• Kereta Malaysia modified car magazine. Daily car spec sales promotion news.

WHEEL, TYRES ALLIGNMENT & BALANCING – KOS PENJAGAAN TAYAR

Sedikit tips untuk hari ini mengenai penjagaan tayar. Untuk elakkan dari sebarang masalah dan ditipu oleh mana2 mekanik kedai tayar.

Digalakkan anda untuk membuat pemeriksaan tayar sendiri sebulan sekali pada tayar anda:

-check keadaan tayar. Pastikan tiada paku, bengkak / benjol, kesan koyak teruk, haus / wear yg tidak rata, keadaan keseluruhan seperti biasa

-pam tayar anda pada tekanan ditetapkan. Jika beza tekanan angin yg hilang terlalu banyak perlu diisi, bermakna tayar anda ada kebocoran pada tempat berpaku atau sport rim bengkok.

– periksa keadaan sport rim luar dan dalam. Pastikan tiada bengkok dan retak.

image

Wheel tire alignment and balancing

Tayar hanya perlu dibuat pemeriksaan alignment jika:

– anda rasa steering dan tayar tidak selari
– kereta anda selalu bergerak lebih banyak ke satu arah kiri atau kanan bila anda lepaskan steering. Tapi secara normal, kebanyakan kereta memang akan lebih ke kiri kerana keadaan jalan selalunya berat senget ke kiri untuk air mengalir. Ini menyebabkan steering lebih sikit ke kanan.
– anda ternampak tayar anda haus / wear pada satu bahagian dan x seimbang apabila pemeriksaan sendiri dibuat.

Anda hanya perlu buat tire balancing jika:
– steering anda bergegar kuat pada mana2 kelajuan terutama kelajuan tinggi.
– selepas tukar tayar lain
– selepas repair sport rim

Kos buat allignment tayar (tyre allignment cost) sekitar rm12-rm15

Kos buat balancing 1 tayar x4 = rm4-rm5 x4 = rm16-rm20

Jika screw camber (camber nut) perlu adjust lepas check allignment camber lari, kos adjust camber dlm rm30-40 untuk satu tayar.

Ada soalan atau penambahan, boleh bincang di sini. Harap semua dpt membantu so x ditipu dan tahu tentang penjagaan tayar dgn betul.

WHEEL, TYRES ALLIGNMENT & BALANCING – KOS PENJAGAAN TAYAR

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

60 Responses

  1. AZAM says:

    maaf,tumpang bertanya. jika camber kereta lari lbih kurang 17 dr spec yg ditetapkan, perlu ke adjust camber?

  2. yusri says:

    Saya baru buat allignment tuk iswara kos RM20 betul ke kos mcmtu ?

  3. kdi says:

    Betul lah tu bro

  4. linda says:

    Saya buat switch tyr td tp msa drve jln lurus tp steering lebih ke arah kiri..cmana nk buat?

  5. nizam says:

    Salam. Tayar belakang sy dua belah berlekuk tidak sekata. semasa pemanduan ada bunyi bergema seperti bearing rosak. Bila check bearing ok. Tapi permukaan tayar berlekuk-lekuk. apa punca sebenarnya. harap boleh Berikan pandangan.

  6. kdi says:

    Berlekuk di bahagian tepi atau bunga tayar?
    Tayar kembung disebabkan kualiti tayar x bagus atau selalu langgar lubang.

  7. effa says:

    Saya baru beli keta..model alza..tp alignment lari,so saya pergi la workshop tuk alignment. Tp workers kat workshop tu cakap kena pasang chamber tuk selari kan tyre dgn stering. Yg saya confuse dia ckp keta saya tu xda chamber. Perlu ka chamber ne,or law guna nut yg mmg ori dr perodua tu jak pon bole?

  8. ina says:

    Saya bawa kereta fortunuer 2.0 auto. Nk tyn bila sy break ada ketika stereng bergegar dan pedal break ada ketikanya. Sblm service gegaran lg kuat. Adakh faktor jalan x rata atau mmg ada masalah pada kereta.

