Selalunya, apabila kita mengalami masalah tayar pancit dan selalu kurang angin, mesti terlintas di fikiran kita bahawa tayar kita mengalami kebocoran akibat paku atau terkoyak akibat terlanggar sesuatu.
Namun ada lagi sebab lain iaitu berpunca dari tyre inflation valve seperti dalam gambar tersebut. Walaupun dibuat dari besi, tyre valve ini juga berpotensi untuk rosak dan bocor. Jika tiada kesan kebocoran angin selepas tayar diperiksa dengan direndam kedalam air, anda perlu menyentuh dan menggoyangkan tyre valve ini di dalam air dan kemungkinan buih yang banyak akan keluar dari injap tayar itu menandakan valve sudah rosak dan perlu diganti.
Harga tyre valve yang dibuat dari besi ini sekitar RM15 termasuk pemasangan. Sila ke bengkel yang dipercayai secepat mungkin selepas anda mengesan sebarang kekurangan angin pada tayar kereta anda.
ANTARA PUNCA TAYAR KURANG ANGIN SELAIN BOCOR – TYRE INFLATION VALVE
nice info
Ouh patutlahh.. Sia2 tukar tayar seratus lebih tapi sama jugak asyik kurang angin je. Nasib baik angin kat petronas free