- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA

    Audi terkenal dengan warna cat kereta yang unik dan cantik seperti Nardo Grey dan terkini warna Tioman Green mula mendapat perhatian kerana keunikan warna hijaunya yang menarik perhatian walaupun ia sejenis warna cat kereta solid.

    Yang lebih istimewa adalah warna ini dinamakan sempena nama Pulau Tioman yang terletak di pantai timur Malaysia. Audi menunjukkan penghargaan terhadap kecantikan Pulau Tioman dengan menamakan kod warna Tioman Green pada pilihan cat kereta mereka.

    Sedutan video menerangkan asal nama Tioman Green dan gambar kereta Audi A1 compact hatchback terbaru 2019 yang kelihatan sangat cantik.

    Audi A1 merupakan model entry level hatchback dengan kuasa yang mantap. Pernah dipasarkan di Malaysia namun buat masa ini tiada model baru dalam barisan model Audi di Malaysia. Kalau Audi A1 baru ini berada dalam pasaran Malaysia, mesti mendapat sambutan hangat kerana peminat Audi semakin bertambah di Malaysia.

    Dengan kehadiran model entry ini membolehkan peminat merasa memandu sebuah Audi pada harga mampu milik. Semoga Audi Malaysia mempertimbangkan kemasukan model A1 ini di masa terdekat.

    Apa pendapat anda dengan warna Tioman Green ini?

    Audi A1 tioman green colour
    Please follow and like us:
    error

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)