  9. kdi says:

    Kalau brek bergegar boleh jadi masalah brake pad atau disk bengkok.

  10. ali says:

    Blh tak kongsikan kedai-kedai yg blh dipercayai

  11. fara says:

    Kereta saya berbunyi spt kite lalu pd line2 jln tu..lg laju lg kuat bunyi..sbb tayar ke?kereta jenis honda crv

  12. Nik Afenddy says:

    Slam tuan budiman..sy baru tukar tayar dan rim. Cina tu kata dia buat sekali balancing dan allingment. Tp kali pertama sy naik laju lps tukr tyr dan rim pd kelajuan 130km ke ats..dh mula rasa gegar…

    Mohon tuan nyatakan sebab kemungkinan?

    Ops. Sy juga tukr sekali brake pad. Honda Civic

  13. kdi says:

    Nik, buat high speed balancing.

  14. fadzil says:

    Salam..dua hari lepas saya baru adjust chamber dan buat allignment..tetapi pemanduannya dr semakin teruk dr sebelumnya…bila terlanggar lobang rasa macam lari jer…apa masalah.nya yerk?

  15. fadzil says:

    Lupa nak bagi tau..sy guna naza citra..adakah sbb tayar ker

  16. avanzato says:

    Slm…nak tanya…sy punya kereta lari ke kanan walaupun dah buat alignment…haritu cek pomen tu ckp steering rack….mintak nasihat dari yang pakar..tq

  17. kdi says:

    Masalah allignment lagi tu.. pergi la kedai tu blk suruh buat btol2..

  18. kdi says:

    Avanzato, steering rack kalo problem x silap ade bunyi… ni kes alignment x btol lg rasenye.. cuba tanya kedai lain utk double confirm.

  19. msa says:

    Steering rack n steering clock salunye ad bunyi.. mende nie check suh service centre kete anda check time servis..
    kpd nik aff… btol cm kdi gtau.. buat hi speed balancing a.k.a on wheel balancing…

  20. Along Orenge says:

    Tima kasih berkongsi info…..saya nak tanye saya kalu stereng gegar br buat balancing, alignment n camber tp mekanik selalu suggest tukar tayar sbb belah dlm botak katenye dah lame x wat alignment. So saya konfius alignment ni kena wat berape kali sebenarnye.Dan ade yg kata x elok wat selalu alignment nanti tayar rosak.Please tolong saya

  21. syukry says:

    salam…saya nak tukar 2 tayar depan myvi saya. tayar lama saya tu ialah jenama Continental 175/65 R14. tapi kedai tu suruh saya tukar terus dgn sport rim size 15 sbb katanya sekarang dah jarang org pkai rim 14. semua sekali rm1000 utk 4tayar dan 4sport rim size 15. ini dah jauh tersasar dari bajet asal saya, saya ingt nak spend dalam rm250 sahaja utk tukar 2biji tayar depan tu… apa pandangan cik?

  22. panglima cinta says:

    kamu semua ni bodoh

  23. itik serati says:

    kau aphal?, nama da la macam beruk…kau yang bodoh

  24. puley says:

    Sy bwk vios tahun keluaran 2011. Br leps buat alignment dan balancing. Makenik tu suh pasang chamber. Katenya tyr da mkn sebelah. Boleh rosk bearing dan drive shaft. Total rm150 utk 2 tyr. Perlu ke chamber trsebut?harga yg ditawarkn munasabah atau x? Tq

  25. kdi says:

    Puley, perlu..

  26. man says:

    Saya pakai toyota avanza. Baru tukar rim n tayar baru utk 4 biji. Rim 15 saiz tayar 195/60/15. Masalahnya,bila bawa dalam 100. Rasa mcm viberate jek. Pastu stereng asyik berat ke kiri. Dah 2-3 tempat buat alligment n balancing. Last p kedai tayar. Mereka ckp 4 tayar tu bergelombang. Sya pun tak faham. Tayar baru. Tahun 2014. Jenis brigestone. Memang tayar baru mcm tu ke. Lama2 dia ok kot. Mohon nasihat. Tayar baru 2-3 hari. Takkan nk tukar tayat lain plak kot.

