• Today is Thursday, May 17, 2012
  • 361 Responses to “PICTURE OF NEW NAZA CITRA FACELIFT – GAMBAR CITRA BARU”

    1. aman says:

      Citra sebenarnya ok, banyak jabatan kerajaan guna citra, innova & ria. Kalau tak ok diorang tak pakai.. kalau nak tau justifikasi untuk perolehan kerajaan ialah kenderaan yang lasak, boleh commute/travel utara ke selatan every 2 or 3 days.. Kereta proton yang banyak orang kutuk tu pun sebenarnya banyak diguna dijabatan kerajaan, wira, waja & jangan terkejut kalau Kementerian Pertahanan masih gunakan Proton Iswara untuk kegunaan hingga sekarang

      Cuma citra masalah radiator bocor je, Itupun rasanya dah improve bracket. Yang lain2 banyak orang tambah cerita. 2nd value pun masih boleh diterima berbanding Keluaran Naza lain seperti Ria, Kia Spectra & Naza Sutera.

      Apapun testdrive dulu, tanya previous owner yang betul2 pakai. Lepas tu buat pilihan.

    2. Loqman says:

      Yesssss……….aku setuju dgn pendapat aman!

    3. dan79 says:

      salam..

      saya pun setuju juga..

    4. Zainal says:

      Salam,

      ~ Saya pun setuju gak.
      ~ Kereta ni mcm manusia gak, kalu kita selalu komplain , lagi banyak ragamnya kan?
      ~ Puji2 lah apa yg kita ada , nescaya kebaikan yg kita dapat.

      TQ

    5. disk says:

      hamba setuju sangat..

    6. kawe says:

      hidoookk citraaaa!!!!

    7. faiz says:

      bagi sebab nape org malaysia kene beli naza citra? Plz… tgh dalam dilema nak beli mpv ni.

    8. aman says:

      En. faiz, tak semestinya semua rakyat malaysia kena pakai naza citra kalau nak beli mpv.
      Nasihat saya en. faiz tanya kawan2 yang memang dah@tengah pakai citra, innova, exora, grand livina, avanza, rondo, alza etc.. Lepas tu try bawak mpv diorang tu.. Lepas tu buatlah pilihan..

      Setiap orang keperluan berbeza.. ada yang perlukan kuasa kenderaan, kualiti, ruang etc.. Bagi saya row ketiga citra sempit untuk mereka yang nak travel jauh secara kerap.. kalau orang dewasa rasanya dua orang pun dah cukup sempit.. rasanya sesuai untuk 2 orang kanak2.. Tapi kalau en faiz hanya gunakan row ketiga untuk emergency (kenduri, travel jauh tak bawak banyak barang) memang boleh beli.. Tapi kalau en faiz ada anak 4 ke 6 orang baik ambik innova atau exora..

      Saya pakai citra tapi anak 3 orang.. Row ketiga tu selalunya kami lipat buat letak beg, raga susu, buaian etc.. Kalau anak saya lima orang dah pasti benda2 tu tak boleh masuk (fikirkanlah)…

    9. dream says:

      faiz,

      mgkin sb saiz dia kompak, nampak bergaya, mampu milik?/maintain senang?, design bleh tahan, jenama pun ramai kenal…

      …cuba bandingkan dgn Nabira/Zafira atau Premacy…dlm group yg agak sama…MPV kompak dgn enjin besar…

    10. dream says:

      setuju dgn aman.

      pada saya pun, klu saya nk beli MPV yg ada 3 baris tempat duduk, saya akan beli yg row ke3 agak selesa…saya pernah terfikir nk beli Renault Kangoo je, cuma takde gear manual..

      bnyk mpv kompak skrg, row ketiga agak sempit, dan kalau semua row diguna, ruang brg hampir takde…boleh la psg roofbox tu…

      jdi saya guna Hyundai Matrix je…row kedua bleh sliding dan tempat brg masih berpatutan…dan anak pun tak ramai…

