ni gtau, Falken ada wat promosi..nk tya, klo sebelah tayar Silverstone, sebelah tayar Goodyear, boleh ke?ada yg cakap, tayar Silverstonne ni x brapa ok jg..nk tya lagi, mcm mana kita nk tau, tayar tu perlu dbuat allignment n balancing?sbb abah n ayah sdara tya,’kamu bawa kereta, x kan x blh rasa kereta ni len macam?”..pastu dorang ckp, “ni mesti x pernah wat balancing tayar nih..”..mcmana nk tau dh tiba masanya nk wat sume tu?mcmana nk rasa?xde rasa apa2 pun sehinggalah tayar tu pancit teruk..tadi bila tgok tayar, mmg teruk gak..dah pecah, mcm kena hiris dgn pisau,dh nmpak wayar..untuk makluman, kerja saya ni byk travel kesana kemari..byk outstation..harap dapat bg tunjuk ajar cara2 jaga tayar kereta yg slalu travelling ni..sebarang maklum balas amatlah dihargai..:)
klau harga untuk tayar silverstone rm200 sbiji masih munasabah lg….untuk pengetahuan saudari x boleh klau guna tayar sebelah lain & sbelah lagi jenis lain…..agak bahaya terutama waktu hujan…..disebabkn jalur@ bunga yg lain….sbb setiap tayar sewaktu hujan lain cara dia memecah air…..bayangkn kalau kiri kanan x sama cara dia memecah air….so bole berlaku hilang kawalan…..seelok2nya keempat2 tayar menggunakan 4 tayar yg sama…..ini disarankn r….klau depan lain belakang lain ok lg…x de masalah….disebabkn saudari ni jenis suke outstation….penggunaan tayar amat penting…..tayar michelin untk pengetahuan saudari tahan lebih lama jangka hayat dia…..sebab ianya diina untuk tambahan milage…tp harga dia mmg mahal ckit……silvrstone mmg x berape tahan…..falken bg sy kurang keselesaan(bg saya r) x tau r bg org lain…..berkenaan balancing alignment tu…nk tahu kalu balancing dh x ok senang je…..waktu drive dlm kelajuan 100km/j ke atas berlaku gegaran pada steering…..lg satu dh drive laju2 pastu waktu kita tekan brek…steering berlaku gegaran juga…itu menandakan balancing dh ok…..klau aligment pula….bila jalan straight & rata cuba lepaskan steering dlm kiraan 5 saat…pastu tngak kereta stiil bergerak lurus atau cenderung kekiri@ kekanan……klau dh lari kekiri @ kekanan itu aligment dh x sejajar r…..lepas tu nk tau kena check kat kdai r……untuk maklumat saudari penjajaran tayar perlu dilakukan sekurang2nya 6 bulan sekali….itu yg disyorkan untuk mengelakkan tayar makan x rata………untuk peringatan saudari…..risiko saudari ditipu oleh kedai tayar kat luar adlh tinggi….ini mmg strategi diorng…kadang2 macam2 diorng cakap rosak…..yg selalu diorg tipu adlh nut chamber…..barang ok lg pon diorng ckp dh rosak….dekat c2 saja diorng dh untung beratus ringgit….so jngn tertipu…rmai yg dh kena….x dpt dielakkan kpd mereka yg x tahu menahu berkenaan kereta ni..tp saudari jngn risau sangat pasal ni ek……x semua kedai r camni……
saya setuju dgn apa yg Eder cakap,dah perfect dah fakta2 tu,cuma..bab tayar falken yg kurang selesa tu pada pandangan saya tayar falken adalah antara tayar yg paling senyap dan selesa,berdasarkan pengalaman saya dan pandangan pomen2 tayar sendiri..untuk kualiti tayar,silverstone blh dikatakan tayar berjenama yg paling mampu milik la,blhla nak guna kalau tak mampu dgn jenama2 lain..kalau nak tayar tahan lama blh juga guna sime tyres sebab tayar dia agak keras dan bunga tayar tebal,tp kurang selesa dan agak bising..
ini berdasar pengalaman yg ak alamai r….falken zeax….bg ak x selesa….bila hujan mmg out…memang terasa tayar lari berbanding dngn tayar good year…..lg satu falken ni membuang sewaktu ambil selkoh tajam(kawan sy alami sendiri)…….keselesaan ini bergantung kpd kereta itu sendiri…..ak pkai michelin kat myvi…tp result yg teruk…x selesa…sbb tayar michelin kenyal so x sesuai digunakn pd kereta ringan seperti myvi…..result kat persona amat memuaskn….tayar jenis yg sama…..x semestinya yg mahal tu perfect sebenarnya…..klau tayar yg jenis cepat keras ni ade risikonya…jln x rata mmg terasa gegaran….tayar berbunyi…cepat crack…& risiko tayar tu bole meletop ade…..
salam,
saya nak minta tips dan pendapat rakan2 d cni yg lbih bpengalaman..