  27. Nik says:

    Kalau xde penutup tayar tu, boleh effect tayar x? saya pakai Saga BLM.. Satu cover tayar da tercabut. Nk pasang balik org kedai ckp da rosak, xboleh pasang da. berapa ek klu beli baru?

  28. azman says:

    baru lepas buat smlm..alignment rm30, camber fr dan rl rm 70,disc brake rm60 balancing rm 20….semua rm180 untuk wira..berbaloike

  29. intan says:

    Salam..sy bru tukar tayar belakang ke depan..2 belah..bila bawak rasa stereng pusing xbtol angle nya dan sedikit longgar bila jalan slow2..cmne yer tu..

  30. yuyu says:

    Tak payah adjust..jangan kena tipu dengan mereka. Kecuali kau nampak tayar kau senget macam nak patah tu..boleh lah buat. Aku dah banyak kali kena tipu dari kereta kancil, Citra dan sekarang Grandis. Masa pakai Citra, selalu kena adjust chamber padahal tak perlu pun. Jangan bazir duit anda.

  31. rafiz says:

    sy pkai myvi 2014..bila sy belok ke kiri, then lepas kan stering kereta, stering kereta x bergerak dan kereta terus ke kiri…
    tapi bile sy belok ke kanan, then lepas kan stering, stering kereta akan kembali normal dan kereta bergerak lurus…kenapa ye?

  32. CNB says:

    Hi, sy mulanya nak adjust alignment je kat kedai KB TYRE & Air Cond Services (SA0271409K) NO. 23, PUSAT PERDAGANGAN SURI PUTERI, PERSIARAN JUBLI PERAK, SEC 20 SHAH ALAM. tapi bila check tgk dia cakap CAMBER lari kena tukar CAMBER BOLT kiranya dalam sebiji RM35 jugak. kalau tak tukar CAMBER BOLT tu kemungkinan tak dapat nak adjust camber dengan betul. Tapi bila dia bukak CAMBER BOLT asal pnya kereta tu tgk mcm ok je xda bengkok apa pun.kalau bengkok pon xnampak dengan mata kasar maybe dalam berapa micron je. Betul ke kereta sport rim standard baru guna setahun (proton preve) atau memang diorang nak untung lebih?

  33. hanafi says:

    saya ingin bertanya.. saya memandu honda accord baru.. sy menggunakan rim 18 inci…
    bila saya memandu biasa memang tiada masaalah.. bila sa memandu lebih dari 120km/jam sy terasa gegaran di tayar hadapan bahagian kiri.. boleh x tolong beritahu apa masalah sebenarnya .. utk pengetahuan juga saya baru tukar tayar 1 minggu.. tapi masih mengunakan rim yg lama.. tq.

  34. eyka says:

    saya eyka saya memandu charade aura saya nak tanya kenapa kereta saya bila string belok ke kanan tayar belah kiri hadapan akan berbunyi ktik ktik kuat & bila bawak laju makin kuat bunyi nye ..saya nak tanya apakah masalah nye tu & agak ii berape angaran kos untuk repair

  35. Irisyu says:

    Kerata saya Myvi 2014 -tayar driver side kena langgar middle barrier. Tayar kereta ada Nampak bengkok naik sedikit tetapi tak ada apa-apa masalah lain. Alignment sudah lari untuk kereta. Bila hantar kereta nak buat alignment and balancing balik, orang sana kata kena tukar camber buat 2 tempat untuk kiri dan kana front tayar. Itu perlu ker? Dia minta saya tukar tayar juge sebab katanya tayar sudah bengkok. Itu juga perlu juga ker?