    11. dream says:

      bro faiz,

      klu agak termampu, cuba tengok Peugeot 307SW…

    12. RODZI ABU says:

      ik ja…aku beli citra sebab dia patut denagn aku punya gaji dan releven dengan usia+anak.jadi byk orag cakap citra tak bagus….tak bagus kalau tak reti jaga….kalau jaga elok..bagus punya..org cakap minyak kuat….memang kuat pun,tapi bandingla dengan enjin dia..2.0.mpv lain pun yang 2.0 minyak lebih kurag ja….selalu orang yang mengutuk ni…dia tak ada benda tu…dan dengar org lain cakap…sekarang ni..tak payah nak kutuk orang punya barang…mana rasa bagus kat hati…beli ja….takda sapa pun kisah kat malaysia ni…

    13. raisz says:

      Kena lihat bajet gak..citra ni seat paling belakang x sesuai sangat org dewasa, coz lantai seat ketiganya tinggi sedikit bebanding exora..jadi bila duduk tu kakinya x selesa sangat,lutut naik tinggi sikit. tapi daripada segi harga,memang murah dan berbaloi,interestnya 2.85% masa saya beli bulan 3/2010.. jadi beza dekat 10k gak ngan kete lain.kete msia skarang 4.1%.performance memang superb la,2.0 kn..basic car auto 61k, muka 5k, bulan2 650 9thn.kalo exora manul 57k, muka 5k, loan 52k bulan2 660 gak.

    14. MOHD HAIRIN B .KUISNAN says:

      asslkm.semua.ingin berkongsi pengalaman pahit di tipu oleh dealer (BROOKER) yang tamak.pada 01.07.2010.submit loandi daeler di kota tinggi,johor,tanya daeler apa cerita.? senyap je.2minggu berlalu,tiada cerita.mengamuk kat dealer.baru nak follow up dengan bank.19/07.2010.baru hantar kat bank,( simpanbuat pekasam) 20.07.2010 call @follow up sendiri dengan bank.petang lulus loan dan urusan booking no.di JPJ pun lulus.esoknya tanya daeler bila dapat mpv terbabit,tetapi jawapan hampeh,tiada stok dan infom ,kata naza tak keluarkan lagi model terbabit?Apa cerita ini macam cerita kartun.3 minggu berlalu,hampeh,kecewa,Buat sendiri follow up kat naza careline pun sama,hampeh dengan jawapan yang di berikan( tolong buat home work sebelum bagi jawapan ) Terjumpa hamba allah yang ingin membantu tetapi minta duit under table 2k hingga 4k ? apa cerita ini?Pada 06.08.2010 pergi kat Nazakia JB branch,jumpa salesman kat sana ,terus berunding dan tukar nama daeler ke Nazakia JB terbabit,buat bayaran tempahan.09.08.2010 Terima panggilan dari salesman terbabit menyatakan bahawa sudah allocated satu unit kat saya dengan no.chasis @ enjin. telefon naza hq comfirmkan maklumat terbabit betul ke tidak,jawapannya betul dah allocated.segala urusan dengan pihak bank dah selesai.hanya tunggu delivery sahaja minggu ini atau minggu depan.P.S; Minta pihak kerajaan yang berkaitan pantau dan ambil tindakan keatas pihak yang ingin ambil kesempatan bagi mengaut keuntungan bagi pihak pembeli agar mutu urusan perniagaan tidak memputar belitkan FAKTA,MAKLUMAT,DAN BAKAL PEMBELI. wsslm.

    15. zack says:

      kasihan… tapi itulah dunia dan itulah NAZA. sabar je or beli je keta lain

    16. wan mohd noor says:

      gua sudah 7bln guna citra ni setakat ni tak ada masalah lg.gua beli yg baru dlm plastik lg.kalu pasal myk gua rasa tak ada problem tp berbahloi dgn injin 2.0 smooth kat lebuhraya pantai timur 160km mcm biasa je.kalu kereta proton ku 160km dah rasa mcm lipas kudung.pada member2 yg nak beli citra tu tak perlu rasa takutlah beli je.aku mcm kau org juga tp bila dah guna baru tau.hidup citra….

    17. Nokia E72 says:

      Salam semua,

      Dah booking Citra. Just nak tanya, kos untuk periodical service citra ni mcm mana.. Aku dgr boleh tahan jugak. So mana2 owner citra yg dah lama tu mgkin blh share…. ;)

    18. zack says:

      wan 7 bulan tu kira baru lagi. dah lama sikit baru le rasa dia meneguk minyak . syukur kalau tak de problem tu, cuma selalu behati-hati kalau sebarang bunyi atau masalah kerana ia susah diubati. hidup citra..