minggu lepas, masa odway p kje, tiba2 kete saya kena langgar (d sebelah side pemandu..amoi ni x perasan langsung kete saya ada di lane kiri sekali n dia baru lintas dr simpang T kemudian ke tengah jalan dan terus menghimpit masuk ke lane plg kiri..masa dia nk masuk lane kiri tu dia x perasan langsung kete saya..so bcalar la dua2 pintu belah kanan saya, dgn kesan cat hitam ketenya melekat d kete sy..dsebabkan kami dua2 org popuan n x brp reti ttg keadaan kete time tu, so xdela buat polis report, sbb amoi tu ckp dia nk tanggung bayar polish kete saya yg calar tu..dia pun bstju untuk bayar..so sy pun bawa kete p EON n dorang ckp kos dlm RM750..pada pandangan mata kasar, kete sya blh ok hanya dgn polish shj,tp bila EON check, dorang ckp de kemek n kena ketuk, so kosnya RM750 n dlm 5hari boleh siap..bila gtau kt amoi tu,dia ckp mhl pula..so dia n suami cadang utk bawa ke bengkel kwn dorang d Ipoh (Pasir Putih-sampai skrg saya xtau pun nama n dmana bengkelnya)…dia ckp kete tu blh setle dlm 1 hari je..tp yg muskilnya, bila sy tya EON aritu, knp mik masa lama bru nk siap?dorang ckp, prosesnya mmg lama, sbb nk kering..klo buat cepat2 takut nanti cat x sempat kering n nanti kaler kete akan pudar..tu kata dorang la..tp bila ckp dgn amoi ni, suami dia n kwn dia gtau besanya EON x buat sendiri n akan htr juga ke bengkel lain, tu yg EON mik masa lama tuk siap..lepas bincang n bincang,n dia yakinkan saya yg kete dia pun Pesona gak n pnah buat d bengkel tu, n elok je, n saya pun agak yakin dgn dia, so saya pun stuju utk p bengkel tu esok, jam 9pagi, janji jumpa d 1 tmpt n nti sy akan follow dia ke bengkel kwn suaminya..lepas opis hour, kete dh blh siap, katanya..
pada kwn2 d cni,apakah cara/tips perlu sy buat, agar sy x ditipu esok n sbg psediaan saya semasa d bengkel tu esok?pe yg checking perlu sy buat?takut2 nti entah apa2 ntah yg pomen tu buat kt kete sy sok pun sy xtau..
please help me..
tqvm..
Nur
[email protected]
Salam, saya nak tanya ckit ttg tip guna keta 4wd. Ada apa2 petua yang leh dikongsi utk saya. 1st time guna 4wd…..
salam ,,,,nak tanya sesiapa boleh kongsi masalah keta bmw e 34 tak boleh hidup ,start boleh nak hidup kan tak boleh,barang2 dah di tukar seperti coil,sensor puli,roto,kabel plug,cover roto,masih tak hidup kalu ada yang tahu masalah nya minta la sangat2 info kepada saya d [email protected] kasih
megat : 1st nk tau spark di spark plug ada tak ? ….
2nd injector ada spray petrol tak?
3rd dah buat compression test di setiap cylinder ?
salam, saya nak tanya tentang penggunaan stabilizer bar utk mana2 keta. Ada yang bagitau saya stabilizer ni sesuai utk jalan aspal sahaja, tapi bagi jalan xaspal @ grabel. stabilizer xsesuai, boleh rosakkan status kereta kita, betul ka tu? Harap, ada pakar yang dapat beri pandangan.
salam.. saya nak tanya pasal tayar jugak neh.. saya pakai viva EE baru cukup setahun tayar depan sebelah driver bengkak lupa nak bagi tau masa major service hari tue.. dia org pun x check kot… so skang ni saya takut jugak nak bawa keta jauh2x tunggu nak g service balik jerk.. so pada pendapat saudara saya perlu pergi ke service perodua atau terus pegi kedai tayar perlu tukar kedua2x tayar ker? dan nak tanya kenapa tayar bengkak yer?? bahaya ker saya selalu bawa pego opice dari putrajaya ke cyberjaya.. minta pandangan, terima kasih ^0^
amat : stabilizer bar tu klu setakat pakai utk cantik takde hal tp guna yg tak keras sgt la …. yg selalu merosakkan chasis jenis performance … material dia keras sgt so bila body kete flex dia tak ikut flex so kt mana tenpat ia di skru …disekeliling kawasan tu lah yg bakal jadi lemah …
nekisa : biasa tayar bengkak tak cover dlm warranty …. tayar bengkak boleh disebabkan kita tergelek benda2 keras, lubang dll …
klu bengkak elok cepat2 tukar sbb takut meletup nnt lagi besar masalah … tayar tu tak la mahal sgt …. klu nk jimat bole cari tayar viva terpakai yg masih belum expired byk dijual di kedai2 tayar sbb ramai owner viva suka tukar sport rim ….
tqvm byk info yg saya dpt utk dikongsikan pd org lain
salam,saya baru beli kereta terpakai proton wira auto…cmne cara nak jaga kereta ini
salam ,saya guna kete proton wira sudan 1.5 …sy nak tanya kalau temperature naik nak wat ape ?