  36. pejai says:

    salam tuan tanah… kereta saya kancil. masalah kereta saya skrg ni tayar depan sbelah kiri saya camber tak boleh nak lurus, walaupun skru camber dah tarik abis. tayar tersebut dlam keadaan negative camber klau rujuk gambar yg tuan tunjuk kat atas tu. tayar yg lain semua ok. kdai tayar ckap mungkin sbb lower arm.. mintak pandangan tuan masalah saya ni.. terima kasih..

  37. khairul says:

    Admin….! Ooo…admin..!
    admin x jawab pun…!

  38. Mazwan says:

    Tayar dah ada cuma nak tanya berapa kos untuk pasang tayar Isuzu Dmax serta buat cember?

  39. orang_kampung says:

    sekadar pandangan..
    saya rasa banyak yg bertanya pasal allignment and balancing sebab selalu ditipu oleh kedai tayar(termasuk saya). apa kata tuan admin suggest kedai tayar yg boleh dipercayai sekitar lembah klang? saya rasa itu lebih banyak membantu kami.. tq

  40. Azie says:

    sy bru tkr tyr hadapan,org kedai kate ada mslh camber..sy tnye bpe kos, die bgtau rm90 sbiji blm msuk upah adakah charge tsbt relevan.terus xjd nak tukar..sy pakai kereta vios 1st model

  41. Arif says:

    Saya haritu dah buat allignment berapa kali dah, pastu haritu mount absorber pecah belah kiri pastu buat allignment lagi. tpi ni rasanya dah kali ke-4 buat allignment dekat 4 kedai berbeza tapi still lari ke kiri teruk. apa masalah lain kalau kereta lari ke kiri ni?

  42. Ahmad says:

    Slm…sy pkai kete vios thun 2012..ade msalah dgn steering rack,bila jln xrata ade bunyi kt bhagian tayar…kos untuk tukar steering rack brpa ye….yg recond ataupun baru.?

  43. Ron says:

    Baru tukar tayar bridgestone ep200 dkt weely auto service jln reko kajang. 185/55/16 RM180 sebiji sekali balancing. Allignment rm30. Adjust camber rm25/tyre. Tp belum gst :(

  44. myvi says:

    Smasa pomen workshop wat aligment tu kn bole tgok kt skrin,4 tayar ad tunjuk..warna kuning hijau merah,warna hijau kira cantik lg la ….pomen tu yg ajar gua..

  45. jingga says:

    Knapa sya punyer proton saga sv slalu lari tyar wlaupun sdah alignment.stering slalu lari ke kiri.

  46. nasz says:

    bro tayar sailun made in Vietnam, apa komen KDI tentang tayar jenama ini

  47. Jawa says:

    Mungkin kebanyakan org tak tahu. Alignment ni berkaitan juga dengan keadaan tayar,absorber,bushings,ball joint, bearing,brek pad,pam brek,.

    Biasanya komputer tu dah ada setup untuk sesetengah model kereta. Macam kereta antik adjust pakai manual jer.

    Satu lagi kereta kalau dah lowered memang chamber akan lari. So kalau diorg suruh adjust ckp je tak payah sebab kemungkinan tayar akan tersangkut pada fender. Boleh pakai upper arm jenis adjustable so x payah pam camber.kos jimat kt situ. Ada yg cas sampai rm100 untuk adjust camber 2 tayar fuh gila.

  48. liza sedik says:

    untuk nissan frontier, saya buat alignment rm40 dan rm9 satu tayar.. ok tak harga tu? time cuti raya cina ni.. kedai tayar sing heng jalan ipoh ni je buka.. tq

  49. Nakhaei says:

    Salam nak tnya . saya guna satria 1.3 (m) bila speed 110km keatas lepas steering kereta gerak ke kanan . bila pgg steering lebh kiri kereta jalan lurus . otai2 bg pndapat . saya masih baru

  50. Ika says:

    Salam.. sy nak tanya.. tolong sangat2 bg pendapat apa perlu sy buat.. Saya pakai kereta Saga FL.