    19. rusdibakar says:

      Kenapa lepas 7 bulan baru makan minyak.. Care to share en zack?

      Saya pakai sejak 2005 (tail lamp merah) beli mahal 84k lagi, penggunaan minyak kalau RON97 sekarang avg 20 sen/km pemanduan dalam bandar. Kalau highway, Isi Full tank di Sg Petani, Sampai Hartamas baru setengah.. Jalan jauh lagi save minyak..
      Kenapa la orang dok buat cerita kata naza ni problem? Saya pakai tak ada apa pun, cuma radiator je bocor tahun 2008 kalo yak silap, tak tukar, cuma tampal ok je sampai hari ni. Cuba bandingkan penggunaan minyak citra dengan exora. kenapa exora cc rendah tapi penggunaan minyak lebih kurang sama dengan citra? kadang2 lebih lagi. Tak percaya try test kalau ada kawan2 pakai kedua2 model ni.

      Kepada semua pengguna apa2 jenis kenderaan, tak kira la keluaran malaysia ke, china ke, korea ke, jepun ke conti ke, kalau nak tau lebih tentang kenderaan anda harap join club masing2. Kadang2 kalau kita tengok dalam forum2 biasa ni banyak basher, salesman yang dok kutuk model lain. Percayalah.

    20. cdmacho says:

      hidup rusdi bakar….
      otai lama kita tu…. bravo…

    21. cdmacho says:

      aku pon lama menyepi sebab no problem….
      no problem punya cita….
      xcaya??? tanya aku n keluargaku……
      selamat berpuasa…

    22. zack says:

      heran juga aku, isi dari sungai petani sampai sri hartmas KL baru setengah je gerak jarumnya, leh share camno bro buat ni? ada tambah alat-alat jimat minyak or apa benda yang boleh jimat minyak sangat ni.heran sungguh . atau pun dari sungai petani ke KL ambil masa dalam 10 jam baru sampai??

    23. dan79 says:

      bagus lah…saya pun sama…setakat ni citra ok je..cuma sempit la sikit ruang belakang tu..kena pakai bot la..brp ye anggarannya?sapa boleh bagitau..

    24. rusdibakar says:

      En. zack.. dari sungai petani pergi hartamas, drive avg 120-130 kmph/3000rpm. Jangan tekan lebih dari 3500 rpm.. Insyaallah.. Saya selalu outstation memang itulah FC yang selalu saya catat.
      Tapi kalau dah (stop & go dlm town) mcm kl, penang, jb minyak memang lebih 20 sen perkm.

      Kalau tak percaya En zack boleh set tempat, tarikh nanti kita konvoi sekali.. Sekurang2nya kita dapat menambah kenalan.. Amacam? Minggu depan mungkin saya turun KL seminggu..

    25. MOHD HAIRIN B .KUISNAN says:

      asslkm.semua.baru dapat mpv citra gs warna hitam pada 18.08.2010 jam 4ptg dari main branch nazakia johor.setelah menggunannya saya rasa tiada sebarang masalah dari segi minyak,pengendaliannya dan amnya ok.ikut cara pemanduan tersendiri yang mengendalikannya.tepuk dada tanya cara pemanduannya.wsskm.

    26. zack says:

      en.rus ,rim pakai ori ke?

    27. takpakaimpvpunsbbsinglelagilah says:

      Rasa2nya org yg ckp citra ni kuat mkn minyak sbb:

      1)diorg tk penah pakai keta lbh 2.0
      2)tak penah pakai auto transmission
      3)dgr citer2 dr kwn2
      4)basher dr salesman competitor
      5)mgkin bru upgrade sblm tu pakai keta kancil atau kelisa atau 1.5 atau 1.6 atau
      6)sblm tu pakai keta manual

      rasanya klu citra ni kuar versi manual FC minyak dia even better kot.
      what do you guys think?

    28. oleoresin says:

      I think you’re right….

