Kes terbaru owner Bezza kena ketuk harga servis mahal sehingga RM600++ hanya untuk sebuah kereta tempatan sangat tidak masuk akal. Servis dipercayai dilakukan oleh Perodua Service Center dealer cawangan Jalan Ipoh dan barangan yang ditukar semasa 10,000 km mileage tidak sepatutnya ditukar.
Ramai yang tidak tahu, kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk berkata tidak jika ianya tidak wajib ditukar. Mengikut jadual servis Perodua, pada 10,000 km hanya beberapa item perlu diservis dan ia tidak termasuk Spark Plug dan minyak ATF yang mahal. Caj Servis minor Perodua Bezza adalah sekitar RM200-300. Jika ianya seperti ini, maka owner Bezza ini sudah mampu untuk memiliki kereta Continental kerana servis yang dibayar sangat mahal.
Sebagai owner kereta, jangan mudah berkata ya dan membayar sahaja kerana banyak bengkel yang ingin mengambil kesempatan jika mereka tahu kita tidak banyak tahu mengenai kereta. Tanya secara terus adakah perlu untuk melakukan semua servis yang dicadangkan. Jika was2, boleh call Perodua atau tanya sahabat lain yang lebih arif bab kereta.
APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM SERVIS KERETA? BELAJAR DARI KES OWNER BEZZA KENA SERVIS MAHAL DI PERODUA SERVICE CENTER JALAN IPOH
Berikut contoh servis wajib yang perlu dilakukan mengikut buku manual:
Jadilah pengguna yang bijak. Jangan hanya bersetuju tanpa mengkaji. Oleh kerana ia telahpun terjadi, maka sebagai pengguna kita masih mempunyai hak lain iaitu hak memboikot. Kepada mana2 owner Perodua dinasihatkan untuk mengelakkan servis di service center Perodua Jalan Ipoh lagi selepas ini. Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada semua.
Hi, I to change timing belt, tensioner and ldle pulleys on my Chery Tiggo 2.0TXE 2012 model. Now I’m in need of photos showing me how go about please.
Saya pon kena charged mahal utk servis yg tidal perlu kat jalan Ipoh Perodua servos centre. Rasa dah kena tipu. Sekrg start but excel sendiri utk banding harga, baru perasan harga mereka fluctuate dan please pay attention ngan d way mrk kira discount dan gst!
Boleh pi sini dulu utk semak senarai barang dan harga barang.. http://www.perodua.com.my/service-maintenance
Rino Automobile Enterprise
kami menyediakan perkhidmatan servis kereta dan repair di jalan ipoh kg kasipillai sekiranya tuan/puan ade pertanyaan pasal kereta boleh contact saya 016-4003770 / 016-6561548 dengan harga berpatutan.
Terima kasih atas panduan, Saya baru nak servis utk Kali kedua iaitu 10,000km…mula2 tadi mcm2 jugak servos center ni suro tukar, Bila Saya rasa utk Dapatkan Info trjumpa blog ni, sy Baca2 Dan Terus Pergi ke kaunter utk tolak apa yang patut, moral di sini, kita kena rajin tgok buku panduan manual… Terima kasih sekali Lagi
Semua produa service centre TIPU pengguna. yang tidak perlu di buat dan charge tetapi kereta bermasaalah tidak di ambil berat. yang mereka penting nak cepat kaya. ok di akharat perlu menjawab.
saya juga baru lps service di produa service center kepong..jg charge mahal rm4++ 19,310km. kena tukar spark plug jgk..perlu ke spark plug dtukar pd 19,+++km?