    1. Kenapa setiap kali sy buat alignment org bengkel akan cakap “ni kena tukar chamber ni..” xpenah lagi yg cakap boleh buat adjustment je… chamber tu boleh rosak ke?

    2. Bila saya drive kat jalan yang tak rata, contoh kat line kuning (mungkin yg tebal), atau line merah (selalunya ada kt selekoh2 atau kat tol), kereta saya mesti lari. Maksud nye steering sy ok, tegak je.. tp body kereta sy akan ke kiri ke kanan.. Macam tayar x grip atas jalan / mcm klo langgar air.. Mcm mana nak repair klo keadaan mcm ni? sy dah buat balancing & alignment, dah tukar tayar, dh tukar rim, tp still sama jugak.. absorber & spring x pnh tukar lagi.. Tp keadaan dari awal beli mmg mcm tu.. tp bila sy drive kete org lain xde pulak mcm tu… tolong lah advise sy ape perlu sy buat…

  51. kdi says:

    Ika, kena tukar adjustable camber nut. Make sure yang elok dan tak kena tipu. Cari artikel pasal camber nut allignment dlm kdi ni ade kitorang dah share.

  52. Ida says:

    Salam.knape lpas sy buat alignment n pasang camber nut,ada bunyi mcm dengung sdgkan bru 2 ari lpas sy tkar bearing.m0h0n pnerangan dri encik

  53. wan says:

    kalo keta absorber, spring,etc standard gaban dan xde exsiden teruk, then pomen suh tukaq camber .. maknanya anda sdg ditipu. standard pnya dah OK kecuali anda lowered kan keta. Jgn senang2 nk pecaya.

  54. Nazri says:

    salam.
    Stering misaligned sedikit ke kanan tetapi kereta bergerak lurus. Kereta juga tidak bergerak ke kiri atau kanan semasa stering dilepaskan, ianya bergerak lurus saja. Cuma stering tertala ke kanan sedikit untuk luruskan perjalanan kereta. Ini berlaku selepas saya tukar tayar baru dan buat balancing serta alignment. Dua tayar depan ditukar.
    Amat saya hargai jika ada yg dapat kongsi pengalaman atau kepakaran mengapa hal ini terjadi. Adakah ada kena mengena dgn alignment atau balancing?
    TK.
    Nazri

  55. fendy says:

    Nak tanya honda fd ni napa x bole adjust chamber..da la chamber kit mahal

  56. Wan says:

    Utk myvi 1.3 user..nk share xperienced sket..klu stereng rse ringan sblh..ambk konar,stereng lari2..blh g tlebih konar..jln lurus n rata ok..steering xlari..ble jln [email protected] stereng ikut liar ikut jln..mknenye lower arm bush..tukar dua2 side br best..hrga rm100 sblh brand TRW..info sje2:tyr Maxxis victra i-pro..utk jln grik,cameron-gm,kenyir..mmg elok..

  57. Atika says:

    Nk tnye ni..sy nk tukor tnye blkg vios 2009..perlu kah chamber

  58. tisha says:

    Ah moi I workshop sini,kereta a moi masalah ada 3 1 rim bengkok,2 depan tempat accident tempat pasang tayar kita panggil bearing naker bengkok and lower arm bengkok.Ini penting bunyi depan naker sama lower arm mau tukar dulu baru boleh tahu absorber ada masalah atau tidak
    Lower arm (used) rm280
    Used naker bearing rm380
    Sekali workshop and alignment rm120
    Rim bengkok tengok kak ada paget tak.kalau mau tukar I cuba cari rim???

    Ini mesej dr cina bengkel. Sy accident tyar kanan langgr divider jalan. Kereta suzuki swift. Ok ke pricing dia bgi tu?

  59. Ahmad Yani says:

    Nak bertanya .aya menggubakan Livina 1.8cc.apakah yang menyebabkan tayar depan haus bahagian dalam hingga menampakkan benang?

  60. Dila says:

    Sy buat alignment + camber = rm99…
    Kalau alignment je rm29…
    Balancing rm69..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close