      Klu boleh nak pakai Navara tapi minyak nak sejimat EX5. Hoh…… Even budak sekolah pun akan mengatakan….. Anda Bodoh…

    29. NSR 150 RR says:

      en zack
      sg petani-hartamas berapa km erk?guna ron apa?ada psg apa gadjet penjimat?
      share2 la info

    30. rusdibakar says:

      En NSR 150RR, kalau dari rumah saya (Lagenda Height) ke Hartamas lebih kurang 435-440km. Saya guna RON 97. Tak ada pasang apa2 gadjet. Tapi mantain speed 120, 130, 140. Kalau masuk dalam forum mycitra, diorang ada mention kalau bawak speed bawah 80 minyak consume lebih (Yang tu saya tak pasti) mungkin sebab tu kalau drive dalam town area, memang minyak 20 sen lebih/km.

      En zack, saya pakai rim asal (5 spoke).

      Ada orang kata rondo lagi save, tapi saya pernah konvoi sekali dengan my nephew, citra lebih jimat walaupun teknologi lama. Tapai kalau saya tak beli lagi citra ni, memang saya sambar rondo ni, design nampak fresh.

    31. wann17 says:

      macam mana harga terikini dia ???

    32. spartan8059 says:

      I baru beli citra gs 2.0.masalah dia i book warna krom silver tapi out of stock , dealer bagi warna hitam.Hitam memang menawan tapi susah nak jaga.Dengar2 Citra new facelift akan keluar lagi, betui ke?

    33. MOHD HAIRIN B .KUISNAN says:

      mungkin banyak permintaan tak?harap harap jangan dengar cerita sahaja.siapa yang bercerita itu dealer ke atau broker?hati hati dengan cerita itu baik pergi ke dealer yang tulen.

    34. zamzam says:

      saya bru bercadang nak 2kar keta bru…dok bkira kira nk angkat mpv citra ke exora ke rondo..tgok int keta m’sia tggii skit compare int keta lain…klaubleh share dgn otai2 yg dah lama guna mpv…tlg beri tip sblum nk book keta baru…thanks

    35. alang says:

      en zamzam, test drive ketiga2 kereta tu lepas tu buat pilihan. Tanya owner yang dah pernah pakai apa pro & consnye..

    36. Ahmad Johari says:

      Saya dah beli Naza Citra facelift model 2010, selalu berulang alik Seremban ke Butterworth. Prestasi pemanduan
      keseluruhan ok ja cuma bila mendaki bukit dng aircon on terasa agak lembap tapi masih boleh maintain 80 KM
      hingga 100 KM.Pertukaran gear ok tapi bila memotong agak kurang pikup.Penggunaan petrol lebih kurang 18
      sen se Km.Saya guna RON 95 belum pernah cuba guna RON97 lagi.Saya beli kereta ini bulan Ogos 2010
      yang lalu mileage baru 7000 Km.Tumpang tanya bagimana corak pemanduan supaya lebih pikup bila mendaki
      dan memotong?

    37. pak uda says:

      en. ahmad jahari . kalau nak piup masa memotong n mendaki …tutup aircon ,tekan minyak kuat kuat…power beb…

    38. Ahmad Johari says:

      saya heran jugak bila baca forum ni rata-rata mengatakan nct facelift jimat minyak. CD MACHO menyatakan isi
      minyak RM 62.14 boleh dapat 350 KM dan ada juga yang cakap RM 80.00 boleh pergi 500-600 KM.Saya ingin tanya
      bagimana corak pemanduannya…kelajuannya berapa?…guna RON95 atauRON97?..pakai aircon tak sepanjang
      perjalanan?….jalan rata ke atau berbukit-bukit sekali?..sorry ya banyak tanya plk tapi saya memang berharap jawapan
      dari kenkawan.
      Mula-mula saya dapat kereta 30 ogos 2010 lalu steering bergegar pada kelajuan atas 100 KM…buat alignment dan
      high speed tyre balancing kat seremban kena RM 60.00 boleh claim RM 30.00…sampai skrg tak de problem lagi.
      Tekanan angin tayar 32 psi yang disyorkan ..pemanduan krg selesa ada bunyi tap..tap..tap kat tayar.Bila isi angin 35 psi
      terasa sikit lantunan bila memandu…33-34 psi ok je..cuma kongsi sikit pengalaman

    39. raisz says:

      Salam Semua..

