JPJ memperkenal sijil baru bagi memggantikan geran kereta berkuatkuasa hari ini bagi mengelakkan isu kereta klon. VOC atau vehicle ownership registration ini boleh dimiliki dan disimpan oleh pemilik kereta dan perlu dikeluarkan untuk pengesahan pemilik dan kereta.
Info lanjut di bawah:
1 June 2016
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula hari ini.
Jabatan itu, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pengenalan VOC masih lagi suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
“Namun, dalam usaha untuk memudahkan urus niaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik atau Pindaan Maklumat. “VOC tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pangkalan data JPJ,” katanya. Katanya, JPJ menyasarkan menjelang 1 Januari 2020, semua pemilik kenderaan berdaftar akan selesai melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.
Dengan pelaksanaan VOC itu, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi dalam talian akan diperluaskan lagi dan laksana dengan mudah lagi pantas..
kreditinforoadblock
Berita lanjut mengenai VOC, geran kereta, roadtax dan pembaharuan cukai jalan :
Mulai harini 1 jun 2016. Jpj tidak lagi mengeluarkan geran atau geran salinan yg hilang kerana pada hari ini telah mula kuatkuasa penggunaan voc ( vehicle ownership certificate) di mana dgn pengunaan voc ini, Tiada lagi cetakan blkg geran selepas renew roadtax di jpj.
Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke jpj berdekatan utk membeli maklumat kenderaan (rm20) tuan/puan sendiri (tak bole wakil). Dan panjangkan kpd pihak insuran 1 salinan utk renew insurans atau claim insurans.
Untuk makluman juga, pd 1 sept 2016 nanti, jpj akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara total di mana owner/ wakil yg hadir utk renew perlu thumb sebagai liabiliti yg bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bg tujuan keselamatan dan mengelakkan berleluasa penggunaan kenderaan klon. Dan pada 1 jan 2017 nnt, jpj akan war2 kan pertukaran geran lama kepada voc secara sukarela di mana2 jpj. Sekian utk makluman dan info.
Sebarang perbincangan atau pertanyaan boleh disuarakan di ruangan komen.
nak tanya. boleh ke dpt voc tu kalau kereta masih ada bayaran dgn pihak bank
perlu ke pemilik kenderaan membawa geran asal atau fotokopi untuk mendapatkan voc
O.k
any chargers and what documents need to attach if for company car
Berapa lame proses voc nii
Berape lama proses untuk voc nii.mohon pencerahan