Perodua Bezza specification & images 2016 / 2017. Saat yang ditunggu akhirnya tiba dengan produk yang cantik dari Perodua walaupun ia adalah cubaan pertama untuk mengeluarkan kereta sedan dari platform Axia. Syabas kdi ucapkan kepada Perodua kerana menghasilkan Perodua sedan yang mempunyai specification yang sangat bagus on paper dengan harga di bawah RM55K.
Berikut ringkasan 11 sebab kenapa Perodua Bezza baharu ini berbaloi untuk dimiliki berbanding pesaing yang lain:
1) Dilengkapi ABS dan EBD
2) 5 Star Asean ANCAP safety rating
3) Idle start stop function untuk lebih jimat minyak
4) LED light bar pada tail lamp
5) Legroom rear passenger yang sangat luas
6) Rekaan bonet yang cantik menempatkan boot space seluas 508 liter!
7) Speedometer dengan led lighting
8) Rekaan dashboard yang cantik dengan multimedia player touch screen
9) Harga berpatutan di bawah RM55K
10) Enjin 1.3 pada body kereta yang sangat ringan di bawah 900kg sahaja
11) Leather seat dengan rekaan diamond stitch ala VIP
Rekaan belakang seperti Honda Civic FB version sebelum ini di mana lampu belakangnya mirip sungguh dengan Civic 9th gen. Chrome garnish pada bonet belakang seakan Proton Persona. Walaupun lebar kereta Perodua Bezza ini agak kecil, namun keluasan boot belakang mencecah 508 liter! Ia sekali gus mengalahkan competitor utama, Proton Saga FLX. Jika upcoming Saga tidak boleh memberi saingan dari segi keluasan terhadap Perodua Bezza ini, maka ramai pembeli akan terus beralih kepada Perodua dan Proton akan terus gagal mencari pembeli.
Lampu belakang yang cantik.. dilengkapi dengan LED light bar tail lamp yang sungguh menawan.
Ruang belakang mempunyai leg room yang sangat luas. Leather seat pada variant Bezza Advance juga nampaknya lebih stylish dengan rekaan jahitan diamond pada kemasannya. Ruang yang luas ini tidak mengorbankan berat kereta kompak ini yang hanya pada sekitar bawah 900kg. Ditambah lagi dengan 5 star asean Ancap safety rating, Perodua Bezza 1.0 dan 1.3 ini cukup memberi keselesaan dan keselamatan untuk keluarga sepanjang perjalanan.
Perodua juga tidak pernah gagal dalam rekaan dashboard yang kemas dan elegant. Cuma warna oren pada speedometer Bezza ini kelihatan klasik dan kurang menarik. Pilihan warna seperti putih, biru atau turqoise lebih memberi kenyamanan sepanjang pemanduan. Rekaan center dashboard juga kemas dan cantik dilengkapi touch screen head unit.
Bahagian hadapan Perodua Bezza kelihatan seperti Volkswageb Polo dengan rekaan grille bawah memanjang sehingga ke tepi yang menempatkan Fog lamp dan air intake untuk radiator. Design lampu yang bersambung dengan upper grille nampak lebih moden dan garang. Di bawah bonet hadapan tersembunyi enjin DVVT 1.0 dengan 75hp & 91Nm pada variant G dan 93hp & 121Nm pada variant Bezza 1.3 liter premium X dan Advance. Juga buat pertama kali, eco idle atau start stop function diperkenalkan pada kereta Perodua yang akan memberi penjimatan minyak di dalam kesesakan bandar.
Gearbox 4 speed auto dan 5 speed manual dikekalkan dalam production Perodua termasuk Bezza 2016 ini. Sistem keselamatan seperti ABS, EBD, airbag menambah value pada harga kereta kompak sedan baru dari Perodua ini. Saiz tayar yang agak kecil iaitu 14 inch sahaja membuatkan kereta ini nampak agak pelik dari bahagian sisi.
Apapun, on paper, specification yang diberikan oleh Perodua Bezza ini sangat bagus jika dibandingkan dengan Proton Saga ataupun Toyota Vios. Namun dari segi pemanduan, Proton ternyata lebih pakar manakala Vios pula mempunyai enjin yang lebih bagus walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi specification.
Apa kata anda? Berbaloikah Perodua Bezza sedan ini untuk wang anda?
Kredit gambar careta.
bezza auto 1.3 – throttle response a bit slow. maybe can be rectify at service center.