      Saya baru balik bercuti di kelantan..dari kluang ke Kota bharu 652Km..Isi penuh ron95 dikluang.smpai Gambang lepas ckit muadzam shah, isi penuh smpai pam minyak tendang, RM44..Smpai je K.Bharu, sy terus cri pam mnyak nak tau bpe kena, isi lg pnuh smpai pam tendang, RM58..Mknanya lbih krg rm102 dari kluang leh smpai k.bharu (650km)..masa balik ke kluang pn sama, 670km dlm rm110.Sbelum ni jln dekat2 je p keje gna citra kalo isi rm50 leh dapat 200-220km..kalo jln jauh memang dapat 300-330km.Pickup memng best,motong 2,3 lori kt depan pn bkeyakinan ckit..Bwak 160km,kete maintain je,stereng pn tak gegar. Bagi en ahmad,kalo pnah tukar Sportrim,mgkin rim yg dipakai tak sesuai,lubang bahagian tngah rim terlalu besar,jadi rim hnya bgantung pada skru shj.bbeza ngn rim stndard,lubng tngah rim ngam2 ngn btg besi(tak tau pe namany) kt mgkuk brek tu..rim yg sama saiz lubng tngah citra tu leh msuk rim waja n psona.
      sy pnah alami pd kete waja n myvi bila gna bukan rim stndard, dapat rasa gegaran kalo speed 110 keatas..
      Utk atasi masalah ni, biasanya kedai akan masukkan center kun kt lubang tngah rim..

    40. Ahmad Johari says:

      Saya belum pernah bawa nct saya ke Genting Highland ..ingin tahu info dari kawan-kawan prestasi
      pendakiannya dan bila turun guna gear D,3,2 atau L…boleh tak tukar gear D kpd 3,2 atau L masa turun Genting
      pada tahap kelajuan >80 KM.Saya ingin tahu sistem penukaran gear atomatik ketika sedang memandu sebab
      ini pertama kali saya guna kereta gear auto. Perlu ke kita tukar minyak gear auto pada 20K KM iaitu servis
      ke 2.Dalam keadaan apa kita boleh gunakan punat Hold itu?.Anyway terima kasih kepada En Raisz untuk
      info yang diberikan sebelum ini.

    41. dan79 says:

      Salam semua…

      Cuma nk tanya kat Ahmad Johari..buat alignment kat Seremban tu kedai mana?Lokasi kedai dimana?Saya juga mengalami masalah stereng bergegar..yang lain tiada masalah…superb

    42. CD MACHO says:

      SALAM ALL….
      LAMA DAH X JOIN GROUP NE…
      XTAW NAK KOMEN APA DAH.. HUHUHUHUHU…..
      ANYWAY DAH SETAHUN BERLALU MENGGUNAKAN CITRA..
      SO FAR SO GOOD…
      ALHAMDULILLAH…

    43. tolok says:

      saya pun kira nak tukar pakai citra facelife ni tapi, masih was2 lagi sbb denger cerita part di ni mahal..satu lagi masalah radiator di selalunya problem.btulke?tlg bagi pndapat..

    44. alang says:

      Saya minat citra ni. Tapi row belakang sempit, famili saya ramai.. Last2 beli exora.. Kepada en tolok, kalau keluarga besar baik beli exora..

    45. Ahmad Johari says:

      Tentang radiator nc facelift ni no problem tapi harga part tk tahu lagi tak pernah
      tukar kecuali oilfilter..dengar cerita boleh tahan jugak harganya kalau original.
      kalau berdasarkan harga,dengan enjin 2.0 memang berbaloi.

    46. wan faridul says:

      salam semua.mohon bertanya; saya beli naza citra baru 1 tahun lepas. sebab saya selalu outstation dan jarang guna, batuan kereta saya selepas 15 bulan hanya dalam 3000km. free service saya dengan dealer dah habis (dan tak free pun tapi murah lah), jadinya sekarang ni saya rasa macam nak hantar servis ke independent workshop pula. sebab nak jimat duit sikit. soalan saya: adakah berbaloi langkah ini (patut ke saya terus ke dealer service sahaja) dan kedua, jika ada workshop yang mana-mana tuan-tuan boleh rekomen saya amat berterimakasih. lokasi di jb tampoi skudai area. tk. wasalam.

    47. Darus says:

      Nak tanye, saya nak beli citra special edition. Biasanya special edition pasti dah last model. Betul ke ni…

    48. MOHD HAIRIN B .KUISNAN says:

      asslkm.en darus. susah nak cakap.baik tanya dan periksa di main dealer yang berdekatan tempat anda iaitu nazakia 3 sss.tengok dari dekat ok je,cuma dia tukar radio, sportrim, dan ada monitor touch screen. harganya ok dalam lingkungan rm 64k.

    49. Sqamarull says:

      kawan nak beli citra ni, 5-6 org ckp citra byk problem…..tu yg dlm dilema ni…camna hek…, tp dah test drive…ok jek!!!

    50. nua nua says:

      Sqamarull,
      Awak nak beli citra tu awak punya pilihan sendiri, sbb klu kita dah suka org ckp buruk pun tetap kita suka jugak kan..cuma pd sy klu awak memang nak beli cuba buat penilaian. dgn mpv yg lain dan kemampuan awak sendiri…klu kita test drive je..semua kereta baru rase best..cuba buat pemerhatian keatas kereta2 yg lain.. dari segi kekerapan kerosakan, dari segi barang sparepart ( murah ke atau senang nak cari ke)… senang cita pegi kedai spare part cuba tanya barang naza ni senang nak cari ke? harga murah ke tidak?..
      dan lagi awak perlu ingat beli keta ni mcm jugak kata cina ada ong atau tak de ong..klu nasib baik beli keta cikai pun boleh tahan sampai bertahun2 tak rosak..nasib tak baik beli ade brand bagus pun 6 bulan pki dah rosak…sbb tu kena pikir panjang tentang alat ganti , kos, dan mudah didapati…pikir2kan lahhhh

    51. raisz says:

      Salam semua..kpd qamarul, kwn da gna citra new facelift ni da setahun, wt masa ni x de pe2 problem lg.. yg bmasalah citra model lama, tu pn masalah radiator shj. Ada beberapa kwn yg guna model lama ni sume da kena radiator problem,bocor. tp yg model baru ni da di settlekn masalah tu iaitu radiator baru di jarakkan sedikit dengan body kereta. masalah yg lama mudah bocor cz bergesel ngan body..citra ni yg saya tau xde masalah lain, cost pn x mahal mane,lebih murah bebnding mpv lain. timing belt pn rm260 je,x masuk upah pasang, harga standard kereta biasa je tu. penggunaan minyak sama je mcm wish dan kereta 2.0 lain. tp kalo jln jauh, pnggunaan minyak sama je mcm exora..

    52. polis jasin(jai) says:

      assalamualaikommmmm…….. sy pun dah gune naza citra tahun 2006 ni buat mase ni memang ok tak de masalah yg timbul ….n sedap bawak jln jauh ……minyak tu biase le 2.0 katekan ……….kalau sape kate kete ni tak bagus masalah banyak minte2 g hospital rasenye orang tu yang bermasalah kah…kah……
      k kat sini saya nak tanye sikit harge2 pasaran sparepart kete naza citra ni yg selalu ditukar…

    53. amran says:

      Citra banyak masalah. Yang kata masalah tu orang yang pakai ke tak pakai citra? Kalau nak beli sesuatu model tanya owner yang pakai kereta tu, lepas tu test drive kereta dia bukannya kete test drive unit.

      Saya pakai citra sejak tahun 2005 tak ada masalah major langsung. Cuma radiator bocor sekali tahun 2006. Lepas tampal & tambah bracket kat radiator, ok sampai sekarang. Masalah citra model lama dulu ialah skru untuk radiator cuma 2 je (atas & bawah). Tapi model 2009 ke atas dah ada 6 bracket untuk radiator. Kalau tak percaya cuba jengok2 tengok radiator tu.

      Pada saya yang beli sekarang lebih untung sebab dapat harga rendah. Saya beli dulu 84k utk GLS.

      Citra ni 3rd row tak sesuai untuk dewasa kalau travel jauh. Kalau nak selesa row ketiga saya cadangkan ambil CE.

    54. Citra says:

      Saya stuju ngan polis jasin dan Amran ….
      Saya dah guna Citra FL GS hampir setahun setengah. Xde masalah pun. Performance tak mengecewakan. FC terpulang pada cara pemanduan. Cost servis cam MPV lain jugak. Mula2 dulu sebelum beli ada jugak risau bila dengar cakap2 orang …. Skrg bila dah pakai, baru tau kebenarannya. Tak rugi. Family pun suka. Memotong, mendaki bukit, braking atau speeding setakat ni tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah …. Selamba je ……

    55. hadi says:

      Bagi pendapat saya,kereta naza tak bermasalah.kalau nak cakap kereta naza bermasalah,kereta berjenama selain naza pun bayak problem jugak. Baik apa pun kerata euro,japan. Same je semua,yang saya rasa bermasalah ialah ekonomi jual jual beli kerata ini di kawal bangsa sepet. So bile orang kite keluar jenama baru,mula kene komdem seyap2. Kalau kereta ada rosak,pergi bengkel kereta Melayu. Mereka tergugat,ekonomi jual beli dan runcit kite kawal.

    56. MOHD ZULAZLY BIN SAMAT says:

      yahoo. dlm 2 ke 3 hari ni den dapat kereta citra se. den ponah test keto citra lamo. masalah dio kek radiotor dio jo. kia dah buek pembaharuan da. spare part citra APM pun dah buat dah so takde la mahal sangat kot. mekanik kia kek luar pun dah banyak da. hantar service kek luar lagi murah. ok la banyak barang yang kia bagi kek citra se ni. ari isnin ni den nak bawak orang ghumah & anak2x naik genting. den bukak cito upin & yaya kek dalam keto bar anak den sonyap. test keto la beb. ha4x

    57. atin says:

      da 3 thn pakai 2ndhand citra x de problem, alhamdulillah…

    58. konek says:

      Citra lagi bagus dari exora…dari segi BODY..MANTOP LAGI CITRA….exora cuma MENANG dari segi keluasan jer…..Exora body kosong..dalaman 150% plastik………Saya guna citra…abang saya guna exora…jauh beza dari segi pemanduan….BEST CITRA….ENJIN 2.0 FUH…BERDESUP KAT HIGHWAY…EXORA MAKAN ASAP LA….MACAM SIPUT….HIDUP CITRA…HIDUP CITRA….

    59. Citra says:

      Saya rasa Citra lebih baik dr segi performance. Dah guna sejak 2009 lagi. Tak de masalah besar. Alhamdulillah. Selalu jugak bagi kerete lain makan asap. Tapi kekadang sendiri yg makan asap bila main dgn kerete high end/modi. Setakat memotong 10 buah kenderaan sebaris tak jadi masalah, walaupun mendaki bukit. Cuma kena brani dan tak sayang minyak je …. :) Citra sangat stabil walau apa kelajuan pun.

    60. zul azly says:

      den baru jer beli citra se nov 2011. rase-rasenye banyak berbeza dari citra model yg pertama dulu. dulu abg seh ponah pakai model yg awal, seh cukup tahu apo masalah eh tompi citra se yg baru nie dah di buat pelbagai perubahan. mano part org malaysia tak suko, semuonyo dah di tukar cam, sunroof dah tak de, sit kulit dah takde. radiotor pu dah dijarakkan, apm dah buat spare part citra (murah), penggunaan minyak lebih jimat dari enjin campro sobab den ado gen 2.yg den suko tu ado dua skrin tv. hari2x anak den tengok karton. tak do diorang nak buek bising kek dalam kereto. ando kamera undur lak tu. pak payah nak risau bilo nak undur. lopes tu dio bagi gps dan smart tek lak pulak. mano dapek keto yg harga patut cam tu. kalau ando lampu kek side miror tu menyusahkan ajo. mat-mat moto suka nar langgar lampu led tu. enjin mantap. den try naik gonting mencanak jo poie eh. kalau 3000 rpm boelg poie 110km. den yg gomok dan tinggi pun boleh duduk kek belakang sokali takdo masalah pun. tak yah pikir sampah tersumbek kek sun roof & seat paneh sobab seat pun dah pakai fabrik kualiti tinggi. sori la cakap tunggang langgang.

    61. Mkhairi says:

      Salam
      Agak-agak ada lagi ke citra 2012 nih… kawe carik2 kat web x der promosi pong…..heheheh…. Kot2 kalu tahu kat JB nih mana showroom dier. TQ

    Komen je la.. =)